KUALA LUMPUR: Selepas sekadar seri pada dua aksi pertama Liga Super, Selangor FC akhirnya meraih kemenangan sulung penuh bergaya apabila membelasah Kedah Darul Aman (KDA) FC 4-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.
Kejayaan menundukkan naib juara Liga Super musim lepas itu menyaksikan skuad bimbingan Michael Feichtenbeiner memanjat ke tangga kelima liga daripada kedudukan kelapan dengan mengumpul lima mata selepas tiga perlawanan.
Pada pertembungan malam tadi, kedua-dua pasukan memulakan permainan dengan berhati-hati sebelum tuan rumah meledak dua gol dalam tempoh lapan minit hasil jaringan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi pada minit ke-26 dan Herlison Caion de Souza Ferreira pada minit ke-34.
KDA FC yang mencatat kemenangan dalam tiga aksi pertama kempen musim ini bangkit memburu gol, namun gagal menemui penyudah sehingga penyerang gantian Mohammad Nor Hakim Hassan meletakkan Selangor selesa mendahului 3-0 pada minit ke-84.
Caion de Souza Ferreira menambah derita pasukan pelawat apabila menyumbat gol keempat Selangor pada minit ke-87 sebelum skuad Sang Kenari memperoleh jaringan sagu hati menerusi pemain gantian Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin pada masa tambahan.
Kekalahan itu menyaksikan KDA FC jatuh ke kedudukan ketiga dan berkongsi sembilan mata dengan Sabah FC yang mendaki ke tangga kedua selepas memenangi pertembungan 'Borneo Derby' menentang Sarawak United pada satu lagi aksi.
Kemenangan 1-0 Sabah FC di Stadium Negeri, Kuching itu sekali gus membolehkan skuad Sang Badak melebarkan rekod kemenangan kepada tiga perlawanan berturut-turut.
Gol tunggal perlawanan di Kuching itu hadir menerusi sepakan penalti disempurnakan ketua pasukan yang juga bekas pemain kebangsaan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-80 selepas pertahanan tuan rumah Stuart Wark menjatuhkan Altemir Cordeiro Pessoa Neto dalam kotak penalti.
Sementara itu, pendahulu Johor Darul Ta'zim (JDT) semakin selesa di persada liga apabila mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam empat perlawanan selepas mengatasi Terengganu FC (TFC) 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Penyerang kelahiran Brazil, Bergson da Silva muncul wira skuad Harimau Selatan apabila menanduk masuk kedua-dua gol masing-masing pada minit ketujuh dan ke-33 untuk menafikan jaringan penyamaan TFC menerusi Kpah Sherman pada minit ke-31.
JDT kini mengumpul 12 mata selepas mengharungi empat perlawanan tanpa kalah sekali gus menyaksikan skuad kendalian Benjamin Mora itu berada pada landasan tepat dalam misi mengekalkan kejuaraan liga buat kali kesembilan berturut-turut.
Dalam pada itu, dua gol Martin Adamec masing-masing pada minit ke-73 dan ke-89 memastikan PDRM FC bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan 2-1 ke atas Terengganu FC (TFC) II yang mendahului menerusi jaringan Amirul Syazwan Nor Azmi pada minit ke-12 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 10 2022

Muhammad Mukhairi meraikan jaringan gol pada perlawanan Liga Super Malaysia 2022 di Stadium Bola Sepak Petaling Jaya malam tadi. --fotoBERNAMA

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Faisal Halim dedikasikan hatrik kepada penyokong Selangor
Hatrik itu menamatkan kemarau jaringan Faisal dalam saingan kompetitif sejak kembali beraksi selepas insiden simbahan asid pada Mei tahun lepas.

‘Siuuu’ Faisal Halim kembali bergema, ledak hatrik bantu Selangor benam KDN
Selepas menempuh musim yang 'panjang,' Faisal Halim kembali menemui sentuhan jaringan apabila cemerlang meledak hatrik membantu Selangor FC membelasah KDN FC.

Kinoshi puji semangat juang skuad Red Giants
Katsuhito Kinoshi memuji anak buahnya yang mampu bertahan hingga wisel penamat untuk terikat tanpa jaringan di Stadium MBPJ malam tadi.

Pengajaran buat semua komuniti Liga-M
Kesalahan menurunkan pemain tidak berkelayakan pada aksi final pertama 15 Feb lalu menyaksikan The Cops dihukum.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.

Piala Cabaran: Semangat juang Selangor FC tinggi walaupun beraksi dengan 10 pemain
Keazaman dan kesungguhan pemain Red Giants terus melonjak selepas menerima kad merah.

Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.

Peroleh satu mata petanda positif kebangkitan semula Penang FC - Jurulatih
Satu mata cukup bermakna dikutip Penang FC dalam perlawanan penuh dramatik menentang pasukan di tangga kedua liga Selangor FC di Stadium Bandaraya, malam tadi.

JDT catat kemenangan penting, Selangor kempunan tiga mata
JDT yang kini selesa di persada liga dengan mengumpul 52 mata, berpeluang cerah untuk muncul juara apabila dibezakan 13 mata di depan pencabar terdekat Selangor FC.