KUALA LUMPUR: Polis dalam proses menyiapkan lakaran wajah atau fotofit suspek kes simbah asid membabitkan tonggak bola sepak Selangor FC, Faisal Halim.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, fotofit ini akan dibuat pada Sabtu.
"Daripada situ kita akan kumpul lagi maklumat selain mengkaji lagi cap jari (di lokasi kejadian) seperti siasatan yang dibuat pada kes pembunuhan kanak-kanak, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
"Siasatan kes ini perlu dibuat dengan adil dan kita tidak boleh menangkap orang sesuka hati," katanya ketika ditemui pemberita semasa Sambutan Hari Autisme di Pusat Autisme Pengaman, Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Mengulas mengenai jumlah individu yang direkod keterangan, tambah Razarudin, lebih 12 individu setakat ini telah direkod keterangan.
Jelasnya, ini termasuklah mangsa (Faisal), keluarga mangsa, doktor dan saksi berkepentingan.
"Faisal antara yang paling awal yang direkod keterangan," ujarnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, 5 Mei lalu, Faisal alami melecur tahap empat selepas disimbah asid dipercayai oleh dua individu bermotosikal di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.
Susulan itu, polis berjaya memberkas dua lelaki secara berasingan di Pandan Indah, Ampang dan Bangi pada hari kejadian serta Isnin lalu.
Sementara itu mengulas berhubung Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu, Razarudin mengulangi komitmen pihaknya dalam memastikan keselamatan awam khususnya pada mereka yang keluar mengundi.
“Kita dah tetapkan pegawai di saluran, dan bilik gerakan ada anggota bertugas, daripada sebelum, semasa, dan selepas ini.
"Saya yakin akan menentukan keamanan dan ketenteraman kepada pengundi yang keluar mengundi," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 11 2024

Tan Sri Razarudin Husain, Ketua Polis Negara. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
"Pasukan ini mempunyai kepakaran dan peralatan bantuan yang lebih baik bagi mengenal pasti dan menangkap suspek yang terlibat."

ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid
Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen ACL2 2024/25, semalam.

Faisal Halim terharu keprihatinan Hamidin, FAM
Faisal Halim meluahkan rasa terharu di atas kepekaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjaga kebajikan pemain skuad kebangsaan.

Faisal Halim sudah mula jalani sesi latihan sejak Rabu
Pemain berusia 26 tahun itu difahamkan sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan media.

Faisal Halim sudah mula lakukan senaman ringan - Bapa
Pemain Selangor FC, Faisal Halim sudah mula melakukan senaman ringan di samping meneruskan sesi fisioterapi, kata bapanya.

Polis siasat motif, kaitan serangan terhadap tiga pemain bola sepak kebangsaan
Razarudin berkata, adalah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan memandangkan polis masih lagi mengumpul keterangan.

Polis dedah lakaran fotofit suspek serangan simbah asid Faisal Halim
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim pada Ahad.

Faisal mungkin dibenarkan pulang dua minggu lagi
PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim berkemungkinan dibernarkan pulang dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi selepas keadaan kesihatannya bertambah baik.

Fotofit suspek simbah asid sedang disiapkan - KPN
Menurut Razarudin, setakat ini, lebih 12 individu telah direkod keterangan.

Pelajar cemerlang didakwa cederakan rakan baik guna asid
Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyebabkan cedera parah terhadap kawan baiknya dengan menggunakan asid.