BALING: Kerajaan negeri hanya mengeluarkan arahan menghentikan aktiviti hiburan kepada penganjur Karnival Fiesta Raya Baling 2024, bukannya menutup keseluruhan ekspo jualan tersebut.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, sebaliknya penganjur memilih untuk menutup karnival berkenaan atas beberapa faktor.
Menurutnya, kemungkinan timbul salah faham dalam isu berkenaan sehingga ada pihak yang mendakwa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenakan paksaan agar menghentikan karnival tersebut.
“Pilihan kepada penganjur, bukan paksaan untuk tutup karnival tersebut. Kerajaan negeri hanya menegur dan minta hentikan aktiviti yang tidak bersesuaian dengan bulan Ramadan sahaja.
“Kita tegaskan kepada penganjur hentikan pengisian program yang tidak sihat seperti hiburan, bukannya tutup ekspo itu,” katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.
BACA: Kontroversi selebriti menari: 'Apa salah kami?' - Peniaga menangis ekspo diarah tutup
Mansor berkata, penganjur kemungkinan meneliti beberapa kriteria sebelum memutuskan untuk menutup karnival berkenaan, memandangkan lokasi penganjuran kurang mendapat sambutan selain tidak banyak gerai jualan menyebabkan pengunjung tidak ramai.
“Mungkin itu antara alasan mereka tutup karnival berkenaan, jika beroperasi juga kelak akan tanggung kerugian. Pada masa sama, sudah ada ekspo seumpama anjuran majlis daerah di Batu 42 yang dibuka lebih awal.
“Kita simpati terhadap peniaga namun penganjur sepatutnya tahu batas-batas kerana kita sudah tegaskan malah surat arahan PBT kepada penganjur untuk hormati bulan Ramadan,” katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana penganjur yang melanggar syarat serta garis panduan PBT seperti mengadakan pertunjukan hiburan melampau.
“Pihak penganjur melanggar garis panduan yang ditetapkan kerana pada peringkat awal hanya menyediakan hiburan seperti nasyid, qasidah dan lain-lain. Tindakan itu bukan sahaja melanggar garis panduan PBT malah tidak menghormati kesucian bulan Ramadan dengan mengadakan hiburan melampau,” ujarnya.
Mansor berkata, penganjur sepatutnya memantau aktiviti sepanjang karnival berlangsung termasuk memastikan pengisian program yang mematuhi garis panduan.
“Ia harus menjadi pengajaran dan perkara ini harus diberikan perhatian oleh semua penganjur pada masa akan datang,” katanya.
Terdahulu tular di TikTok, aksi seorang selebriti terkenal tanah air bersama beberapa orang lelaki lain menari ala dangdut di atas pentas dengan disaksikan pengunjung karnival berkenaan.
Turut tular keluhan peniaga yang menangis apabila karnival berkenan ditutup kerana didakwa mengalami kerugian.
Isu tersebut bukan sahaja mendapat kritikan daripada netizen sebaliknya kecaman turut dilontarkan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Dalam pada itu, Mansor berharap Menteri Besar tidak diheret bersama dalam insiden berkenaan.
“Selaku Exco berkaitan, saya mohon maaf atas apa yang berlaku dan mengambil tanggungjawab kerana isu ini bawah portfolio saya.
"Namun aksi hiburan seperti itu bukan atas restu atau kebenaran kerajaan negeri mahupun Majlis Daerah Baling,” jelasnya.
Tegasnya, selain teguran pihaknya tidak teragak-agak menyenarai hitamkan mana-mana penganjur yang melanggar syarat dan garis panduan serta tidak diberi kebenaran penganjuran pada masa akan datang. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 31 2024
Mansor berkata, sebaliknya penganjur memilih untuk menutup karnival berkenaan atas beberapa faktor. - Gambar/ Sinar Harian
Titah Adendum: Shafee baca surat daripada Sultan Pahang sahkan perintah tambahan wujud
Peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, membacakan surat daripada Sultan Pahang yang juga bekas Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang mengesahkan kewujudan perintah tambahan tahanan dalam rumah bagi bekas Perdana Menteri itu.
AWANI Ringkas: Tingkat penguatkuasaan bagi anggota
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Titah Adendum: 'Jika benar wujud, laksanakanlah'
Jika benar Titah Adendum itu wujud, Kerajaan perlu bertanggungjawab dan mereka yang bertindak menyembunyikannya perlu menerima hukuman setimpal.
[TERKINI] Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026
Ikuti langsung majlis peluncuran kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM2026) yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
'Titah YDA ialah kuasa mutlak, Kerajaan patut akur' - Khairuddin
"Soladariti kita pada hari ini, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab kita mesti memperkasakan kedudukan Raja-Raja Melayu di tanah air kita," kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
"Apa sahaja titah YDA ialah kuasa mutlak, Kerajaan sepatutnya kena akur," jelasnya.
"Apa sahaja titah YDA ialah kuasa mutlak, Kerajaan sepatutnya kena akur," jelasnya.
Amerika dilanda musim sejuk melampau sejak 2011
Lebih 70 juta rakyat Amerika Syarikat dijangka terkesan akibat ribut musim sejuk besar yang berpotensi menyebabkan ribut dan hujan salji tebal dan suhu paling sejuk dalam lebih sedekad.
Biden umum jual senjata RM36 bilion ke Israel
Amerika Syarikat (AS) dikatakan hilang pertimbangan apabila memaklumkan kepada Kongres mengenai cadangan penjualan senjata berjumlah AS$8 billion (RM36 billion) kepada Israel.
Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Seorang pegawai Hamas maklumkan, kumpulan pejuang Palestin itu telah meluluskan senarai 34 tawanan yang dikemukakan oleh Israel untuk potensi pertukaran dalam perjanjian gencatan senjata.
Justin Trudeau dijangka umumkan perletakan jawatan
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, dijangka meletakkan jawatan sebagai Ketua Parti Liberal seawal Isnin, menurut laporan The Globe and Mail pada Ahad berdasarkan maklumat daripada tiga sumber.
Sumber-sumber itu menyatakan bahawa tarikh pengumuman rancangan Trudeau untuk berundur masih tidak pasti, tetapi mereka menjangkakan ia akan dibuat sebelum mesyuarat penting kaukus nasional pada hari Rabu.
Sumber-sumber itu menyatakan bahawa tarikh pengumuman rancangan Trudeau untuk berundur masih tidak pasti, tetapi mereka menjangkakan ia akan dibuat sebelum mesyuarat penting kaukus nasional pada hari Rabu.
BioProtein Powder juara minggu keenam INNOVATHON 2
BioProtein Powder muncul juara minggu keenam program realiti sains dan inovasi, INNOVATHON 2, yang disiarkan pada malam Sabtu lalu.
Inovasi ini menarik perhatian juri dengan pembentangan yang jelas dan teknologi yang praktikal.
Inovasi ini menarik perhatian juri dengan pembentangan yang jelas dan teknologi yang praktikal.
Fiesta Raya Baling: Arah henti hiburan, bukan tutup ekspo jualan - Exco
Kerajaan negeri hanya mengeluarkan arahan menghentikan aktiviti hiburan kepada penganjur Karnival Fiesta Raya Baling 2024, bukannya menutup keseluruhan ekspo jualan tersebut.
Kontroversi selebriti menari: 'Apa salah kami?' - Peniaga menangis ekspo diarah tutup
Gara-gara seorang selebriti terkenal tanah air menari ala dangdut di atas pentas mencetuskan kontroversi sehingga menyebabkan Karnival Fiesta Raya Baling 2024 diarah tutup serta-merta.