"Berfikirlah dahulu sebelum 'klik' sesuatu dalam laman sosial internet atau anda menyusahkan diri sendiri untuk menghadapi tindakan undang-undang".
Itulah pesanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kepada mereka yang ghairah membuat sebarang komen atau memuat turun dan memuat naik gambar yang menyalahi undang-undang negara.
Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata tindakan 'tweet', 'share' (kongsi) dan komen yang boleh menyinggung perasaan atau memberi kesan negatif kepada pihak lain akan membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang walaupun dengan alasan "tidak sengaja".
"Kadang-kadang jari-jemari ini lebih cepat bertindak sebelum minda dapat membuat keputusan. Orang ramai, ibu bapa perlu sedar, kini semua orang dihubungkan dan mudah dicari melalui media sosial, maka didiklah diri supaya lebih beretika, bertanggungjawab dan berhemah ketika menggunakan media sosial," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran fasa kedua Program 'Klik Dengan Bijak (Click Wisely) Meet Up!' di sini, pada Sabtu.
Kempen yang menyasarkan golongan remaja berumur 13 hingga 18 tahun itu, menyajikan pelbagai aplikasi dan permainan komunikasi bagi mendidik dan memberi kesedaran kepada pengguna internet supaya memahami tiga aspek penting iaitu keselamatan, perlindungan dan tanggungjawab dalam alam siber.
Mohamed Sharil berkata pihaknya bersedia mencadangkan undang-undang sedia ada agar dipinda untuk hukuman lebih ebrat dikenakan terhadap pihak yang didapati bersalah penyalahgunakan media sosial.
Katanya, namun salah laku akan tetap wujud jika usaha dan didikan yang berterusan tidak disampaikan kepada masyarakat.
"Kita harus sedar bahawa pengguna internet tanpa sempadan kini semakin hari semakin berleluasa kerana ia mudah diakses dan dibawa ke mana-mana, bukan lagi terletak hanya di komputer 'desktop' dan komputer riba.
"Maka penting untuk ibu bapa adakan kawalan kendiri bagi mengawasi keselamatan anak-anak mereka apabila menggunakan internet setiap masa," katanya sambil memberitahu kanak-kanak seusia lapan tahun didapati sudah boleh mengendalikan media sosial.
Berdasarkan statistik tahun lepas, jumlah aduan yang diterima SKMM berhubung penyalahgunaan media sosial berjumlah 2,137 manakala bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun ini pula sebanyak 1,457 aduan diterima.
Bernama
Sun Aug 17 2014
Berdasarkan statistik tahun 2013, jumlah aduan yang diterima SKMM berhubung penyalahgunaan media sosial berjumlah 2,137.
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Klik dengan bijak terima pengiktirafan antarabangsa bagi advokasi literasi digital
KDB telah dinobatkan sebagai juara projek bagi Kategori 17: Ethical Dimensions of the Information Society oleh World Summit on the Information Society (WSIS) WSIS Prizes 2020.
Fikirlah dahulu sebelum 'klik' atau hadapi tindakan undang-undang - SKMM
Ini pesanan SKMM kepada mereka yang ghairah membuat sebarang komen atau memuat turun dan memuat naik gambar yang menyalahi undang-undang negara.