KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding membela diri dalam kes rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) sehingga rayuannya untuk mendapatkan salinan percakapan saksi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diputuskan Mahkamah Rayuan.
Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa pihaknya memfailkan permohonan itu pada 23 Jun lepas.
"Kami mohon tarikh segera untuk pendengaran permohonan ini," katanya sebelum prosiding membela diri bekas timbalan perdana menteri itu atas 47 pertuduhan melibatkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik YAB.
Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob berkata pihaknya menerima salinan notis permohonan itu menerusi e-mel pada Sabtu lepas dan akan membantah permohonan tersebut.
"Kami memerlukan masa untuk memfailkan afidavit balasan berhubung permohonan itu," katanya.
Mahkamah kemudian menetapkan 4 Julai untuk pihak pendakwaan memfailkan afidavit balasan dan permohonan itu didengar pada 7 Julai ini.
Berdasarkan afidavit sokongan yang difailkan bersama notis usul permohonan itu, Ahmad Zahid berkata beliau dinasihatkan oleh peguamnya bahawa keterangan saksi-saksi yang akan beliau sebutkan (di mahkamah) adalah mustahak dan material untuknya mendapatkan salinan rakaman-rakaman percakapan mereka.
Menurut Ahmad Zahid, ini kerana beliau dapat melihat wujudnya sokongan antara keterangannya dan keterangan mereka.
Saksi-saksi itu termasuk anaknya Datuk Nurulhidayah, adiknya Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi dan seorang ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Ahmad Zahid berkata tanpa salinan rakaman percakapan saksi-saksi berkenaan, haknya untuk mendapatkan perbicaraan yang adil akan terjejas dan beliau ingin memberikan keterangan yang penuh serta lengkap semasa pemeriksaan utama di mahkamah sebelum disoal balas.
"Permohonan ini bukan bertujuan untuk melengahkan atau melewatkan perbicaraan kes saya kerana saya telah memberikan keterangan di peringkat keterangan utama di mahkamah. Permohonan ini adalah bersifat bona fide (niat baik) untuk memastikan saya mendapat perbicaraan yang adil dalam penyediaan pembelaan di mahkamah.
"Adalah wajar dan adil bagi saya untuk mendapat penangguhan perbicaraan sementara menunggu keputusan atau pelupusan daripada Mahkamah Rayuan bagi mendapatkan salinan rakaman percakapan saksi-saksi itu sebelum saya diarahkan untuk disoal balas," katanya dalam afidavit itu.
Pada 9 Mei lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ahmad Zahid untuk mendapatkan rakaman percakapan saksi daripada SPRM kerana saksi boleh terdedah kepada intimidasi dan sebagai contoh, diugut agar memberikan keterangan yang berbeza daripada yang terdapat dalam rakaman kenyataan.
Ahmad Zahid diperintah membela diri atas 47 pertuduhan itu pada 24 Jan selepas mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Pada prosiding hari ini, Ahmad Zahid menyambung membacakan pernyataan saksi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 27 2022

Ahmad Zahid (kanan) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, untuk prosiding bela diri bagi 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi yang dihadapi beliau.- Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

Op Sky: Enam lagi individu direman
Enam lagi individu melibatkan pegawai dan bekas pegawai institusi perbankan, direman lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah.

SPRM tahan empat lagi individu disyaki terbabit kes rasuah pinjaman peribadi
SPRM menahan empat lagi individu kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan permohonan pinjaman peribadi yang dikemukakan sebuah syarikat perunding kewangan.

Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan minta, terima rasuah RM1 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta.

Rasuah RM10,000, bekas Pengarah Maritim Tanjung Sedili diarah bela diri
Mahkamah mengarahkan Pengarah Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili, membela diri atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM10,000, empat tahun lalu.

Ahli perniagaan dilepas, dibebaskan dua pertuduhan rasuah
Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan seorang ahli perniagaan daripada dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah, lima tahun lepas.

SPRM reman wanita di Melaka, kes rasuah gelaran Datuk Seri
Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan pemberian gelaran Datuk Seri dari sebuah negeri, dua tahun lalu.

'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.

Hakim baharu dengar bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri 9 April 2025
Mahkamah Sesyen menetapkan tujuh hari bermula 9 April tahun depan bagi Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.