KUALA LUMPUR: Pereka grafik dan aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik menerusi media sosial.
Mohd Fahmi Reza, 45, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M.M Edwin Paramjothy.
Dia didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya berhubung isu pengharaman penjualan minuman keras di negara ini, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui laman Facebook miliknya menggunakan profil "Fahmi Reza" pada 11.45 pagi, 1 Jun 2021.
Hantaran itu kemudian dibaca di sebuah unit Pangsapuri Melur, Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul di sini, pada 9 pagi, 2 Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang menawarkan jaminan RM10,000, namun peguam Rajsurian Pillai, yang mewakili Mohd Fahmi Reza memohon jaminan itu dikurangkan atas alasan anak guamnya memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan.
"OKS juga tidak ada potensi untuk melarikan diri dan mengganggu saksi. Sebelum ini (10 Feb) anak guam saya juga telah didakwa di Mahkamah Sesyen dan mahkamah membenarkan jaminan RM5,000, jadi kami pohon jaminan antara RM4,000 hingga RM5,000," kata peguam itu.
Mahkamah membenarkan OKS diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Mac ini untuk sebutan semula kes.
Pada 10 Feb lepas, Mohd Fahmi Reza mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan sama membabitkan isu kuarantin terhadap menteri pulang dari lawatan rasmi di luar negara, tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 17 2022
Mahkamah membenarkan Fahmi diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Mac ini untuk sebutan semula kes. - Gambar fail/BERNAMA
LaLiga: Ancelotti optimis Kylian Mbappe sudah kembali temui rentak
Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, percaya kritikan diri Kylian Mbappe telah meningkatkan kembali prestasinya di Los Blancos.
2 sahabat makan ikan mentah, minum air laut sepanjang hanyut
Dua sahabat Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, dan rakannya Nor Hasrul Abdullah berkongsi pengalaman bagaimana mereka hanya makan ikan mentah dan minum air laut sepanjang hanyut selama enam hari sebelum diselamatkan oleh nelayan di perairan Acheh.
Dua mangsa bot hanyut selamat tiba di Malaysia
Dua mangsa bot hanyut di perairan Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau, Selasa lalu selamat tiba di Jeti Limbungan Batu Maung, PULAU PINANG hari ini. Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, 22, dan Nor Hasrul Abdullah, 25, dibawa dari perairan Acheh, Indonesia oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menaiki KM Burau dan tiba pada jam 3 pagi Isnin.
Prabowo demam, tangguh pertemuan dengan Anwar
Pertemuan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto yang dijadualkan berlangsung di Langkawi hari ini, terpaksa ditangguhkan kepada tarikh yang belum ditetapkan.
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
AWANI Pagi: Caj Hospital Mahal, Apa Penyelesaian Jangka Panjang
#AWANIpagi akan bersama Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, diskusi bagi mencari penyelesaian jangka panjang mengenai caj hospital mahal yang membelenggu ketika ini.
Penghargaan Bin Shen buat BAM, pemain
Jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen menyifatkan tempoh empat tahun bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai sesuatu yang amat bermakna buat dirinya.
Ibu tidak benar anak jadi nelayan lagi, risau insiden hanyut berulang
Hanita berkata Muhammad Ikmal Hakimi masih muda dan belum mahir mengenai keadaan laut, malah tidak sesuai menjadi nelayan.
AWANI Ringkas: Kes kematian kucing di UM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Apa Artinya Aku' - Kolaborasi epik Yovie Widianto bersama Lyodra, Tiara Andini, dan Ziva Magnolya
Menurut Yovie Widianto, pemilihan ketiga-tiga penyanyi ini dibuat berdasarkan kehebatan vokal mereka yang luar biasa.
Mahkamah tolak saman fitnah Hannah Yeoh terhadap Musa Hassan
Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi membuat keputusan berkenaan selepas mendapati plaintif gagal membuktikan kenyataan dibuat oleh defendan (Musa) adalah fitnah.
Polis rekod keterangan Fahmi Reza isu pelantikan Musa Aman
Polis merekod keterangan aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza untuk siasatan karikatur serta kenyataan berbaur memperlekehkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.
Akaun TikTok Fahmi Reza disekat
Akaun TikTok milik aktivis, Fahmi Reza disekat semasa melakukan sesi penstriman secara langsung di Universiti Malaya, malam tadi.
Tiada kebenaran diberikan kepada Fahmi Reza - USM
Tiada permohonan daripada mana-mana pihak termasuk Mohd Fahmi sendiri berhubung program yang dinamakan sebagai Kelas Demokrasi Fahmi Reza @ USM itu.
Fahmi Reza dilepas tanpa dibebaskan tuduhan buat hantaran jelik di media sosial
Ia berhubung pertuduhan penghantaran komunikasi jelik di media sosial berhubung isu pengharaman penjualan minuman keras di negara ini.
Kes komunikasi jelik: Fahmi Reza kemuka representasi kepada Jabatan Peguam Negara
Surat representasi itu dihantar kepada Jabatan Peguam Negara semalam (28 April) dan salinan asal representasi itu telah diserahkan kepada pihak pendakwaan hari ini.
Fahmi Reza ditahan polis, muat naik karikatur monyet berseragam istana
Aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin atau dikenali sebagai Fahmi Reza hari ini ditahan kerana dipercayai memuat naik karikatur monyet berpakaian seragam istana berwarna kuning di Facebooknya semalam.
Fahmi Reza didakwa lagi buat hantaran jelik di media sosial
Mohd Fahmi Reza mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M.M Edwin Paramjothy.
Fahmi Reza didakwa buat hantaran jelik berhubung isu kuarantin menteri di Twitter
Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.
Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
Fahmi Reza ditahan polis, isu karikatur kontroversi 'Keluarga Malaysia'
Pereka grafik kontroversi, Fahmi Reza sekali lagi ditahan polis melibatkan karikatur -Keluarga Malaysia- yang merupakan slogan digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.