KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat motif dan kaitan serangan melibatkan tiga pemain bola sepak kebangsaan, baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, adalah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan memandangkan polis masih lagi mengumpul keterangan.
"Kita belum sampai lagi pada motif itu. Kalau kita dapat motif, kita mungkin boleh cakap adakah (kes) ini dirancang dijadikan satu jenayah," katanya pada sidang media di Pejabat Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara, di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes simbah asid melibatkan pemain Selangor FC, Faisal Halim, Razarudin memaklumkan polis masih menjejaki suspek berdasarkan lakaran yang diedarkan, hasil maklumat tiga saksi kejadian.
Menurutnya, setakat ini polis sudah merakam keterangan 23 individu, namun keterangan terbabit masih belum mencukupi.
Beliau turut menjelaskan, proses mengesan cap jari suspek di lokasi juga tidak banyak membantu memandangkan hanya tiga daripada lapan cap jari yang diperoleh didapati sempurna, manakala bakinya sukar dikenal pasti.
Razarudin dalam pada itu meminta orang ramai supaya tampil menyalurkan maklumat berhubung insiden berkenaan.
Polis sebelum ini menahan tiga individu, namun telah dibebaskan selepas siasatan mendapati mereka tidak mempunyai kaitan dengan kejadian kes.
Pada 2 Mei lalu, dua perompak menyerang pemain sayap Terengganu FC Akhyar Rashid selepas pulang dari latihan.
Tiga hari kemudian, pemain sayap Selangor FC Faisal Halim disimbah asid di sebuah pusat beli-belah, menyebabkan dia melecur tahap empat dan memerlukan pembedahan.
Pada 7 Mei pula, cermin kereta pemain tengah Johor Darul Ta’zim, Safiq Rahim telah dipecahkan ketika dia pulang dari latihan.
Umavathi Ramayah
Fri May 24 2024
![Polis siasat motif, kaitan serangan terhadap tiga pemain bola sepak kebangsaan Polis siasat motif, kaitan serangan terhadap tiga pemain bola sepak kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716028987_RazarudinHusainIG.jpg)
Razarudin berkata, adalah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan memandangkan polis masih lagi mengumpul keterangan. -Gambar fail/Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Faisal jalani fisioterapi intensif, pulihkan fungsi tangan kiri Faisal jalani fisioterapi intensif, pulihkan fungsi tangan kiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720015820_TBFaisalHalim.jpg)
Faisal jalani fisioterapi intensif, pulihkan fungsi tangan kiri
Pemain kebangsaan dan tonggak utama Selangor FC (SFC) Muhammad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim mula menjalani fisioterapi yang lebih intensif bagi memulihkan fungsi pergerakan tangan kirinya.
![Faisal Halim sudah mula lakukan senaman ringan - Bapa Faisal Halim sudah mula lakukan senaman ringan - Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719637393_BapakepadaFaisalH.jpg)
Faisal Halim sudah mula lakukan senaman ringan - Bapa
Pemain Selangor FC, Faisal Halim sudah mula melakukan senaman ringan di samping meneruskan sesi fisioterapi, kata bapanya.
![Tabung Solidariti Bersama Selangor sudah kumpul lebih RM40,000 Tabung Solidariti Bersama Selangor sudah kumpul lebih RM40,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719571076_TabungSolidariti.jpg)
Tabung Solidariti Bersama Selangor sudah kumpul lebih RM40,000
MSNS hari ini memaklumkan bahawa mereka telah menerima sebanyak RM40,000 sejak kempen Tabung Solidariti Bersama Selangor FC dilancarkan.
![Selangor FC pertimbang ambil tindakan terhadap keputusan MFL Selangor FC pertimbang ambil tindakan terhadap keputusan MFL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674235369_FacebookSelangorF.jpg)
Selangor FC pertimbang ambil tindakan terhadap keputusan MFL
Selangor FC sedang meneliti dan mengkaji semua saluran bersesuaian untuk mengambil tindakan seterusnya berikutan denda dikenakan Malaysian Football League kepada pasukan itu.
![Liga Super 2024/2025: Selangor FC didenda RM100,000, hilang tiga mata Liga Super 2024/2025: Selangor FC didenda RM100,000, hilang tiga mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718273416_TBFAISAL.jpg)
Liga Super 2024/2025: Selangor FC didenda RM100,000, hilang tiga mata
Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, nasib malang Selangor FC dilihat berganda selepas Faisal Halim 'direhatkan' dan didenda RM100,000 oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
![Serangan asid: Tun Mahathir hadir beri 'tonik' untuk Faisal Halim kembali pulih Serangan asid: Tun Mahathir hadir beri 'tonik' untuk Faisal Halim kembali pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719040231_TBFaisalHalim.jpg)
Serangan asid: Tun Mahathir hadir beri 'tonik' untuk Faisal Halim kembali pulih
Faisal Halim menceritakan perasaan teruja yang tidak disangka-sangka apabila dikunjungi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu.
![Faisal perlu dapatkan sokongan psikologi, perubatan untuk pulih - Pakar Faisal perlu dapatkan sokongan psikologi, perubatan untuk pulih - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718609073_TBFAISAL.jpg)
Faisal perlu dapatkan sokongan psikologi, perubatan untuk pulih - Pakar
Pemain bola sepak kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim memerlukan masa untuk kembali beraksi, dan beliau perlu mendapatkan bantuan psikologi.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Jun 2024.
![Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang - Nidzam Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang - Nidzam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718446675_tbFaisalHalim.jpg)
Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang - Nidzam
Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium MBPJ apabila Faisal Halim menjejakkan kaki buat kali pertama di situ sejak insiden disimbah asid awal bulan lepas.
![Piala FA: Kehadiran Faisal Halim dalam bilik persalinan cetus emosi, inspirasi luar biasa pemain Selangor Piala FA: Kehadiran Faisal Halim dalam bilik persalinan cetus emosi, inspirasi luar biasa pemain Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718492453_FaisalHalim.jpg)
Piala FA: Kehadiran Faisal Halim dalam bilik persalinan cetus emosi, inspirasi luar biasa pemain Selangor
"Dia datang 30 minit sebelum sepak mula, tiada siapa sangka, saya juga tidak diberitahu dan agak terkejut," kata ketua jurulatih The Red Giants.