KUALA LUMPUR: Penggabungan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) dibatalkan.
Jelas Persatuan Alumni Masscomm UiTM keputusan terbabit dibuat Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Prof Datuk Husaini Omar dalam satu mesyuarat bersama pada pagi Isnin.
"Prof Husaini dalam satu mesyuarat bersama para wakil pengurusan tertinggi UiTM dan Persatuan Alumni Masscomm UiTM memaklumkan bahawa Kementerian itu telah memutuskan supaya FKPM tidak digabungkan seperti yang pernah diumumkan oleh Naib Canselor UiTM Prof Datuk Roziah Janor pada Oktober lalu," menurut satu kenyataan pada Isnin.
Hadir sama dalam mesyuarat itu, Prof Roziah, Penolong Naib Canselor, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, Prof Haryani Haron, serta Ketua Pengajian Komunikasi dan Media UiTM, Dr Wan Hartini Wan Zainoddin.
Sementara itu, bagi Presiden Persatuan Alumni Masscomm, Basree Rakijan keputusan yang dibuat kementerian itu disambut baik dan membuktikan bantahan dibuat selama ini dipandang serius oleh pihak KPT.
Malah keputusan itu jelasnya amat tepat dalam usaha memperkasakan FKPM pada masa akan datang.
"FKPM yang telah 50 tahun ditubuhkan merupakan satu fakulti yang telah memberikan sumbangan besar kepada pembangunan negara dan ia perlu diperkasakan lagi terutama di era komunikasi digital yang begitu mencabar ini.
"Alumni akan terus berkerjasama dengan FKPM bagi melaksanakan beberapa program yang telah dikenal pasti demi mempastikan jaringan industri-universiti diperkemas dalam usaha melahirkan graduan FKPM yang lebih berwibawa," ujarnya lagi.
Pada Oktober lalu, Alumni Masscomm UiTM memulakan siri bantahan terhadap penggabungan ketiga-tiga fakulti yang kini dinamakan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media.
Menerusi bantahan itu, mereka menegaskan, pengajian komunikasi lebih fokus kepada melatih pelajar berfikir secara kritikal serta menulis dengan baik dan ia tidak memerlukan penggabungan dengan bidang sains komputer dan matematik.
Fareez Azman
Mon Feb 20 2023
Pada Oktober lalu, Alumni Masscomm UiTM memulakan siri bantahan terhadap penggabungan ketiga-tiga fakulti yang kini dinamakan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media. - Fail/Alumni FKPM
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Fakulti Komunikasi dan Media UiTM tidak akan digabung - KPT
Penggabungan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) dibatalkan.
MAP 2021 lupakan seketika cabaran pembelajaran dalam talian - Dekan FKPM UiTM
Malam Apresiasi Penyiaran (MAP 2021) membolehkan pelajar melupakan seketika cabaran pembelajaran atas talian yang sudah berlarutan sejak setahun lepas akibat pandemik COVID-19.
150 sukarelawan, penuntut UiTM jayakan inisiatif 'digital volunteering'
Menghimpunkan 150 sukarelawan dari kalangan penuntut FKPM, Kokorikulum UiTM dan Suspended Meal mereka berjaya mengumpul dana berjumlah RM35,044 untuk disalurkan kepada lebih 550 penerima.