KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara dan bekas pemain Selangor Khalid Ali berpendapat Selangor FC perlu menggantikan ketua jurulatihnya Michael Feichtenbeiner, jika skuad Gergasi Merah gagal mempamerkan perubahan positif dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang.
Menurutnya meskipun Feichtenbeiner yang menyertai Selangor pada penghujung 2019 sebagai Pengarah Teknikal hanya dilantik mengemudi pasukan bermula musim ini, namun tahap prestasi juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali itu tidak menunjukkan sebarang peningkatan sejak kehadirannya.
Situasi itu menggusarkan Khalid apabila mengenangkan nasib serta hala tuju pasukan kesayangannya, apatah lagi Selangor turut dihimpit rekod kemarau kejuaraan yang membimbangkan selepas enam tahun menamatkan saingan Liga Malaysia (Liga-M) tanpa piala.
"Saya tak nampak ada perubahan dari tahun ke tahun, dan itu yang menjadi masalah kerana beliau (Feichtenbeiner) ada pemain yang baik tapi tidak boleh memotivasikan mereka bermain lebih baik daripada sebelumnya.
"Sebagai jurulatih mesti ada perubahan positif yang dibuat pada pasukan, tetapi kalau corak permainan masih sama macam dulu saya rasa tiada makna kita simpan jurulatih seperti itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi baru-baru ini.
Kali terakhir skuad Gergasi Merah menikmati kejayaan adalah ketika menewaskan Kedah 2-0 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2015, sebelum terlepas peluang mempertahankan kejuaraan sama pada musim berikutnya apabila kecundang kepada lawan sama di pentas final.
Selangor juga masih gagal menamatkan penantian 12 tahun menjuarai Piala FA dengan pencapaian terbaik, sejak menjulang trofi kejuaraan itu pada 2009 adalah mara ke perlawanan akhir pada musim 2018, namun kecundang 0-2 di tangan Pahang.
Dalam kancah saingan Liga Super, rekod terbaik Selangor selepas menjuarai musim 2010 adalah muncul naib juara pada 2013, 2014 dan 2015, selain menempatkan diri dalam kelompok tiga pasukan terbaik pada musim 2019.
Khalid menyifatkan kemarau enam tahun tanpa kejuaraan sesuatu yang amat mengecewakan, kerana ia menggambarkan kejatuhan pasukan yang satu ketika dulu merupakan gergasi bola sepak tempatan.
Beliau yang tetap mengharapkan Selangor berjaya meraih sekurang-kurangnya satu kejuaraan musim ini, bagaimanapun mengakui ia satu misi yang sukar sekiranya pasukan gagal memperbaiki prestasi dan corak permainan ketika ini.
"Mereka (pemain) bermain corak permainan bersendirian, tidak bolehlah begitu, sepatutnya bermain sebagai satu pasukan tetapi saya tak nampak ia berlaku, berdasarkan pergerakan pemain. Saya nampak jika pemain A pergi, pemain B dan C tidak langsung menyokong. Ia sangat ketara," katanya.
Justeru, bekas penyerang skuad kebangsaan era 80-an itu merasakan, tindakan segera perlu diambil pihak pengurusan Selangor bagi mengatasi permasalahan dialami pasukan, sekali gus meletakkan kembali skuad Gergasi Merah di landasan tepat, sebagai antara pasukan digeruni dengan pemain berkualiti.
"Boleh dikatakan dalam pasukan Selangor (dulu), ramai pemain tempatan yang baik dan ramai yang mewakili Malaysia, tetapi sekarang ini saya pun susah nak cakap," kata Khalid.
Sebagai rekod, Selangor memulakan kempen musim 2022 dengan keputusan seri 3-3 menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras pada 4 Mac, sebelum melakar kemenangan 6-0 ke atas wakil Liga M3, Harini FT pada aksi pusingan pertama Piala FA, Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022

Khalid mendakwa, tahap prestasi Selangor tidak menunjukkan sebarang peningkatan sejak kehadiran Feichtenbeiner (gambar). - Foto Facebook Selangor FC
AWANI Ringkas: 12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

Legenda bola sepak Khalid Ali meninggal dunia
Legenda bola sepak negara, Khalid Ali hari ini menghembuskan nafas terakhirnya selepas hampir setahun berjuang melawan kanser paru-paru.

Khalid Ali terima sumbangan rawatan kanser paru-paru
Sumbangan dipohon pemain berusia 66 tahun kepada yayasan tersebut untuk membeli ubat suntikan Pembrolizumab 100mg.

Doa buat Khalid Ali
Khalid mahu meneruskan kehidupannya dengan cara baharu yang lebih bermakna setelah disahkan menghidap kanser paru-paru pada awal Ramadan.

MB Selangor beri kata semangat buat Khalid Ali
Amirudin berkata, kunjungan itu dilakukan sempena mengambil keberkatan Aidilfitri yang menggalakkan umat Islam ziarah menziarahi.

'Saya kena kuat lawan kanser' - Khalid Ali
Disahkan menghidap kanser paru-paru awal Ramadan lalu, legenda bola sepak negara, Khalid Ali terima ujian Allah dengan reda.

'Jangan kacau kerja Cheng Hoe'
Azlan Johar berpendapat, langkah melantik pengendali berusia 54 tahun sebagai ketua jurulatih Selangor FC merupakan tindakan bijak.

Harimau Malaya: Kemampuan De Paula masih boleh dipertikaikan - Khalid Ali
Kemampuan pemain naturalisasi negara Guilherme De Paula sebagai penggempur utama skuad Harimau Malaya masih boleh dipertikaikan susulan prestasi yang tidak memberangsangkan.

Tukar jurulatih jika prestasi Selangor masih sama - Khalid Ali
Tindakan segera perlu diambil pengurusan Selangor bagi mengatasi permasalahan dialami pasukan, kata Khalid.

Jangan gentar amaran awal Vietnam - Khalid Ali
Skuad kebangsaan tidak seharuskan berasa gentar dengan kejayaan Vietnam membenam Indonesia 4-0 pada aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai, awal pagi tadi.

Hasrat Khalid Ali bertemu TMJ mungkin tercapai
Hasrat legenda bola sepak negara, Khalid Ali untuk bertemu presiden FAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mungkin menjadi kenyataan.