Majlis Peguam hari ini menyeru kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar mengotakan janji memansuhkan Akta Hasutan 1948.
Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong mengingatkan Najib bahawa janji itu adalah komitmen untuk melaksanakan sesuatu perkara, walaupun di dalam keadaan yang sukar, dan bukan sahaja pada masa yang sesuai untuk berbuat demikian.
“Majlis Peguam sangat kecewa kerana Perdana Menteri dilaporkan sebagai berkata Akta Hasutan 1948 tidak akan dimansuhkan.
“Majlis Peguam terkejut yang Perdana Menteri tidak hanya mengkhianati janji yang dibuat dua tahun lalu untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, malah mahu memperkukuhkannya lagi.
“Adalah sangat tidak munasabah apabila rakyat Malaysia bukan sahaja dihalang daripada membincang dan membahas isu berkepentingan awam, tetapi juga akan dihukum kerana berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan media.
Katanya lagi, dakwaan bahawa undang-undang itu dapat memupuk keamanan dan keharmonian negara adalah tidak berasas, malah dalam mengejar keamanan, rakyat Malaysia perlu menerima kritikan dan perbezaan pendapat sebagai sebahagian daripada proses kematangan dan pembelajaran.
“Kalau kita benar-benar mahu keamanan dan keharmonian, kita perlu jujur dengan diri kita sendiri tentang apa punca sebenar ketidakharmonian di dalam Malaysia," katanya lagi.
Leong berkata, oleh itu, janji untuk memansuhkan Akta Hasutan ini perlu ditepati dan Akta Keharmonian Nasional yang baharu perlu dicadangkan kerana ia akan membantu mencapai keamanan dan keharmonian.
Pada 12 Julai, 2012, Najib mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dimansuh dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.
Namun, semasa Perhimpunan Agung UMNO 2014 semalam, beliau menegaskan bahawa Akta Hasutan 1948 tidak akan dimansuhkan, malah, akan diperkukuhkan.
T K Letchumy Tamboo
Fri Nov 28 2014

Majlis Peguam hari ini menyeru kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk mengotakan janji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.

SPRM akan panggil semula Ismail Sabri bantu siasatan - Sumber
SPRM akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Muhamad Farkhan kecewa dituduh terlibat atur perlawanan
Petinju Muhamad Farkhan Mohd Haron kecewa dengan tuduhan sesetengah pihak menyatakan perlawananan terakhirnya menentang Jaskaran Singh dari India adalah perlawanan yang diatur.

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju
Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah.
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.
Sambutan pertama ramadan di Indonesia
Indonesia mula berpuasa pada Sabtu

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya - Fadillah
Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang.
KWSP: Dividen lebih tinggi, 6.3% bagi simpanan Konvensional dan Shariah
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, meningkat 11 peratus berbanding RM66.99 bilion yang direkodkan pada 2023.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.

Polis siasat video turunkan Jalur Gemilang diganti dengan bendera Sabah, Sarawak
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan awal mendapati insiden itu berlaku di Melbourne, Australia pada 16 Sept lepas.

'Semoga saya mendapat keadilan di mahkamah...' - Muhyiddin
Muhyiddin mengeaskan beliau tidak bersalah dan meminta dibicarakan atas dakwaan yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen Gua Musang.

Papagomo kemuka representasi gugur tuduhan kes hasutan kaitkan kerajaan pro-Israel, Barat
Papagomo mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan Barat.

Jemaah Menteri setuju secara prinsip semak Akta Hasutan 1948 - Azalina
Ia bagi memastikan perundangan itu digunakan hanya untuk melindungi Institusi Raja-Raja daripada sebarang provokasi

"Sewaktu jadi pembangkang dulu kata Akta Hasutan ini zalim..." - Shahril
Sebelum ini Akta Hasutan itu mahu digantikan dengan akta lain dalam kanun keseksaan tetapi ia seolah-olah hilang dari perundangan negara.

Akta Hasutan akan dimansuhkan - Vui Keong
Akta Hasutan 1948 dijangka dimansuhkan tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Keputusan mansuh atau pinda Akta Hasutan dalam masa terdekat - Vui Keong
Liew Vui Keong berkata, pada dasarnya kerajaan dalam proses mempertimbangkan Akta Hasutan dengan tujuan untuk memansuhkan.

MB Perak setuju undang-undang kekang hina Institusi Diraja
Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyokong cadangan untuk menggubal undang-undang khas bagi mengekang perbuatan menghina Institusi Diraja.