PUTRAJAYA: Salah seorang penuntut daripada Kumpulan Sulu yang dikenali sebagai Fuad A Kiram telah diklasifikasikan sebagai pengganas, kata Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.
Beliau berkata Fuad telah disenaraikan dalam entiti yang diklasifikasi sebagai pengganas di bawah Seksyen 66B Akta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 berkuat kuasa 6 April lepas.
"Kementerian Dalam Negeri telah memaklumkan bahawa seorang penuntut Fuad A Kiram yang juga salah seorang pengasas Royal Sulu Force iaitu satu kumpulan pengganas, telah diklasifikasikan sebagai entiti pengganas oleh kerajaan," katanya dalam satu taklimat media di sini hari ini.
Fuad atau nama sebenarnya Muhammad Fuad Abdullah Kiram, 69, merupakan salah seorang yang daripada lapan individu yang mendakwa waris Kumpulan Sulu dan sedang membuat tuntutan terhadap Sabah termasuk beberapa aset milik Malaysia di luar negara.
Pada Februari tahun lepas, agensi berita di Sepanyol melaporkan penimbang tara negara itu Dr Gondoza Stampa telah mengarahkan Malaysia membayar pampasan sebanyak AS$14.92 (RM62.59 bilion) kepada waris Sultan Sulu.
Malaysia didakwa tidak membayar wang pemisah atau pampasan berjumlah RM5,300 setahun sejak 2013 yang dikatakan telah melanggar Perjanjian 1878 yang ditandatangani Sultan Jamal Al-Alam dengan Baron De Overbeck dan Alfred Dent mewakili syarikat British Utara Borneo.
Terdahulu pada majlis sama, Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tuntutan berkenaan melalui timbang tara komersial serta prosiding terhadap Malaysia dibiayai oleh dana litigasi dikenali sebagai Therium untuk menuntut sebanyak US$14.9 bilion daripada Malaysia.
Azalina juga berkata fakta kes tuntutan Kumpulan Sulu itu adalah tidak begitu kukuh kerana sehingga kini belum diketahui sama ada mereka yang membuat tuntutan itu benar-benar waris Sultan Jamalul Kiram II.
Beliau berkata tuntutan pihak Sulu terhadap Malaysia juga mengabaikan kehendak rakyat Sabah untuk membentuk Malaysia pada 1963 seperti yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Cobbold.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023
Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud bercakap pada sidang akhbar berkenaan tuntutan sulu di Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang hari ini. - Foto BERNAMA
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Fuad A Kiram diklasifikasikan sebagai pengganas
Salah seorang penuntut daripada Kumpulan Sulu yang dikenali sebagai Fuad A Kiram telah diklasifikasikan sebagai pengganas.