KUALA LUMPUR: Gabenor Jeneral New Zealand, Dame Cindy Kiro melawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur, di Jalan Conlay, di sini semalam bersempena lawatan negara selama empat hari ke Malaysia.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke kompleks itu mengiringi Kiro yang tiba di lokasi lawatan kira-kira pukul 5.50 petang dan disambut Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, 'Ainu Sham Ramli.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang juga menteri pengiring semasa lawatan negara Kiro.
Kiro yang diiringi Raja Permaisuri Agong menyaksikan Pameran Koleksi Batik bertemakan "Sentuhan Permaisuri: Eksplorasi dan Eksperimentasi Batik Inderapura" yang mempamerkan 18 jenis koleksi batik hasil sentuhan Tunku Azizah.
Kemudian Tunku Azizah berkenan berangkat mengiringi Kiro melawat muzium kraf yang mempamerkan pelbagai seni kraf tempatan sebelum mengakhiri lawatan selama 90 minit di kompleks itu.
Kiro tiba di Malaysia pada Ahad bersama pasangannya, Dr Richard Davies dalam lawatan sulung ke negara ini dan Asia Tenggara sejak menjawat jawatan Gabenor Jeneral New Zealand pada 21 Okt 2021.
Lawatan negara Kiro ke Malaysia adalah atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kali terakhir New Zealand mengadakan lawatan peringkat ketua negara ke Malaysia adalah pada 5 hingga 8 Dis 2017 oleh Dame Patsy Reddy.
New Zealand merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia di rantau Pasifik dengan jumlah dagangan keseluruhan bagi kedua-dua negara setakat Jun 2023 bernilai RM6.32 bilion (AS$1.42 bilion), meningkat 15.3 peratus berbanding RM5.48 bilion (AS$1.27 bilion) bagi tempoh sama pada 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023

Raja Permaisuri Agong berkenan melihat ruang pameran bersama Kiro di Muzium Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur, pada Isnin. --fotoBERNAMA
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

Gabenor Jeneral New Zealand lawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Tunku Azizah juga berkenan mengiringi Kiro melawat muzium kraf sebelum mengakhiri lawatan 90 minit di Kompleks Kraf Kuala Lumpur itu.

220 usahawan sertai 'Warna-warni Aidilfitri' pasarkan produk kraf untuk hari raya
100 usahawan menyertai promosi tersebut di Kompleks Kraf Kuala Lumpur manakala 120 lagi di lapan lokasi pusat beli-belah terpilih di beberapa negeri.