SEUSAI majlis perasmian di Jeti Boustead Cruise Centre, kapal Nautical Aliya memulakan perjalanan di perairan Klang, Selangor.

Selepas satu jam berlalu, baru kami menyedari bahawa kami masih berada di sekitar Pelabuhan Klang.

Ketika itu, Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid sibuk bersama pasukannya menguruskan beberapa perkara.

"Kita kena terus berdoa," pesan beliau.

"Ketika ini, ada sekurang-kurangnya dua orang penyelam sedang menyelesaikan isu di bawah kapal ini," jelasnya.

Keesokan harinya kami dimaklumkan oleh Ketua Misi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, kejadian berlaku akibat tali yang tersangkut pada kipas kapal.