KUALA LUMPUR: Seramai 8.45 juta penerima akan menerima pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) secara berperingkat bermula esok melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata ia membabitkan bayaran kepada 4.4 juta penerima kategori isi rumah iaitu sebanyak RM300 setiap penerima dan 4.05 juta yang akan menerima RM150 setiap seorang untuk kateogori individu bujang.
"Bagi isi rumah dan individu bujang, bayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank bermula esok, manakala bayaran akan disalurkan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank bermula Khamis (25 Feb).
"Penerima bantuan di Sabah dan Sarawak yang tidak memiliki akaun bank pula akan mula menerima bayaran bermula 1 Mac hingga 1 April ini di lokasi yang akan diumumkan kelak bersekali dengan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0)," kata Tengku Zafrul menerusi kenyataan hari ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membentangkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada 18 Jan lepas mengumumkan bahawa pembayaran fasa pertama BPR dipercepatkan kepada penghujung Februari ini.
Tengku Zafrul berkata pembayaran fasa pertama ini dibuat kepada penerima Bantuan Sara Hidup 2020 dan BPN B40 yang telah diluluskan sebelum ini.
Katanya ia dipercepatkan bagi membantu kelangsungan hidup rakyat terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian, selain kerajaan komited memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 23 2021
![Fasa pertama bayaran Bantuan Prihatin Rakyat bermula esok - Tengku Zafrul Fasa pertama bayaran Bantuan Prihatin Rakyat bermula esok - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81614084852_TBZafrul.jpg)
Tengku Zafrul berkata ia membabitkan bayaran kepada 4.4 juta penerima kategori isi rumah dan 4.05 juta kateogori individu bujang. - Gambar fail
![BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030 BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).
PTPK sasar RM 450 juta kutipan pinjaman balik
Kementerian Sumber Manusia memperuntukan dana pinjaman rm 500 juta buat perbadanan tabung pembangunan kemahiran (ptpk) dijangka manfaatkan seramai 20,000 peminjam
MyGAS 2025 fokus atasi cabaran pembiayaan gas asli
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.
Ancaman gajah: Penduduk hidup dalam kebimbangan
Penduduk beberapa kampung di Hulu Terengganu hidup dalam kebimbangan susulan serangan gajah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
![Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.
Muhyiddin saran kerajaan wujudkan kertas putih industri padi, beras
Kerajaan disaran mewujudkan kertas putih industri padi dan beras negara bagi memastikan bekalan putih tempatan mencukupi di pasaran.
Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
Wanita yang maut dalam kebakaran bersama empat lagi anaknya di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin, sedang hamil lima bulan.
![1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi 1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729756465_TanSriAzamBaki.jpg)
1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.
Dialog Tiga Penjuru: CPI: Kita boleh jadi top ‘25’
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 Malaysia kekal dengan skor 50 pada kedudukan ke-57.
Sejauh mana skor CPI 2024 beri kesan kepada sasaran Kerajaan untuk mencapai tangga ke-25 CPI menjelang 2033?
Apakah isu-isu utama yang harus diberi perhatian dengan segera untuk pastikan skor CPI kembali meningkat?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Sejauh mana skor CPI 2024 beri kesan kepada sasaran Kerajaan untuk mencapai tangga ke-25 CPI menjelang 2033?
Apakah isu-isu utama yang harus diberi perhatian dengan segera untuk pastikan skor CPI kembali meningkat?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
![KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024 KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698383331_KWAP.jpg)
KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merekodkan pendapatan bersih tertinggi, mencecah rekod sebanyak RM12.9 bilion pada 2024 dengan pulangan keseluruhan 12.0 peratus.
![Johor minta bantuan BBKA, BPR untuk mangsa banjir diteruskan selagi RTB belum selesai Johor minta bantuan BBKA, BPR untuk mangsa banjir diteruskan selagi RTB belum selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700721076_pejabatMBJohor.jpg)
Johor minta bantuan BBKA, BPR untuk mangsa banjir diteruskan selagi RTB belum selesai
Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan negeri telah dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengenai bantuan BBKA dan BPR tidak lagi diteruskan.
