KUALA LUMPUR: Perkhidmatan 94 syarikat pengendali kenderaan barangan digantung selepas mereka gagal dalam proses audit pada tahun 2023, dan ada yang terlibat dengan kemalangan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata setiap kenderaan perdagangan diwajibkan menjalani pemeriksaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) setiap enam bulan sebagai syarat wajib pembaharuan lesen.
"Kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang mengingkari peraturan dan undang-undang yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010," katanya.
Beliau menjawab soalan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) yang ingin tahu inisiatif Kementerian Pengangkutan bagi memasang GPS untuk mengawal had laju lori dan memastikan pengendali syarikat kenderaan berat menyelenggara kenderaan mereka mengikut waktu yang sepatutnya.
Menjawab soalan Kapten Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) mengenai penguatkuasaan perundangan terhadap pemandu bawah umur dan tidak mempunyai lesen, Hasbi berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa melaksanakan penguatkuasaan bagi memastikan undang-undang di bawah Akta 333 sentiasa dipatuhi.
"Dalam hubungan ini JPJ boleh mengambil tindakan terhadap ibu bapa atau penjaga yang membenarkan remaja di bawah umur memandu kenderaan motor tanpa suatu lesen memandu yang sah.
"Kesalahan ini boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 39 Akta 333 dan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya," katanya.
JPJ menurutnya juga boleh mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan yang membenarkan remaja di bawah umur memandu kenderaan motor tanpa suatu lesen memandu yang sah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024

Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto Bernama

Hanya 20 peratus pegawai, anggota JBPM Melaka dibenar bercuti Aidilfitri
Hanya 20 peratus daripada 496 pegawai dan anggota JBPM Melaka dibenar bercuti sempena Aidilfitri tahun ini.

Pasangan kekasih ditahan curi ikan tongkol waktu sahur
Pasangan suspek itu turut didapati mencuri telefon bimbit dan tabung gas mangsa sebelum sempat ditahan warga penduduk.

Iftar Muhibbah eratkan ukhuwah merentas agama
Masjid Abidin menganjurkan program itu bagi memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam merasai pengalaman berbuka puasa bersama rakan Muslim.

Ukraine sedia berunding secara konstruktif dengan AS di Arab Saudi - Zelenskyy
Zelenskyy berada di Jeddah menjelang pertemuan antara pegawai AS dan Ukraine yang bertujuan mencari jalan menamatkan perang Rusia-Ukraine.

Tak mahu beli baju raya, petanda Aisar Azim akan pergi selamanya - Keluarga
Abangnya berkata Aisar Azim menyatakan hasrat itu beberapa hari sebelum kejadian tanpa disangka ia menjadi tanda perpisahan selamanya.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Lelaki maut kereta langgar pembahagi jalan
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Putrajaya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 11 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
US stock market loses $4 trillion in value as Trump plows ahead on tariffs
President Donald Trump’s tariffs have spooked investors, with fears of an economic downturn driving a stock market sell-off that has wiped out $4 trillion from the S&P 500’s peak last month, when Wall Street was cheering much of Trump's agenda.

Kapal tangki bertembung kapal kargo, cetus kebakaran besar
Insiden itu menyebabkan kebakaran besar dan beberapa siri letupan, memaksa anak kapal meninggalkan kapal masing-masing.

Gagal audit: 94 syarikat pengendali kenderaan barangan digantung sepanjang 2023
Perkhidmatan 94 syarikat pengendali kenderaan barangan digantung selepas mereka gagal dalam proses audit pada tahun 2023.