Sekumpulan 100 peguam yang dikenali sebagai G100 mendesak Presiden Majlis Peguam Christopher Leong meletakkan jawatan berhubung reaksi beliau terhadap penghakiman kes liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Hari ini sudah masuk 14 hari kami mengeluarkan kenyataan media pertama kami bertarikh 21 Februari 2015 yang meminta Christopher menarik balik kenyataannya yang mempertikai urusan kehakiman negara.
“Christopher juga telah diminta mengemukakan permohonan maaf yang jelas dan tanpa bersyarat kepada badan kehakiman dan entiti serta badan antarabangsa,” ujar kenyataan tersebut pada Sabtu.
Namun, menurut kenyataan itu, kumpulan G100 kesal apabila satu-satunya ‘maklum balas’ daripada Christopher setakat ini hanyalah mengelak, seperti yang dapat dilihat melalui kenyataannya pada 26 Februari lalu.
G100, sebaliknya, telah memberi maklum balas melalui sebuah kenyataan media pada 1 Mac 2015, yang kekal dengan pendirian bahawa Christopher perlu menarik balik kenyataannya yang mempertikai urusan kehakiman.
Kenyataan Christopher tersebut disifatkan G100 sebagai langsung tidak memperbetulkan apa yang dikatakannya sebelum ini, malah sekadar tindakan lemah untuk mengelak daripada menjawab isu tersebut.
“Selepas memberi tempoh masa yang secukupnya untuk dia menarik balik kenyataannya, kami sangat kecewa kerana sehingga hari ini Christopher telah gagal, menolak dan/atau mengabaikan untuk berbuat seperti yang diminta.
“Kami tidak ada pilihan lain kecuali kini mendesak – seperti yang telah kami ingatkan dalam kenyataan media lalu – agar Christopher meletakkan jawatan serta-merta daripada jawatan Presiden Majlis Peguam.
“Kami juga akan meneruskan saluran undang-undang lain yang akan kami maklumkan kepada umum apabila tiba masanya,” kata G100.
Kumpulan tersebut juga menyatakan terdapat sebuah usul baru-baru ini yang telah dihantar kepada Setiausaha Majlis Peguam untuk dibahaskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Peguam pada 14 Mac 2015.
Kandungan usul itu antara lain adalah meminta Christopher menarik balik kenyataan media bertarikh 11 Februari 2015 dan mengemukakan permohonan maaf kepada sistem kehakiman negara.
Sekiranya Christopher gagal berbuat demikian, adalah menjadi tugas Presiden Majlis Peguam yang berikutnya untuk menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada sistem kehakiman.
“G100 memberi sokongan penuh terhadap usul berkenaan dan menyeru semua pihak yang menyokong pandangan G100 agar turut menyokong usul tersebut.
“Kami letakkan kepercayaan kami kepada kebijaksanaan ahli-ahli majlis untuk mengambil resolusi yang sewajarnya dalam mesyuarat agung akan datang, terutamanya demi melindungi integriti dan kebebasan Majlis Peguam,” ujar kenyataan G100 itu.
Astro Awani
Sat Mar 07 2015

Christopher (gambar) telah diminta menarik balik kenyataannya dan meminta maaf berhubung reaksinya terhadap penghakiman ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim. -Gambar fail
Ayam, santan barangan laris keras di Kota Bharu
Para peniaga memaklumkan kedua-dua bahan itu mendapat permintaan tinggi ketika umat Islam membuat persiapan menyambut Ramadan bermula Ahad.

Majlis Ekonomi Bumiputera pantau Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 - Ahmad Zahid
Majlis Ekonomi Bumiputera akan menjalankan pemantauan menyeluruh Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 bagi memastikan pelaksanaannya membuahkan hasil.

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh
Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan untuk menjadi saksi penting perbicaraan kes bunuh mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan.

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

SPRM akan panggil semula Ismail Sabri bantu siasatan - Sumber
SPRM akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Muhamad Farkhan kecewa dituduh terlibat atur perlawanan
Petinju Muhamad Farkhan Mohd Haron kecewa dengan tuduhan sesetengah pihak menyatakan perlawananan terakhirnya menentang Jaskaran Singh dari India adalah perlawanan yang diatur.

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju
Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah.
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.

Polis akan panggil bekas presiden Majlis Peguam, Christopher Leong - KPN
Polis akan memanggil bekas Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong kerana membuat kenyataan menghasut dan mengelirukan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Badan Peguam desak Kerajaan mansuh Akta Hasutan
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-69 Badan Peguam hari ini meluluskan usul bagi mendesak Kerajaan agar memansuhkan Akta Hasutan 1948.

G100 desak Christopher Leong letak jawatan Presiden Majlis Peguam
Kumpulan G100 kesal apabila Christopher Leong berdiam diri dan mengelak daripada menjelaskan kedudukan berkaitan kontroversi itu.

Razali Ibrahim selar Majlis Peguam kerana biarkan sistem kehakiman dikritik
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim hari ini menyelar Majlis Peguam yang 'diam seribu bahasa' apabila pihak pembangkang secara terus mengkritik sistem kehakiman negara.

Kotakan janji mansuh Akta Hasutan, kata Majlis Peguam kepada Najib
Majlis Peguam hari ini menyeru kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar mengotakan janji memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Ahli mesyuarat enggan keluar dewan walau berdepan ancaman bom
Ahli Badan Peguam bertekad meneruskan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada Jumaat, meskipun terdapat ancaman bom di bangunan Wisma MCA di mana mesyuarat itu berlangsung.

Permit tidak diperlukan untuk perhimpunan awam - Majlis Peguam
Permit untuk perhimpunan awam tidak lagi diperlukan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA), jelas Majlis Peguam.