KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengingatkan penjawat awam yang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) supaya tidak terpedaya dengan sindiket penipuan dalam talian.
Katanya, beliau tidak mahu pihak tidak bertangggungjawab mengambil kesempatan atas khabar baik untuk rakyat.
"Saya pohon dari kalbu saya, tolong berhati-hati dan jangan jadi mangsa penipuan (scammer). Kalau kita terima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, semak dulu.
"Kalau terima mesej daripada orang yang kononnya kawan kita, semak dulu dan kalau dapat e-mel yang mengatakan klik pautan di sini atau muat turun aplikasi, tolonglah jangan klik e-mel yang tidak dikenali," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan sesi latihan skuad KL City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini, malam tadi.
Perdana Menteri pada Isnin mengumumkan penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan pesara kerajaan masing-masing bakal menerima BKK Aidilfitri sebanyak RM500 dan RM250 pada Jumaat ini.
Selain itu, seramai 8.4 juta rakyat bakal menerima bayaran STR Fasa 2 melibatkan bayaran RM100 sehingga RM650 yang akan dikreditkan mulai Rabu ini.
Mengenai BKK Aidilfitri, Fahmi berkata, baginya sejujurnya ia satu kejutan yang sangat baik dan sudah tentu memberi keceriaan kepada penjawat awam yang akan menyambut Aidilfitri minggu depan.
"Kalau saya ingat perbincangan atau bila tanya Perdana Menteri sebelum ni, beliau sering sebut kerajaan sudah sediakan bantuan RM2,000 untuk penjawat awam tempoh hari tetapi bila diumumkan hari ini BKK Aidilfitri, itu sudah pasti jadi satu perkara yang sangat menceriakan dan mengubah suasana," katanya.
Fahmi juga berharap penjawat awam memanfaatkan bantuan itu sebaik-baiknya dan mencadangkan mereka untuk menyokong peniaga di bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini.
"Kita pergi secara fizikal dan sokong mereka yang hampir kesemuanya adalah peniaga Bumiputera. Kita bantu mereka dan ini harapan saya," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024
Fahmi mengingatkan penjawat awam yang akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah supaya tidak terpedaya dengan sindiket penipuan dalam talian. - Gambar BERNAMA
Anak Malaysia tabur khidmat di Masjid Nabawi
Dalam kelibat petugas di Raudah dan Masjid Nabawi yang majoritinya berasal dari Arab Saudi, terselit dua beranak berasal dari Malaysia.
AWANI Pagi: Rawatan kecederaan sukan
Ikuti kami di #AWANIPagi bersama Dr Badrul Akmal Hisham, Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik dan juga Dr. Muhammad Naqib, Ketua Pegawai Operasi UKM Specialist Centre Sdn Bhd dalam membincangkan tentang rawatan kecederaan sukan yang berkesan.
https://www.facebook.com/UKMSpecialist/
#AWANInews #AWANIPagi
https://www.facebook.com/UKMSpecialist/
#AWANInews #AWANIPagi
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Hamas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
30 kereta kanak-kanak musnah terbakar
Api berjaya dikawal pada jam 3.54 pagi dan berjaya dipadam sepenuhnya jam 4.45 pagi.
Malaysia berisiko hilang keistimewaan jika berterusan langgar peraturan visa
Sekiranya ditangkap kerana menyalah guna visa pelancongan, ia akan mencemarkan nama baik dan imej Malaysia yang selama ini dipandang tinggi.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
Permohonan Halim Othman ikut prosedur
Myra Natasya Abdullah mendedahkan Halim telah meletakkan maklumat sebagai bapa di sijil kelahirannya tanpa pengetahuannya.
Raphael Varane umum berpisah dengan Manchester United
Pertahanan Perancis itu yang kini diketepikan akibat kecederaan bakal meninggalkan The Red Devils selepas tiga tahun di Old Trafford.
Protes pro-Palestin di Israel sempena 76 tahun Nakba
Kira-kira 3,000 orang berarak di sepanjang laluan berhampiran lebuhraya utama - dalam apa yang digelar sebagai return march, yang telah diadakan setiap tahun sejak 27 tahun lalu.
AWANI Pagi: Hari Belia - Pemimpin belia wanita dalam pembuatan keputusan
Pemimpin belia wanita bukan sahaja membawa suara wanita, tetapi juga menyuarakan keperluan pelbagai kumpulan belia.
Bersempena Hari Belia 2024, ikuti temu bual program #AWANIPagi yang membincangkan peranan penting pemimpin belia wanita dalam membentuk masa depan negara.
#AWANInews #AWANIPagi
Bersempena Hari Belia 2024, ikuti temu bual program #AWANIPagi yang membincangkan peranan penting pemimpin belia wanita dalam membentuk masa depan negara.
#AWANInews #AWANIPagi
Kemenangan PH di KKB ‘tripple happiness’ buat Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Kemenangan Pakatan Harapan pada PRK Kuala Kubu Baharu disifatkan sebagai triple happiness atau kegembiraan tiga kali ganda buat Kerajaan Perpaduan.
PRK Kuala Kubu Baharu: Fahmi sangkal dakwaan PKR tidak bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya parti itu tidak turun padang membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Nahas helikopter Lumut: Laporan awal diterbitkan esok - Fahmi
Laporan awal yang melibatkan nahas dua helicopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya dijangka akan diterbitkan esok.
Kasino Forest City: Siasatan terhadap Bloomberg bukan atas arahan kerajaan - Fahmi
Siasatan yang dikenakan terhadap wartawan Bloomberg berhubung laporannya tentang penubuhan kasino di Forest City itu bukan atas arahan kerajaan, tegas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama tekankan tanggungjawab, peranan pemimpin
Fahmi menyifatkan persidangan itu sebagai satu acara terbaik dalam menekankan tanggungjawab dan peranan ketua agama terhadap masyarakat.
Ayat 'jika PH ditakdirkan menang' bayangkan moral dan semangat PN runtuh - Fahmi
Katanya, ayat berkenaan juga seolah-olah membayangkan bahawa PN sedia mengaku kalah pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Sabtu ini.
Malaysia harap kerjasama ASEAN ke arah tampil kawal selia komunikasi dan multimedia lebih baik
Malaysia berharap dapat bekerjasama dengan negara anggota ASEAN yang lain untuk berusaha ke arah mengawal selia industri komunikasi dan multimedia dengan lebih baik.
Kerajaan akan teliti cadangan RSF baiki indeks kebebasan media - Fahmi
Beliau mengalu-alukan kesediaan badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa itu untuk bekerjasama dengan Malaysia.
FDAM galakkan ahli mencarum SKSPS - Afdlin
Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menggalakkan kesemua ahlinya menyertai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Perkeso.
Indeks Kebebasan Media: Fahmi minta Wan Saiful insaf
Fahmi membidas kenyataan Wan Saiful yang menyalahkan beliau atas kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media bagi tahun ini.