Penderitaan seorang gadis dari Merlimau, di sini yang terpaksa menangguh operasi pembedahan untuk menukar injap jantungnya akibat tidak mampu menanggung kos, bakal berakhir apabila kisahnya mendapat perhatian pihak Kerajaan Negeri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serkam, Datuk Zaidi Attan berkata, Kerajaan Negeri mengambil langkah segera untuk menanggung segala kos pembedahan bagi Siti Nur Hashim, 22 tahun, di Institut Jantung Negara (IJN) selain kos rawatan dan perjalanan memandangkan keluarga gadis itu layak untuk menerima semua bentuk bantuan.
Beliau yang ditemui ketika mengadakan lawatan ke kediaman Siti Nur di Kampung Serkam Tengah berkata, kos pembedahan berjumlah RM35,000 itu akan dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri manakala kos perjalanan dan rawatan akan ditanggung oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
"Keseluruhan pembiayaan dipersetujui ditanggung oleh JKM Melaka dan juga pihak MAIM yang akan menyediakan bantuan perjalanan kewangan ke IJN.
"InsyaAllah, saya mohon perkara ini diambil tindakan lebih cepat supaya masalah ini dapat diselesaikan lebih awal dan jaga kesihatan adik lebih cepat sembuh," katanya.
Selasa lalu, Astro AWANI melaporkan, Siti Nur yang menghidap jantung berlubang sejak usianya lapan tahun, terpaksa menanggung kesakitan apabila jantungnya kembali membengkak dan perlu menjalani operasi pembedahan menukar injap dengan segera.
Mengikut jadual yang ditetapkan oleh IJN, gadis itu perlu menjalankan pembedahan sejak Julai 2016 lagi, tetap akibat kesempitan hidup, dia dan keluarga gagal menyediakan kos dan terpaksa menahan sakit apabila tahap kesihatannya semakin merudum.
Siti Nur berkata, memandangkan sudah lebih setahun dia masih gagal untuk meneruskan pembedahan, dia redha dan bersedia untuk dijemput Illahi pada bila-bila masa.
Namun melihat kecekalan ibunya yang sentiasa berusaha, dia cuba kuatkan semangat dan usaha menyembunyikan segala kesakitan.
Siti Nur yang tidak berupaya bekerja seperti gadis seusianya juga tidak mampu membendung kesedihan apabila penderitaannya mendapat perhatian pelbagai pihak selepas didedahkan Astro AWANI.
"Terima kasih YB sebab bantu kita. Tak sabar lah… secepat mungkin ikut ibu. Bersyukur sangat. Kesian dekat ibu, ke sana ke sini cari duit," katanya sebak.
Sementara itu, ibunya, Rodziah Jaffar, 52 tahun, berkata tiada apa yang lebih membahagiakan bagi seorang ibu selain melihat anak mempunyai kesihatan yang sempurna.
Katanya, dalam masa terdekat, dia akan membawa anak bongsu dari empat beradik itu untuk terus melakukan pembedahan.
"Saya berharap anak saya akan sihat seperti anak gadis lain. Selepas ini, bolehlah dia bekerja untuk tampung diri sendiri. Alhamdulillah," ujar Rodziah.
Raffi Bachik
Thu Feb 08 2018
Zaidi (kanan) ketika lawatannya bersama MAIM ke rumah keluarga Siti Nur (tengah) di Kampung Serkam Tengah. - Astro AWANI
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Cadangan semakan yuran, IJN sambut baik perbincangan bersama KKM
IJN menyambut baik keputusan untuk mengadakan perbincangan konstruktif berhubung cadangan semakan yuran bagi pesakit yang dirujuk oleh KKM.
Kesihatan Tun M semakin baik namun masih perlu pemantauan doktor
Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini dilaporkan semakin baik.
Kesihatan Tun Mahathir semakin baik
Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) semakin baik.
Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.
ADUN Johol dikejarkan ke IJN akibat serangan jantung
Beliau dimaklumkan Saiful Yazan dikejarkan ke IJN kira-kira pukul 3 petang semalam dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU).
IJN perintis pusat rehabilitasi jantung berteknologi tinggi pertama di Asia
Kemudahan canggih itu menggabungkan inovasi dari Jerman, Finland dan Belanda sekali gus menawarkan kemudahan rawatan terbaik kepada pesakit.
KKM belanja hampir RM250 juta untuk laksana 'khidmat luar' pesakit jantung ke IJN
KKM membelanjakan RM248.97 juta untuk melaksanakan khidmat luar (outsource) 93,495 pesakit jantung kepada Institut Jantung Negara Sdn Bhd (IJNSB) sejak Januari tahun ini hingga 31 Mei lepas.
MB Pahang Wan Rosdy kembali bertugas
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kembali memulakan tugas rasmi di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Bicara kes saman terhadap Ahmad Zahid ditangguhkan lagi ke 26 Ogos
Perbicaraan kes saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 26 Ogos.
Tun Mahathir dirawat di IJN kerana batuk
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lalu.