Penggunaan Internet telah menjadi norma yang dipraktikkan oleh setiap peringkat umur bagi menambah pengetahuan, berkomunikasi dan berurusan menggunakan perkhidmatan dalam talian.
Namun, terdapat bahaya dalam penggunaan Internet jika kurang berwaspada. Oleh itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melancarkan inisiatif Klik Dengan Bijak (KDB) sejak 2012 untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia agar menggunakan Internet secara bijak.
Terkini, KDB telah dinobatkan sebagai juara projek bagi Kategori 17: Ethical Dimensions of the Information Society oleh World Summit on the Information Society (WSIS) – WSIS Prizes 2020 anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) di Geneva, baru-baru ini.
Kejayaan tersebut merupakan satu pengiktirafan besar kepada Malaysia, dan khususnya MCMC dalam usaha pihak Suruhanjaya membudayakan penggunaan Internet beretika di Malaysia.
Menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara, memperkaya literasi digital rakyat
Sejak diperkenalkan lapan tahun lalu, KDB menumpukan pelaksanaannya terhadap tiga (3) aspek utama iaitu Keselamatan, Kewaspadaan dan Tanggungjawab yang mana ia memberi penekanan kepada kawalan kendiri sebagai perlindungan daripada ancaman dalam talian.
Pelbagai pihak berkepentingan berganding bahu menjayakan inisiatif KDB termasuk ibu bapa, penjaga, pendidik, komuniti setempat, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, serta pertubuhan antarabangsa.
KDB bertujuan melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru, mewujudkan sikap bertanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet agar beretika dan prihatin sesama pengguna, menyedarkan pengguna Internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan mewujudkan persekitaran yang selamat semasa melayari Internet.
Sehingga kini, KDB telah berjaya memberi manfaat melalui aktiviti kesedaran dan pendidikan kepada para pengguna bagi membolehkan mereka mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ancaman dalam
talian oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti buli siber, penipuan dalam talian, pengantunan seksual kanak-kanak, penggodaman dan penyebaran maklumat palsu.
Usaha KDB dalam mewujudkan tahap literasi digital yang lebih baik telah memperkasakan pengguna untuk melaksanakan urusan mereka dengan lebih efisien serta mempersiapkan diri menghadapi gelombang teknologi digital yang semakin canggih.
Pelaksanaan KDB turut memberi impak positif kepada usaha Kerajaan dalam memupuk nilai-nilai murni berpandukan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.
Pengiktirafan oleh WSIS terhadap inisiatif KDB sungguh bermakna kepada rakyat Malaysia dan menyuntik semangat kepada MCMC serta rakan-rakan strategik yang berkaitan untuk terus mendidik rakyat Malaysia menjadi warga digital yang cemerlang dan berhemah tinggi.
Kenyataan Media
Thu Sep 10 2020
Pelaksanaan KDB turut memberi impak positif kepada usaha Kerajaan dalam memupuk nilai-nilai murni berpandukan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
U Mobile akan kurangkan pegangan saham majoriti asing kepada 20 peratus
Menurutnya, menerusi rekod prestasi terbukti menjangkau lebih 17 tahun, U Mobile dalam kedudukan baik bagi pelancaran rangkaian 5G kedua.
RM99 juta laksana program JENDELA, 'Perajurit Broadband' untuk warga ATM - Khaled Nordin
Inisiatif itu termasuk mewujudkan Infrastruktur Fiber Optik di semua 73 kem atau pangkalan tentera, melibatkan sebanyak 59,420 pintu RKAT.
Indonesia sekat hampir 3.8 juta laman sesawang perjudian
Turut disekat, 31,751 pautan berkaitan perjudian di laman sesawang institusi pendidikan dan 31,812 pautan di laman sesawang kerajaan.
PRK Nenggiri: Kedai kopi tawar WiFi percuma jadi tumpuan
Masalah rangkaian talian Internet di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang lemah menyebabkan kedai kopi yang menawarkan WiFi percuma menjadi tumpuan media dan orang ramai.
Respons positif daripada platform media sosial terhadap kerangka kawal selia baharu - Fahmi
Wakil pelbagai platform yang ditemui mengakui keperluan mematuhi undang-undang Malaysia dan sedia untuk turut serta dalam proses berkenaan.
UK pertimbang haramkan media sosial untuk pengguna bawah 16 tahun
Kerajaan UK kini dalam proses mempertimbangkan untuk mengehadkan media sosial ke atas pengguna bawah 16 tahun termasuk mengharamkan terus.
Internet pantas di kawasan Felda bantu peneroka pasar produk - Ahmad Shabery
Perkhidmatan internet pantas dapat meningkatkan ekonomi digital seperti membantu peneroka memasarkan produk dan terlibat dalam e-dagang.
KKD, KPT laksana tindakan segera pastikan kesalinghubungan di kampus semakin baik
Katanya, isu utama mengenai kesalinghubungan di kampus adalah berkaitan jalur lebar talian tetap di dalam bangunan dan asrama.
Pakej jalur lebar RM69 inisiatif terbaik turunkan kos sara hidup
Pakej itu dilihat berpatutan dan memberi peluang kepada golongan rentan yang mahu melanggan pakej Internet pada harga lebih murah.
Kualiti internet menurun, Malaysia masih dalam kedudukan 40 terbaik kesejahteraan digital
Indeks Kualiti Hidup Digital ialah kajian yang dilakukan bagi menilai kualiti kesejahteraan digital di 117 negara atau 92 peratus daripada populasi global.