Pemilik sebuah syarikat telekomunikasi hari ini didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas lapan pertuduhan gagal mengemukakan penyata cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi tempoh lapan bulan.
Hakim Murtazadi Amran, menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan jika tertuduh, Wong Kean Yik, 35, gagal membayar denda bagi setiap lapan pertuduhan itu.
Kean Yik, didakwa gagal mengemukakan penyata cukai GST bagi tempoh bercukai dari Mei 2015 hingga Disember 2015 sebagaimana yang ditetapkan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Stesen JKDM, Bahagian GST, Wisma Kastam, No 1 Jalan Tun Abdul Razak di sini.
Kesemua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 41 (6) akta sama dan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak, S. Morgan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Murtazadi dalam keputusannya berkata faktor berikut telah diambil kira antaranya kepentingan awam mengatasi kepentingan individu dan mahkamah perlu mempertimbangkan akibat daripada tidak mengemukakan penyata itu kepada Kastam.
"Apabila tidak membayar cukai GST kepada kerajaan, maka kerajaan tidak mendapat hasil yang boleh digunakan untuk kepentingan awam dan lain-lain, selain boleh mengakibatkan ekonomi negara merosot dan tidak stabil," katanya.
Beliau berkata mahkamah turut mengambil kira faktor pengakuan bersalah yang dibuat oleh tertuduh kerana ia menjimatkan masa mahkamah dan menunjukkan tertuduh menyesal atas kesalahan yang dilakukan.
Bagaimanapun, katanya mahkamah tidak boleh menjatuhkan hukuman terlalu ringan kerana kesalahan itu adalah serius dan ia sebagai memberi pengajaran kepada pembayar cukai lain agar tidak melakukan kesalahan seperti itu.
Pada 5 Okt lalu, Kean Yik mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas kesemua pertuduhan itu dan memohon mahkamah menangguhkan keputusan kes bagi membolehkannya menyediakan wang secukupnya untuk membayar denda. -- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2016
![Gagal kemuka penyata GST, pemilik syarikat telekomunikasi didenda RM40,000 Gagal kemuka penyata GST, pemilik syarikat telekomunikasi didenda RM40,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/81476861151_WongKeanYik.jpg)
Kean Yik didenda RM40,000 atas lapan pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST kepada Kastam bagi tempoh lapan bulan. -Bernama
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Gagal kemuka penyata GST, pemilik syarikat telekomunikasi didenda RM40,000 Gagal kemuka penyata GST, pemilik syarikat telekomunikasi didenda RM40,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/81476861151_WongKeanYik.jpg)
Gagal kemuka penyata GST, pemilik syarikat telekomunikasi didenda RM40,000
Pemilik sebuah syarikat telekomunikasi hari ini didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas lapan pertuduhan gagal mengemukakan penyata cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Jabatan Kastam