Festival Belia Putrajaya 2014 yang bermula hari ini sehingga Ahad di Persiaran Perdana, Presint 4 menampilkan kelainan apabila memulakan acara dengan Malam Belia Berselawat Khamis malam.
Selawat dipimpin oleh ulama dari Yaman iaitu Al-Habib Muhammad Abdul Rahman Assegaf dengan diiringi Kumpulan Qasidah Antarabangsa dari Syria, Abu Sya'ar.
Walaupun dalam keadaan hujan renyai namun ianya tidak mematahkan semangat kira-kira 2,500 pengunjung yang hadir termasuk Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Jurucakap festival, Mohd Aidil Roslan berkata malam selawat ini adalah cetusan idea Khairy yang menginginkan golongan belia memulakan acara dengan sesuatu yang berbentuk keagamaan.
"Ini adalah rentetan sekarang di mana golongan majlis selawat bukan hanya diterima oleh orang tua tetapi juga golongan belia," katanya kepada Bernama.
Festival Belia Putrajaya bertemakan 'Dari Belia Untuk Belia', diisi dengan 60 segmen dengan tumpuan kepada aktiviti pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan sukarelawan.
Antara program akan diadakan adalah Karnival Belia Pelancongan, Minggu Motosikal Antarabangsa Putrajaya, Minggu Fesyen Belia Asian, Perkhemahan Sahabat Belia, Sudut Seni Pentas, jualan buku Big Bad Wolf, Local Vintage Games 2.0, pameran pekerjaan, pidato dan tilawah al-Quran.
Bernama
Fri May 23 2014
Al Habib Muhammad Abdul Rahman Asseggaf dan Kumpulan Qasidah dari Syria, Abu Syaar yang memimpin selawat dan qasidah pada program "Malam Belia Berselawat". --fotoBERNAMA
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.

ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS

Festival Belia Putrajaya 2014 mulakan acara dengan Malam Belia Berselawat
Selawat dipimpin oleh ulama dari Yaman iaitu Al-Habib Muhammad Abdul Rahman Assegaf dengan diiringi Kumpulan Qasidah Antarabangsa dari Syria, Abu Sya'ar.