KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini mengarahkan supaya penganjuran Festival Good Vibes 2023 yang masih berbaki sehingga esok dibatalkan serta-merta.
Menerusi catatan di Facebook hari ini, beliau berkata pendirian Kerajaan Perpaduan adalah jelas dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia.
"Saya faham keputusan ini akan memberi implikasi kepada penonton yang telah membeli tiket.
"Sehubungan itu, saya juga telah menggesa penganjur untuk mengenal pasti mekanisme ganti rugi kepada pembeli-pembeli tiket.
"Kerajaan sentiasa komited menyokong pembangunan industri kreatif dan kebebasan bersuara.
"Walau bagaimanapun, jangan sesekali menyentuh sensitiviti masyarakat khususnya yang bertentangan dengan adab dan nilai budaya tempatan," katanya.
Hari ini Fahmi telah memanggil penganjur festival itu iaitu Future Sound Asia bagi memberi penjelasan susulan aksi dan kenyataan sangat biadab yang dipamerkan oleh artis dari United Kingdom "The 1975" di Sepang, malam tadi.
Media melaporkan persembahan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 dihentikan selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.
Beliau didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
Sementara itu, media melaporkan penganjur dalam satu kenyataan menzahirkan rasa kesal kerana persembahan kumpulan The 1975 terpaksa dipendekkan kerana tidak mematuhi garis panduan persembahan tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023
Fahmi memanggil penganjur festival itu iaitu Future Sound Asia bagi memberi penjelasan susulan aksi dan kenyataan sangat biadab yang dipamerkan oleh artis dari United Kingdom "The 1975" di Sepang, malam tadi. -Facebook
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Genap dua tahun pimpin kerajaan MADANI, PM Anwar fokus teruskan agenda negara - Fahmi
Perdana Menteri akan meneruskan agenda kerja dengan lawatan rasmi ke Korea Selatan pada 24 Nov ini.
Fahmi mahu rombakan Fasa 2 JENDELA, semak semula proses penetapan lokasi
Beliau berkata proses penetapan lokasi menara telekomunikasi perlu dikaji semula susulan pelbagai isu berkaitan ketidaksiapan menara dan kelewatan penyediaan kesalinghubungan.
Fahmi sedia dengar pandangan pengamal media cadangan pindaan Akta Mesin Cetak
Menteri Komunikasi sedia mendengar pandangan daripada pengamal media berhubung cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.
Kerajaan tak tutup platform media sosial yang gagal dapat lesen - Fahmi Fadzil
Pelesenan itu tidak terpakai kepada individu, sebaliknya hanya kepada penyedia platform seperti Facebook, Whatsapp, serta Instagram.
MCMC arah pengendali media sosial turunkan audio, video dakwaan rasuah ADUN
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengarahkan pengendali media sosial untuk menurunkan audio dan video berhubung dakwaan rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkaitan
Fahmi ucap takziah kepada keluarga S. Atan
Beliau berkata pemergian komposer legenda itu, yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 75 tahun, merupakan kehilangan besar buat industri muzik tanah air.
Bandar Teknologi Maju Perlis tawar lebih 2,000 peluang pekerjaan - Fahmi
Fahmi berkata projek yang menelan keseluruhan kos mencecah AS$11 bilion (RM49.17 bilion) itu dijangka mula beroperasi secara berperingkat pada pertengahan 2027.