KUALA LUMPUR: Tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang tidak diluluskan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun ini, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Tengku Zafrul berkata, pemohon boleh mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
"Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, kerajaan ketika mengumumkan Program PEMERKASA Tambahan berkata sebanyak RM2.1 bilion BPR Tambahan diperuntukkan untuk membantu penerima BPR 2021 sedia ada.
Justeru, pemohon yang lulus rayuan BPR ini layak menerima bayaran BPR Tambahan berkenaan.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata permohonan rayuan boleh dibuat menerusi beberapa kaedah iaitu secara dalam talian melalui portal rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my.
Selain itu rayuan juga boleh dilakukan dengan penghantaran borang rayuan BPR 2021 secara manual di cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau di Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu sahaja (tertakluk kepada prosedur operasi standard semasa kaunter perkhidmatan kerajaan).
"Setelah pangkalan data BPR dikemas kini, pembayaran rayuan BPR kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada Ogos 2021 (BPR Tambahan) dan September 2021 (BPR Fasa 3).
"Pemohon rayuan BPR boleh merujuk Soalan Lazim yang telah dimuat naik di portal rasmi BPR (https://bpr.hasil.gov.my) bagi mendapatkan maklumat lanjut," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini, RM4.6 bilion bantuan BPR telah disalurkan kepada seramai 8.4 juta penerima B40 seluruh negara pada Februari, Mac dan Mei tahun ini.
Bayaran Fasa 3 sebanyak RM2.4 bilion pula akan dibuat pada September 2021. - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 13 2021

Menurut Tengku Zafrul, proses rayuan ini bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Belanjawan 2021: "Rakyat Sabah menderita, tidak boleh tunggu tahun hadapan" - Najib
Najib berkata, Sabah perlu diberi perhatian khusus kerana catat kadar kemiskinan tertinggi dan kadar pertumbuhan terendah dalam Malaysia.

Belanjawan 2021: Bantuan tunai diteruskan bawah Bantuan Prihatin Rakyat
Kerajaan akan meneruskan bantuan tunai secara bersasar menerusi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), sebuah inisiatif yang menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).