Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahad merasmikan sebuah kompleks bernilai RM22 juta di sini yang dirancang bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi peneroka FELDA dan penduduk sekitar.
Perdana Menteri berkata Kompleks Industri dan Rekreasi FELDA merupakan projek di bawah fasa kedua transformasi FELDA bagi tempoh 50 tahun akan datang mulai tahun 2006.
"Dalam perjalanan 50 tahun akan datang, bermula 2006, kita dapat saksi satu demi satu apa yang kita paparkan (janji) dapat kita terjemahkan di setiap tanah rancangan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian kompleks itu di Chini 3.
Najib berkata menerusi fasa kedua itu juga, FELDA yang sebelum ini berperanan sebagai pemaju tanah di bawah fasa pertama, kini fokus kepada sebuah organisasi bersifat komersil dan tersohor di persada antarabangsa.
Perdana Menteri berkata para peneroka perlu sedar bahawa tidak semua kerajaan dapat melakukan program pembangunan tanah sepertimana yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional.
Beliau berkata terdapat negara luar yang cuba menjadikan Malaysia sebagai model untuk melaksanakan program pembangunan tanah yang sama, tetapi gagal.
Malah Perdana Menteri berkata langkah kerajaan PAS Kelantan yang memperkenalkan ladang rakyat juga dilihat tidak berjaya.
"Ada yang meminta FELDA ambil alih ladang rakyat di Kelantan, saya kata serah Kelantan pada BN dahulu, baru FELDA ambil alih (pelaksanaan ladang rakyat itu).
"Kecekapan dan iltizam mereka tidak sama macam kerajaan BN dan FELDA," katanya.
Sehubungan itu beliau meminta para peneroka terus memberi mandat kepada kerajaan BN bagi memastikan agenda transformasi dapat dilaksanakan.
Hadir sama di majlis itu isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, calon BN bagi kerusi DUN Chini Datuk Abu Bakar Harun dan Pengarah Besar FELDA Datuk Faizoull Ahmad.
Bernama
Sun Apr 21 2013
![Fasa ke-2 transformasi FELDA pacu lebih banyak pembangunan Fasa ke-2 transformasi FELDA pacu lebih banyak pembangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/51366552635_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Pilih calon penghubung Kerajaan Pusat dengan DUN Nenggiri - Ahmad Maslan Pilih calon penghubung Kerajaan Pusat dengan DUN Nenggiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719285717_AhmadMaslan.jpg)
Pilih calon penghubung Kerajaan Pusat dengan DUN Nenggiri - Ahmad Maslan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri memerlukan wakil rakyat yang boleh menjadi penghubung kepada Kerajaan Persekutuan, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
![Nenggiri akan berubah wajah jika rakyat beri mandat kepada BN - Ahmad Zahid Nenggiri akan berubah wajah jika rakyat beri mandat kepada BN - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721558695_AhmadZahid.jpg)
Nenggiri akan berubah wajah jika rakyat beri mandat kepada BN - Ahmad Zahid
Nenggiri akan berubah wajah dalam tempoh setahun jika rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos depan.
![Golden melon Felda Sungai Tengi Selatan gah tembusi tembok pasar raya besar Golden melon Felda Sungai Tengi Selatan gah tembusi tembok pasar raya besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721561366_goldenmelon.jpg)
Golden melon Felda Sungai Tengi Selatan gah tembusi tembok pasar raya besar
Berpegang kepada peribahasa berbudi kepada tanah, tanah tidak menipu, menjadi resepi kepada kejayaan generasi peneroka Felda Sungai Tenggi Selatan, Hulu Selangor mengusahakan tanaman golden melon.
![Guna EV di Felda, ladang Guna EV di Felda, ladang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721091183_GunaEVdiFeldala.jpg)
Guna EV di Felda, ladang
EV itu dijangka digunakan di Felda pada hujung tahun ini secara berperingkat bagi menggantikan kenderaan sedia ada.
![SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720933781_AnwarIbrahim.jpg)
SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda
Perdana Menteri mahu semua pihak terlibat, termasuk jawatankuasa penduduk, jawatankuasa masjid, persatuan belia dan juga wanita.
![Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720931596_AnwarIbrahim.jpg)
Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA
Langkah itu diambil bagi memastikan pendapatan peneroka Felda tidak terkesan dengan penyasaran tersebut.
![Ahmad Zahid hadir Program Felda Berselawat Ahmad Zahid hadir Program Felda Berselawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720823574_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid hadir Program Felda Berselawat
Timbalan Perdana Menteri menyertai lebih 1,500 pengunjung dalam Program Felda Berselawat di MAEPS, malam tadi.
![Pendapatan Felda meningkat tiga peratus kepada RM186 juta pada suku pertama 2024 Pendapatan Felda meningkat tiga peratus kepada RM186 juta pada suku pertama 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709807928_felda.jpg)
Pendapatan Felda meningkat tiga peratus kepada RM186 juta pada suku pertama 2024
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) merekodkan jumlah pendapatan sebanyak RM186 juta pada suku pertama 2024 atau meningkat tiga peratus berbanding suku pertama 2023.
![Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718610055_tbsolatsunatAidila.jpg)
Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda
Program korban merupakan satu daripada tumpuan diberi perhatian oleh Anwar bagi memberi peluang kepada peneroka mendapat manfaat daripadanya.
![Tiada tanah bertukar milik, terjual kepada mana-mana pihak di Melaka - Felda Tiada tanah bertukar milik, terjual kepada mana-mana pihak di Melaka - Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709807928_felda.jpg)
Tiada tanah bertukar milik, terjual kepada mana-mana pihak di Melaka - Felda
Felda memaklumkan tiada sebarang tanah milik agensi itu yang bertukar hak milik atau terjual dalam urus niaga sindiket penjualan tanah.