![Dapatkan khidmat saringan kesihatan percuma menerusi skim PeKa B40 - Khairy Dapatkan khidmat saringan kesihatan percuma menerusi skim PeKa B40 - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645463548_MenteriKesihatanKh.jpg)
Dapatkan khidmat saringan kesihatan percuma menerusi skim PeKa B40 - Khairy
Khairy memaklumkan tiada pendaftaran diperlukan sebaliknya individu berkenaan boleh melayari laman sesawang PeKa B40 bagi menyemak kelayakan dan lokasi klinik yang berdaftar.
![Pembayaran BPR Fasa 3 dan rayuan BPR dibayar mulai hari ini Pembayaran BPR Fasa 3 dan rayuan BPR dibayar mulai hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612776890_COVID.jpg)
Pembayaran BPR Fasa 3 dan rayuan BPR dibayar mulai hari ini
Pembayaran secara berperingkat itu dijangka selesai pada 30 September ini.
![Pembayaran BPR Fasa 3 dan rayuan BPR bermula 28 September Pembayaran BPR Fasa 3 dan rayuan BPR bermula 28 September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51632638854_IsmailSabri.jpg)
Pembayaran BPR Fasa 3 dan rayuan BPR bermula 28 September
Pembayaran tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM2.82 bilion.
![PM umum Pakej PEMULIH 5 petang ini PM umum Pakej PEMULIH 5 petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624867127_muhyiddinyassinpe.jpg)
PM umum Pakej PEMULIH 5 petang ini
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada petang ini.
![Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat dibuka mulai 15 Jun - Tengku Zafrul Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat dibuka mulai 15 Jun - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41622735653_TBZafrul.jpg)
Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat dibuka mulai 15 Jun - Tengku Zafrul
Pemohon boleh mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
![MBSB lulus lebih 76,000 permohonan bantuan kewangan MBSB lulus lebih 76,000 permohonan bantuan kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-08/81438848263_MBSB.jpg)
MBSB lulus lebih 76,000 permohonan bantuan kewangan
MBSB meluluskan sebanyak 76,139 permohonan bantuan kewangan termasuk penstrukturan dan penjadualan semula kemudahan untuk PKS di seluruh negara dengan baki kasar sebanyak RM9.13 bilion setakat 31 Mei.
![Pemerkasa PLUS: Perluas moratorium termasuk kepada M40 - Pakar ekonomi Pemerkasa PLUS: Perluas moratorium termasuk kepada M40 - Pakar ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602918735_moratorium.jpg)
Pemerkasa PLUS: Perluas moratorium termasuk kepada M40 - Pakar ekonomi
Ini kerana sekatan penuh yang dilaksanakan kerajaan ketika ini adalah bersifat menyeluruh.
![PKP 3.0: Peruntukan pakej rangsangan ekonomi mencukupi - Tengku Zafrul PKP 3.0: Peruntukan pakej rangsangan ekonomi mencukupi - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620126222_TengkuZafrul.jpg)
PKP 3.0: Peruntukan pakej rangsangan ekonomi mencukupi - Tengku Zafrul
Sebanyak RM17 bilion lagi akan dibelanjakan dalam masa terdekat.
![Pengumpulan data, pemeriksaan maklumat pastikan BPR Fasa 2 sampai ke golongan sasar - Tengku Zafrul Pengumpulan data, pemeriksaan maklumat pastikan BPR Fasa 2 sampai ke golongan sasar - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51613285430_tengkuzafrul.jpg)
Pengumpulan data, pemeriksaan maklumat pastikan BPR Fasa 2 sampai ke golongan sasar - Tengku Zafrul
Bagi Fasa 2, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.75 bilion yang akan memanfaatkan 8.4 juta penerima.