MAKKAH: "Ibu... dhudhuk ibu, dhudhuk (duduk)! ," "ibu... khalas (cukup)!", Hajjah... maju, maju! , "thoriq ya hajjah!"(keluar), itu antara teriakan biasa yang kedengaran setiap kali jemaah wanita menziarahi Masjid Nabawi, untuk menunaikan solat mahupun ketika menziarahi Raudah.
Di sebalik niqab yang hanya menampakkan sepasang mata tajam memerhati tingkah laku serta gelagat para jemaah, tiada siapa menyangka dalam kelibat petugas yang majoritinya berasal dari Arab Saudi, terselit dua beranak yang berasal dari Malaysia menjalankan tugas menjaga Raudah serta Masjid Nabawi.
Bagi Zuraini Mukri, 46, dari Selayang, Selangor bertugas lebih tujuh jam sehari di Raudah dan Masjid Nabawi sejak setahun lalu, memberi peluang kepadanya untuk berada lebih dekat dengan Rasulullah SAW, selain dapat melihat pelbagai gelagat manusia dari setiap pelosok dunia.
"Setiap hari, kerja saya akan melibatkan beberapa tugasan, sama ada di kaunter penerangan, di dalam kawasan Raudah atau kawasan lain sekitar Masjid Nabawi.
"Tanggungjawab saya lebih melibatkan kerja penterjemah untuk jemaah dari Indonesia, Malaysia, Brunei dan Thailand. Saya akan pastikan pengunjung mendapat maklumat lengkap dan patuh kepada arahan sewajarnya, apabila memasuki Raudah dan Masjid Nabawi," kata ketika ditemui petugas media baru-baru ini.
Ibu kepada lapan orang anak itu yang kini menetap di Madinah bersama suaminya Dr Noordin Othman, 53, berkata berhadapan dengan pelbagai gelagat jemaah, memerlukan dirinya sentiasa sabar dan adil dalam melayan tetamu di masjid yang penuh barakah itu.
"Saya selalu ingatkan diri saya, ada pelbagai karakter jemaah yang datang ke sini. Jadi saya perlu melayan mereka seperti biasa dan sama adil," katanya.
Menceritakan pengalamannya menjaga Raudah, Zuraini berkata ada dalam kalangan jemaah lebih tertumpu untuk mengambil video serta berswafoto, sedangkan masa yang terhad diperuntukkan untuk menziarahi 'taman syurga' itu, seharuskan difokuskan untuk berdoa dan solat sunat.
"Ada antaranya yang terus merakam video, berswafoto dan memuat naik dalam media sosial terlebih dahulu apabila diberi peluang untuk memasuki Raudah, walhal masa yang diberikan untuk beribadat dalam Raudah sangat suntuk," jelasnya.
Sementara itu anaknya Nur Afrina Noordin, 20, yang turut bekerja di Masjid Nabawi dan Raudah berkata tugasnya di situ banyak mengajarnya mengenai ilmu kehidupan.
"Alhamdulillah, saya diberi peluang melihat dan mempelajari banyak ilmu tentang pelbagai ragam manusia yang datang ke sini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Zuraini berkata, setiap hari, kerja beliau melibatkan beberapa tugasan, sama ada di kaunter penerangan, di dalam kawasan Raudah atau kawasan lain sekitar Masjid Nabawi. - Foto Facebook/Nini UmmuNur

Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025
RUU yang dibentangkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Pantau Agenda Reformasi: Menambah baik pengurusan kewangan universiti awam
Susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara mengenai tiga universiti awam yang mencatat kerugian selama tiga tahun berturut-turut, kami membincangkan bagaimana institusi pengajian tinggi boleh menambah baik pengurusan kewangan yang melibatkan wang rakyat.
Perdagangan sempadan Thailand meningkat
Perdagangan sempadan dan transit Thailand bernilai 145 bilion baht pada Januari, meningkat 2.7 peratus.

Lisa Blackpink artis K-pop pertama buat persembahan di Oscars
Lisa daripada kumpulan Blackpink mencipta sejarah sebagai artis K-pop pertama membuat persembahan di Anugerah Akademi (Oscars).
Keseimbangan perlu dicapai demi melindungi PMKS
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri, banyak negara anggota ASEAN masih mempunyai bilangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang tinggi, yang mudah terjejas sekiranya pasaran serantau dibuka sepenuhnya.
ASEAN capai pertumbuhan tertinggi dalam tempoh tujuh bulan
Menurut firma penyelidikan S&P Global, prestasi positif itu didorong oleh pengeluaran yang lebih kukuh dan pantas, di samping peningkatan ketara dalam pesanan baharu.
ASEAN mesti cakna dengan keperluan setiap negara anggota
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri, setiap negara ASEAN mempunyai status kemajuan berbeza apabila berbincang mengenai teknologi.

Bekas pemandu bas sekolah gagal semak semula hukuman liwat
Panel hakim memutuskan tiada merit dalam permohonan semakan dan Kassim gagal menunjukkan kecuaian ketara oleh peguamnya sebelum ini.
Seorang lemas, lebih 500 penduduk berpindah
Hujan lebat sejak malam Ahad menyebabkan Sungai Cimanceuri melimpah sehingga beberapa kawasan di Bogor, Jawa Barat, dilanda banjir.
Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan dibuka
Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), ia membenarkan pengendali berlesen yang layak menjalankan operasi rentas sempadan melibatkan pergerakan kenderaan barangan merentasi sempadan dua negara anggota ASEAN yang bersebelahan.

Anak Malaysia tabur khidmat di Masjid Nabawi
Dalam kelibat petugas di Raudah dan Masjid Nabawi yang majoritinya berasal dari Arab Saudi, terselit dua beranak berasal dari Malaysia.