BUTTERWORTH: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan 50,000 pengunjung dengan nilai jualan sebanyak RM500,000 di Penang Fruit, Flower and Food Fiesta (FAMA Fest) 2022 pada 22 hingga 26 Jun akan datang.
Timbalan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Muhamad Mustahapa Awang berkata antara komponen yang menjadi tarikan utama bagi program yang akan diadakan di Tapak Parkir Pasaraya Lotus's Seberang Jaya ini adalah Laman Durian, Empayar Makanan Popular, Jualan Orkid dan Keladi Viral serta pelbagai aktiviti lain.
"Penang FAMA Fest 2022 adalah lanjutan kepada program Penang FAMA Fest yang diadakan pada tahun 2018 dan 2019. Program ini tidak dapat dilaksanakan pada tahun berikutnya susulan pandemik COVID-19 yang melanda negara dan dunia.
"Usaha pemulihan dan merancakkan semula ekonomi tempatan melalui penganjuran program seumpama ini amat dinanti-nantikan oleh para usahawan," katanya dalam satu sidang media mengenai program tersebut di sini hari ini.
Tambahnya, banyak aktiviti yang telah disusun bagi memberi faedah dan manfaat kepada rakyat seperti Jualan My Rakyat yang membawa hampir 100 jenama produk usahawan industri asas tani bagi mengetengahkan produk keluaran bumiputera dengan skop yang lebih luas.
FAMA juga membawakan 30 tan metrik bagi produk Jualan Terus Dari Ladang dan Kilang seperti buah-buahan dan sayur-sayuran antaranya buah durian, cempedak king, jagung, nanas MD2 dan lain-lain.
"Pengunjung boleh menikmati antara lima ke 10 peratus penjimatan bagi produk Jualan Terus Dari Ladang dan Kilang di FAMA Fest 2022 berbanding di pasar-pasar biasa," katanya.
Untuk menikmati lebih penjimatan, beliau menggalakkan pengunjung mendapatkan baucar pembelian melalui platform Agrobazaar online iaitu RM20,000 baucar pembelian disediakan dalam talian.
Seramai 130 usahawan tani diberikan ruang untuk memasarkan hasil pertanian mereka pada program kali ini dengan 84 lot usahawan dan 11 kluster termasuk Empayar Makanan, Jualan Terus Dari Ladang, Bazaar MyRakyat, Penang Agromarket, Trak Makanan dan sebagainya.
Beliau berkata pelaksanaan program ini akan meluaskan pasaran produk usahawan dari Wilayah Utara termasuk Perak serta membangunkan rangkaian ejen baharu dan peluasan produk industri asas tani wilayah utara ke rangkaian Pasaraya Lotus seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022
Penang FAMA Fest 2022 adalah lanjutan kepada program Penang FAMA Fest yang diadakan pada tahun 2018 dan 2019. - Bernama
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
FAMA sasar 50,000 pengunjung, RM500,000 nilai jualan di Penang FAMA Fest
Antara tarikan bagi program itu adalah Laman Durian, Empayar Makanan Popular, Jualan Orkid dan Keladi Viral serta pelbagai aktiviti lain.