KUALA LUMPUR: Kemampuan pemain naturalisasi negara Guilherme De Paula sebagai penggempur utama skuad Harimau Malaya masih boleh dipertikaikan susulan prestasi yang tidak memberangsangkan ditampilkan dalam dua siri perlawanan persahabatan baru-baru ini.
Legenda bola sepak negara Khalid Ali berkata sebagai penyerang, pemain kelahiran Brazil itu wajar memahami peranannya dan tidak hanya terlalu bergantung kepada kelebihan fizikal yang dimiliki semata-mata.
Justeru itu, beliau mempertikaikan peranan yang boleh dimainkan De Paula berikutan beliau masih diberikan kepercayaan oleh ketua jurulatih Kim Pan Gon dalam senarai 23 pemain untuk membawa cabaran negara pada tiga perlawanan Kumpulan E, pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023, minggu depan.
"Beliau tidak tahu fungsinya sebagai penyerang utama, menerima hantaran dan melakukan jaringan...mungkin sebab itu permainan beliau kucar-kacir serta tidak bagus mengawal bola dan menembus benteng pertahanan.
"Beliau hanya bagus dalam melakukan jaringan dengan satu sentuhan sahaja...itu sahaja kemahiran dan badan dia yang besar dan tinggi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
BACA: Kelayakan Piala Asia: Pan-gon muktamad senarai 23 pemain
Bekas pemain Selangor itu juga berpendapat nama-nama seperti Safiq Rahim atau Muhammad Safawi Rasid dilihat mampu menggalas tugas sebagai penyerang sekiranya De Paula masih kekal dengan prestasi sama.
Mengakui masih terdapat kurangnya persefahaman antara pemain ketika aksi menentang Brunei dan Hong Kong pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 baru-baru ini, Khalid berkata masih banyak yang perlu dilakukan oleh Kim terutamanya di bahagian pertahanan dalam memastikan skuad negara dapat beraksi dengan baik dalam aksi kelayakan itu.
"Hong Kong (adalah) pasukan yang tidak begitu teratur pemainannya (dan) kita susah nak dapat peluang bebas untuk menghasilkan gol..
"Semasa menentang Hong Kong, corak pertahanan kita amat lemah. Penyerang lawan tak begitu baik tapi pertahanan kita kucar-kacir. Hong Kong ranking paling bawah tapi kita boleh bergelut dengan pasukan itu apatah lagi nak bermain di kelayakan Piala Asia," katanya.
Malaysia merekodkan kemenangan 4-0 ke atas Brunei dan 2-0 dalam pertemuan dengan Hong Kong di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Semalam, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 23 senarai pemain yang telah dipilih oleh jurulatih kebangsaan Pan Gon untuk beraksi pada kelayakan Piala Asia 2023.
Dalam saingan Kumpulan E kempen kelayakan Piala Asia 2023, skuad negara akan menentang Turkmenistan Rabu ini diikuti Bahrain pada 11 Jun serta menamatkan saingan kempen kelayakan berdepan Bangladesh pada 14 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 05 2022

Khalid berkata sebagai penyerang, De Paula (gambar) wajar memahami peranannya dan tidak hanya terlalu bergantung kepada kelebihan fizikal yang dimiliki semata-mata. - Gambar fail/BERNAMA

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Rakyat Malaysia terjebak penipuan sindiket selamat pulang
25 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Mywaddy, Myanmar selamat tiba di kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 12 individu kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.

Pemain naturalisasi yang kurang menyerlah tidak membantu - M. Karathu
Persatuan bola sepak Malaysia (FAM) digesa memberi fokus kepada pembangunan pemain di peringkat akar umbi, dan bukannya mengambil jalan singkat dengan mencuba nasib menurunkan pemain naturalisasi.

Peminat perlu adil kepada Liridon, De Paula
Peminat bola sepak perlu bersikap adil terhadap kedua-dua pemain naturalisasi baharu negara Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi yang dikatakan tidak berupaya memberi impak kepada pasukan.

Tak sangka Harimau Malaya 'rebah' berdepan UAE - Pengurus pasukan
Pengurus pasukan kebangsaan, Yusuf Mahadi terkejut melihat pasukan negara rebah pada 10 minit terakhir perlawanan.

Cheng Hoe perjelas sebab de Paula diberi peluang beraksi 90 minit
Ramai peminat bola sepak tanah air, mempersoalkan mengapa de Paula, tidak digantikan dengan pemain lain, yang mampu beraksi dengan lebih baik.

Peminat kecewa Harimau Malaya rapuh diratah UAE
Kekecewaan ini dirakam sebilangan besar peminat di laman media sosial mereka, dan tidak kurang juga di Facebook Kelab Penyokong Harimau Malaya.

Harimau Malaya akur kehebatan Kuwait
Kuwait terlebih dulu di depan hasil jaringan Ahmad Aldhefeery pada minit ke-21 sebelum Guilherme de Paula meledak gol penyamaan pada minit ke-28.

De Paula, Ramadhan antara dipanggil ke latihan pusat
Johor Bahru dipilih sebagai lokasi latihan pusat kali ini kerana kemudahan lengkap yang dimiliki JDT adalah bertaraf dunia dan yang terbaik untuk bola sepak di negara ini.

PJ City dibarisi pemain tempatan, berjaya curi mata daripada Perak FC
Pada aksi di Stadium Perak, skuad tuan rumah yang turun dengan dua pemain import dan Guilherme de Paula yang baharu mendapat status naturalisasi, gagal merobek benteng skuad The Phoenix.

Selangor tetap cemerlang tanpa dua import
Pengendali Selangor, Mehmet Durakovic tetap memuji persembahan pasukannya meskipun sekadar menang 1-0 ke atas Felda United pada Selasa.