IPOH: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menyiasat dakwaan beras putih tempatan (BPT) tidak berkualiti atau berkemungkinan dibungkus semula seperti tular di media sosial.
Pengerusinya Aminuddin Zulkipli berkata pihaknya memandang serius dakwaan terbabit dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika benar BPT yang berada dalam pasaran tidak berkualiti.
Beliau berkata sebelum ini terdapat isu berbangkit seperti isu beras dibungkus semula termasuk isu beras plastik tetapi setelah disiasat dakwaan terbabit tidak benar.
"Kalau dakwaan mengenai kualiti BPT ini yang paling baharu, namun begitu saya akan arahkan FAMA untuk ambil maklum perkara ini dan lakukan siasatan mendalam berhubung isu yang dibangkitkan pengguna.
"Sebab melalui pengalaman lepas, dakwaan-dakwaan seperti ini ada yang asli dan ada juga yang palsu, jadi perlukan siasatan khusus dan mendalam supaya siasatan lapangan dapat dilakukan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Keterjaminan Makanan Bersepadu anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak di Kolej TAJ, dekat sini hari ini yang turut dihadiri Yang Dipertua DPMM Ir Kamarullafifie Ahmad.
Aminuddin diminta mengulas satu tangkap layar seorang pengguna di laman media sosial Facebook IPOH STATION 18 AJERR yang mendakwa BPT diedarkan FAMA tidak mempunyai kualiti sama seperti sebelum ini, kerana mudah basi, tidak gebu dan lebih kusam.
Status dimuat naik pengguna Amira Amir pada 15 November lepas itu mendapat 157 komen dan lima perkongsian.
Sementara itu, Aminuddin menambah FAMA setakat ini diberikan bekalan mencukupi dan menerusi laporan diterima pihaknya, bekalan BPT mencukupi untuk keperluan rakyat negara ini.
"Setakat ini stok beras memang mencukupi dan kami boleh mengagihkan BPT kepada setiap outlet di bawah FAMA menerusi Agrobazaar Kedai Rakyat, Agrobazaar Rakyat serta menerusi Program Jualan Agro Madani.
"Cuma saya nak maklumkan FAMA belum lagi menerima laporan dan aduan tentang kualiti beras setakat ini sebab beras ini sifatnya turut ada tamat tempoh iaitu selama enam bulan, jadi kita alu-alukan laporan daripada pihak pengguna," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023
Aminuddin pada sidang media Program Hala Tuju Keterjaminan Makanan Bersepadu Anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Perak di Dewan TAJ International College (TIC) hari ini. - Foto Bernama
Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Jeneral Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Donald Trump beri penghormatan terakhir untuk Jimmy Carter
Lawatan ini menandakan kali pertama beliau kembali ke Capitol sejak rusuhan ganas yang berlaku pada 6 Januari 2021.
74 kanak-kanak di Gaza terbunuh minggu pertama 2025 - UNICEF
Serangan "waktu malam" oleh Israel di kawasan seperti Bandaraya Gaza, yang dianggap sebagai “zon selamat telah meragut nyawa kanak-kanak.
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
Lelaki warga Amerika Syarikat yang dikehendaki ditahan di Indonesia
lelaki berkenaan yang dikenali sebagai "TJC" dan berusia 43 tahun dilapor tiba di Jakarta dari Malaysia pada 4 Disember tahun lalu.
Kiosk Sentuhan MADANI permudah akses orang ramai kepada perkhidmatan kerajaan
Inisiatif itu menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di kawasan tumpuan ramai dengan jangka masa operasi yang lebih panjang, sekaligus memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan awam.
Malaysia anjur dialog hak asasi manusia, alam sekitar
Malaysia menganjurkan Dialog Hak Asasi Manusia dan Hak Alam Sekitar yang julung kali diadakan di Putrajaya pada Khamis.
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - Jais
Pemakluman awam kepada waris untuk membuat pengecaman plot kubur ahli keluarga sebelum 5 Januari dan pemakluman kerja-kerja pengalihan kubur pada 6 Januari hingga 9 Januari telah dibuat oleh JAIS.
Ladang tembikai wangi premium pertama di Malaysia: Mardi, Fama beri khidmat rundingan
Antara bantuan yang diberikan Mardi dan FAMA ialah khidmat rundingan berhubung pengendalian lepas tuai.
Lebih 85,000 anak pokok terjual di MAHA 2024
Lebih 85,000 anak pokok dijual sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang boleh memanfaatkan tanah seluas 839 hektar.
MAHA 2024 catat 2.3 juta pengunjung setakat hari ketujuh
FAMA yakin sasaran tiga juta pengunjung pada MAHA 2024 yang sedang berlangsung di MAEPS Serdang ini mampu dicapai dalam tempoh terdekat.
FAMA Fest 2024 catat nilai jualan RM8.4 juta di tujuh negeri - Arthur
Program itu memberi manfaat kepada 808 usahawan serta dimeriahkan dengan kehadiran sebanyak 459,417 pengunjung.
FAMA sasar RM5 juta jualan di MAHA 2024
Sasaran itu meliputi lima kluster termasuk Kingdom of Agro Food; Food Empire & Food Viral; Food Truck Fiesta; Food Trade dan Rhythm of Farmers.
FAMA, TikTok anjur Kursus Pemasaran Digital buat usahawan OKU
FAMA dengan kerjasama TikTok Shop menganjurkan Kursus Upskilling Live Marketing bagi meningkatkan kemahiran usahawan OKU dalam pemasaran digital bermula Jumaat hingga Ahad lepas.
Ekspo Malaysia Fest sasar jualan RM20 juta, 140,000 pengunjung di Singapura
Ekspo Malaysia Fest 2024 selama empat hari bermula Khamis di Singapore Expo, Changi, menyasarkan nilai jualan langsung hampir RM20 juta dan 140,000 pengunjung.
Diskaun saman PDRM di pelancaran Bulan Kebangsaan di Cyberjaya
Orang ramai berpeluang menikmati tawaran pengurangan kadar kompaun saman PDRM sehingga 50 peratus pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024.
Jelajah di Sabah diharap tarik pengunjung ke MAHA 2024 di MAEPS September ini
Jelajah Road to MAHA@Sabah bermula di Kota Kinabalu semalam, diikuti ke Kota Belud, Kundasang, Telupid dan berakhir di Sandakan.
FAMA sasar RM2 juta nilai jualan Karnival Agro Madani 2024
Aminuddin berkata karnival itu dijangka mampu menarik lebih 200,000 pengunjung dengan penyertaan seramai 689 usahawan.