KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu pelajar meneroka lebih banyak cara untuk menggabungkan penggunaan alat muzik tradisional pelbagai kaum dalam persembahan kesenian mereka bagi menggalakkan lagi perpaduan dan menghargai kepelbagaian budaya dalam kalangan rakyat Malaysia.
Beliau berkata budaya perpaduan baharu boleh dipupuk dalam kalangan pelajar berbilang kaum di sekolah jika mereka diberi ruang menampilkan kreativiti dengan memainkan pelbagai jenis alat muzik tradisional dalam sesuatu persembahan seperti alat muzik sape Orang Ulu Sarawak dengan gendang tradisional Cina.
Berucap ketika merasmikan majlis penutupaan Kejohanan Sukan Bola Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia ke-10 di sini malam tadi, Abang Johari berkata persembahan oleh kumpulan pelajar pada majlis itu yang membawakan lagu terkenal Iban, "Bekikis Bulu Betis" dengan menggabungkan petikan sape dan pukulan gendang telah memberi inspirasi kepada beliau untuk mencetuskan idea budaya baharu itu.
"Semasa sedang duduk, saya cari satu perkataan yang boleh menggambarkan acara malam ini dan perkataan itu ialah 'sadrum' (kombinasi sape dan dram)... budaya baharu iaitu seorang pelajar suku kaum tempatan bermain dram dan menyanyi 'Bekikis Bulu Betis'.
"Ini adalah anugerah yang terbaik pada 31 Ogos ketika kita meraikan Hari Kebangsaan," katanya.
Menurutnya rakyat Sarawak mudah menyesuaikan diri dengan budaya itu kerana mereka memiliki tahap toleransi yang tinggi walaupun hidup dalam masyarakat berbilang kaum.
Lebih 2,000 pelajar, bersama guru dan ibu bapa daripada 65 Sekolah Menengah Persendirian Cina terlibat dalam kejohanan lima hari itu yang bermula Isnin lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023

Abang Johari (dua, kiri) bersama juara Pertandingan Aneka Bola Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina peringkat Nasional Ke-10 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Kuching, malam tadi. --fotoBERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.

Jawatan dalam Kabinet Sarawak: Abdul Karim serah kepada Premier
Abdul Karim yang memegang dua portfolio menteri dalam Kabinet negeri berkata sebarang urusan berhubung pelantikan anggota kabinet adalah hak Abang Johari.

Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu mengambil iktibar daripada kemelut perjalanan politik Parti Kongres di India serta Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun.

Abu Bakar dilantik Pengerusi interim AirBorneo, fokus sektor permulaan Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta
Abu Bakar akan dibantu pasukan sedia ada yang kini bertugas untuk MASwings di Sarawak dan Sabah.

Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.

Perbincangan mengenai kabel dasar laut Sarawak-Singapura akan dimuktamadkan tidak lama lagi
Perbincangan akan dimuktamadkan dalam suku pertama tahun ini, diikuti dengan kemungkinan pemeteraian perjanjian antara Malaysia dan Singapura.

Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial - Abang Johari
Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya yang berlebihan bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih.

Sarawak berhasrat bangunkan model AI sendiri - Abang Johari
Abang Johari berkata platform AI yang dibangunkan sendiri juga akan membantu mempromosikan biodiversiti Sarawak.

Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb
Abang Johari Tun Openg dijangka akan mengumumkan nama baharu MASwings selepas proses pengambilalihan selesai dengan rasmi.