KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digesa memberi fokus kepada pembangunan pemain di peringkat akar umbi, dan bukannya mengambil jalan singkat dengan mencuba nasib menurunkan pemain naturalisasi.
Bekas pemain kebangsaan Datuk M. Karathu berkata tindakan memberi taraf kerakyatan kepada pemain kurang menyerlah dalam Liga Malaysia (Liga-M) tidak banyak membantu dalam pembangunan Harimau Malaya (pasukan kebangsaan).
Karathu, yang bermain untuk pasukan kebangsaan sekitar tahun 1960an sehingga 1070an, turut mempersoalkan berapa ramai sebenarnya pemain import dari luar negara dalam liga tempatan kini, yang benar-benar layak untuk bertanding di peringkat tertinggi di Asia.
"Kebanyakan pemain import luar negara dalam Liga-M adalah dalam kalangan mereka yang tidak dapat bermain dalam liga tertinggi di Amerika Selatan dan negara-negara Eropah. Daripada beli pemain asing ini, lebih baik beli pemain dari Vietnam.
"Lihat sahaja kepada karekter dan semangat juang yang ditunjukkan oleh pemain Vietnam pada pertandingan kelayakan (Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023), jika dibandingkan dengan pemain kita yang kebanyakan hanya 'berjalan' semasa perlawanan, dan mendapat kad kuning dengan tidak semena-mena. Sesiapa yang diberi peluang untuk mewakili negara, mereka seharusnya perlu komited terhadap keseluruhan 90 minit tempoh perlawanan," katanya kepada Bernama.
Veteran berumur 77 tahun yang mempunyai pengalaman luas dalam melatih pasukan seperti skuad bawah 21 tahun kebangsaan, pasukan Perak, Kelantan, Woodlands Wellington FC (di Singapore) dan pasukan kebangsaan Sri Lanka itu berkata mengambil pemain naturalisasi yang sudah agak berusia bukanlah satu idea yang baik.
Beliau berkata FAM seharusnya menganalisis statistik dan prestasi, serta sikap dan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap pemain dalam pasukan negara.
Pasukan Harimau Malaya menyambung perlawanan mereka dalam saingan Kumpulan G kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang sebelum ini terhenti selama kira-kira 18 bulan akibat penularan pandemik COVID-19 sejak dua minggu lepas, dengan rekod yang tidak boleh dibanggakan, apabila kalah 4-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan 2-1 kepada Vietnam, sebelum dapat menewaskan Thailand, 1-0 untuk menduduki tempat ketiga dengan 12 mata.
Walaupun Malaysia berjaya melayakkan diri ke peringkat pusingan ketiga kelayakan Piala Asia, para peminat mengecam penampilan hambar pasukan semasa menentang UAE dan Vietnam, terutama prestasi yang ditunjukkan oleh pemain kelahiran Brazil Guilherme de Paula, 34, Liridon Krasniqi, 29, (Kosovo) dan Mohamadou Sumareh, 26, (Gambia).
Karathu berkata FAM dan persatuan bola sepak negeri perlu serius dalam pembangunan pemain peringkat akar umbi, selepas kelab-kelab amatur, yang satu ketika dianggap sebagai kilang yang mengeluarkan pemain dari pelbagai latar belakang, kini banyak yang ditutup.
"Proses pembangunan dalam negara perlu dirombak, FAM perlu mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk pembangunan ini, begitu juga dengan persatuan bola sepak negeri, mereka perlu fokus kepada pembangunan pemain di peringkat akar umbi. Sekadar satu atau dua akademi tidak mencukupi untuk meningkatkan kualiti pasukan negara.
"Sementara itu para pemain tidak seharusnya berpuas hati dengan pendapatan tinggi yang ditawarkan Liga-M. Mereka perlu berebut untuk mendapat peluang bermain di Jepun, Koraa Selatan dan negara-negara Arab, yang tahap permainan bola sepak mereka dianggap sangat tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 17 2021

Datuk M. Karathu berkata tindakan memberi taraf kerakyatan kepada pemain kurang menyerlah dalam Liga-M tidak banyak membantu dalam pembangunan Harimau Malaya. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pemain naturalisasi yang kurang menyerlah tidak membantu - M. Karathu
Persatuan bola sepak Malaysia (FAM) digesa memberi fokus kepada pembangunan pemain di peringkat akar umbi, dan bukannya mengambil jalan singkat dengan mencuba nasib menurunkan pemain naturalisasi.