KUALA LUMPUR: Selangor FC melantik Michael Feichtenbeiner selaku ketua jurulatihnya yang baharu untuk musim hadapan, menggantikan Karsten Neitzel.
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata biarpun menggalas tanggungjawab baharu, Feichtenbeiner akan terus memain peranannya sebagai pengarah sukan untuk meningkatkan prestasi kelab itu.
Gergasi Merah tersingkir daripada saingan suku akhir Piala Malaysia dan menamatkan Liga Super di tangga kelima.
"Kami sudah melihat kemampuan yang ditunjukkan Michael sepanjang tugasnya sebagai pembimbing sementara pasukan hujung musim lepas.
"Memperkenalkan gandingan pemain muda dan senior serta taktik memberi tekanan ketika bola masih di kawasan lawan dan membuat serangan pantas merupakan keutamaan kepada Selangor.
"Ini selaras dengan wawasan kami untuk membina sebuah pasukan yang kuat di masa hadapan. Kami lebih yakin dari sebelum ini di bawah bimbingannya, kami menuju ke arah yang tepat," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Anak kelahiran Stuttgart itu memulakan kerjayanya sebagai jurulatih belia VfB Stuttgart sebelum menyertai kelab dari Switzerland BSC Old Boys Basel selaku ketua jurulatih dan beliau banyak menghabiskan usianya dalam kerjaya selaku jurulatih di Jerman.
"Michael menyerlah semasa Piala DFB 2019-2020 dengan kelab Bundesliga 2 (liga bola sepak divisyen dua Jerman), Stuttgarter Kickers dengan mengalahkan tiga kelab Bundesliga (Borrusia Dortmund, Arminia Bielefeld dan SC Freiburg) dalam kemaraan ke separuh akhir dan kelab itu akhirnya disingkirkan Werder Bremen selepas masa tambahan," menurut kenyataan itu.
Feichtenbeiner juga pernah menjadi jurulatih di Malaysia untuk MPPJ FC dari 2005 hingga 2006, menyelamatkan pasukan itu daripada tersingkir ke Liga Premier, selain membimbing Bintang Medan FC dari 2010 hingga 2011 selain daripada membimbing pasukan kebangsaan bawah 15 tahun dan bawah 17 tahun Jerman.
Beliau kembali ke Malaysia pada Disember 2019 sebagai Pengarah Sukan Selangor dan juga bertanggungjawab melatih pasukan simpanan - Selangor FC 2.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon sebelum itu berkata pakar taktik itu akan menganalisis prestasi pemain sebaik sahaja beliau memulakan peranannya dan persiapan pasukan itu dijangka bermula 27 Dis ini.
"Kebanyakan pemain kami akan dikekalkan, terutamanya pemain muda dan utama, mungkin 10 -15 peratus pemain akan dikekalkan. Mencari bajet akan menjadi cabaran utama kita berikutan pandemik COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 20 2021
![Feichtenbeiner, ketua jurulatih baharu Gergasi Merah Feichtenbeiner, ketua jurulatih baharu Gergasi Merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61637444209_TBSELANGORFCHEADCOA.jpg)
Michael Feichtenbeiner dilantik Ketua Jurulatih Pasukan Utama untuk tahun 2022, di samping menggalas jawatannya sebagai Pengarah Sukan Kelab. - Foto Facebook Selangor FC
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Feichtenbeiner lepas jawatan Ketua Jurulatih Selangor FC Feichtenbeiner lepas jawatan Ketua Jurulatih Selangor FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660057189_MichaelFeichtenbein.jpg)
Feichtenbeiner lepas jawatan Ketua Jurulatih Selangor FC
Ketua Jurulatih Selangor FC Michael Feichtenbeiner hari ini melepaskan jawatannya yang telah digalas selama setengah musim.
![Selangor padam rekod tanpa kalah Kedah Selangor padam rekod tanpa kalah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649625348_PemainSelangorFCM.jpg)
Selangor padam rekod tanpa kalah Kedah
Kekalahan itu menyaksikan KDA FC jatuh ke kedudukan ketiga dan berkongsi sembilan mata dengan Sabah FC.
![Tukar jurulatih jika prestasi Selangor masih sama - Khalid Ali Tukar jurulatih jika prestasi Selangor masih sama - Khalid Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647551787_MichaelFeichtenbein.jpg)
Tukar jurulatih jika prestasi Selangor masih sama - Khalid Ali
Tindakan segera perlu diambil pengurusan Selangor bagi mengatasi permasalahan dialami pasukan, kata Khalid.
![Feichtenbeiner, ketua jurulatih baharu Gergasi Merah Feichtenbeiner, ketua jurulatih baharu Gergasi Merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61637444209_TBSELANGORFCHEADCOA.jpg)
Feichtenbeiner, ketua jurulatih baharu Gergasi Merah
Pada masa sama, Feichtenbeiner akan terus memain peranannya sebagai pengarah sukan untuk meningkatkan prestasi kelab itu.
![Liga Super: Kuala Lumpur City FC seri dengan Perak FC Liga Super: Kuala Lumpur City FC seri dengan Perak FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627420413_TBPERAKFC.jpg)
Liga Super: Kuala Lumpur City FC seri dengan Perak FC
Anak didik Bojan Hodak kekal berada di tangga keenam liga dengan 19 mata selepas hanya mencatat empat kemenangan dalam 15 perlawanan.
![Status Luqman Hakim disahkan dalam tempoh terdekat Status Luqman Hakim disahkan dalam tempoh terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81593189300_LuqmanHakim.jpg)
Status Luqman Hakim disahkan dalam tempoh terdekat
Mahu kekal bersama Selangor II atau berhijrah ke kelab Liga Belgium?
![Khuatir pemain AMD panaskan bangku simpanan Khuatir pemain AMD panaskan bangku simpanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/61577325195_TBAMDjpg.jpg)
Khuatir pemain AMD panaskan bangku simpanan
Ketika Pengarah Teknikal FAS, Michael Feichtenbeiner, menganggap penyertaan beramai-ramai pemain akademi itu ke Selangor adalah satu langkah positif, Richard pula berasakan sebaliknya.