JOHOR BAHRU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mencatat hasil jualan bernilai RM312.51 juta menerusi kesemua rangkaian outlet seliaan lembaga itu dari 25 Mei hingga 24 Sept lalu.
FAM menerusi kenyataan memaklumkan 54 Pasar Segar Terkawal (PST) di seluruh negara melibatkan 3,776 usahawan tani telah merekodkan nilai jualan sebanyak RM124.02 juta dalam tempoh tersebut.
"Bagi negeri Johor, nilai jualan berjumlah RM58.6 juta sepanjang tempoh fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan enam buah PST di negeri ini melibatkan 124 usahawan tani telah berjaya merekodkan nilai jualan sebanyak RM23.3 juta," katanya.
Sementara itu, FAMA memaklumkan, sehingga Jumaat lepas, program Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin telah memanfaatkan seramai 38,026 orang di 200 lokasi seluruh negara dengan jumlah keseluruhan sebanyak 72.97 metrik tan makanan disalurkan.
Menurut kenyataan itu, di Johor, pelaksanaan program berkenaan menerusi FAMA telah memberikan manfaat kepada 3,480 penerima di 14 buah lokasi, sekali gus membantu 97 usahawan memasarkan 16.3 metrik tan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 34,650.
Katanya, penerima termasuk petugas barisan hadapan di pusat pemberian vaksin (PPV), sekatan jalan raya (SJR), penduduk di Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), badan kebajikan dan badan bukan kerajaan.
"Hari ini kita juga telah memberikan sumbangan kepada 224 penerima terdiri daripada asnaf dan Orang Asli di daerah Kota Tinggi, melibatkan dua metrik tan merangkumi sayur-sayuran dan buah- buahan," menurut kenyataan itu.
FAMA berkata sebanyak 100 pasar tani telah beroperasi di seluruh negara selaras dengan kelonggaran yang diberikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 26 2021

FAMA mencatat hasil jualan bernilai RM312.51 juta menerusi kesemua rangkaian outlet seliaan seliaan lembaga itu dari 25 Mei hingga 24 Sept.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sosial media: Albania mula haramkan TikTok
Pengguna TikTok di Albania kini menghadapi kesukaran mengakses aplikasi popular itu selepas kerajaan melaksanakan larangan selama setahun bermula Khamis.
META akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Ujian Community Notes di platform META akan dimulakan untuk menggantikan program pemeriksaan fakta pihak ketiga.
Pendekatan baru ini membolehkan lebih ramai individu menambah konteks kepada hantaran, mengurangkan berat sebelah.
Pendekatan baru ini membolehkan lebih ramai individu menambah konteks kepada hantaran, mengurangkan berat sebelah.

FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.

FAMA Melaka edar 6,000 kampit beras tempatan di tujuh lokasi Pasar Tani
FAMA Melaka akan melaksanakan jualan 6,000 kampit beras tempatan secara terus kepada pengguna di tujuh lokasi pasar tani di negeri itu.

22.6 juta telur diedarkan FAMA sejak November lalu
FAMA telah mengedarkan sejumlah 22.6 juta biji telur melalui 369 outlet pemasarannya di seluruh negara bermula November lalu sehingga hari ini bagi menampung bekalan telur ayam di pasaran.

FAMA tubuh CDERT hadapi musim tengkujuh
FAMA menubuhkan CDERT FAMA bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan kakitangan terhadap bencana khususnya bagi menghadapi musim tengkujuh.

CAP gesa KPDNHEP, FAMA ambil langkah segera atasi kenaikan harga sayur di P. Pinang
Beberapa jenis sayur-sayuran dikesan mengalami kenaikan harga sehingga 200 peratus sejak dua minggu lalu.

FAMA catat nilai jualan RM312.51 juta dari Mei hingga September
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mencatat hasil jualan bernilai RM312.51 juta menerusi kesemua rangkaian outlet seliaan lembaga itu dari 25 Mei hingga 24 Sept lalu.

FAMA kecualikan sewa tapak pasar tani
FAMA akan memberikan pelepasan pembayaran sewa tapak kepada usahawan pasar tani di seluruh negara susulan operasinya tidak dapat dijalankan semasa Fasa Satu PPN.

42 pasar segar terkawal FAMA catat nilai jualan RM18.9 juta
42 PST berkenaan memberi ruang kepada 348 petani dan 6,879 usahawan untuk memasarkan produk ketika pelaksanaan PKP.

Harumanis 'laku keras' di platform dalam talian
Sejak awal musim sehingga kini, FAMA telah menjual 20 tan matrik Harumanis ke seluruh negara.

FAMA, Shopee lancar jualan durian dalam talian pertama di Malaysia
Sebagai dorongan untuk transformasi perniagaan, FAMA dan Shopee akan memberi sokongan kepada peniaga durian melalui pembiayaan baucar potongan harga.