KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan bersama pemain industri kurier bagi berbincang dan memahami secara mendalam cabaran yang dihadapi sektor itu.
Beliau berkata cabaran yang dihadapi pemain industri kurier sangat berbeza sebelum dan selepas gelombang "E-Commerce".
Menerusi catatan di Facebooknya, Fahmi berkata, sesi meja bulat tersebut turut disertai pasukan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
"Insya-Allah beberapa kajian dan libat urus akan dijalankan sebelum beberapa keputusan diumumkan," katanya yang turut memuat naik beberapa keping gambar sesi meja bulat tersebut.
Sebelum ini, Fahmi dilapor berkata KKD akan bertemu pemain industri kurier pada Rabu (hari ini), antara lain bagi merungkai langkah penambahbaikan ke arah mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pemain industri itu.
Menurutnya sektor kurier memang menghadapi beberapa cabaran dan kebanyakannya berkenaan kos operasi yang dikatakan sebagai keadaan tidak kompetitif.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023

Sektor kurier memang menghadapi beberapa cabaran dan kebanyakannya berkenaan kos operasi yang dikatakan sebagai keadaan tidak kompetitif. - Gambar hiasan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jual ganja guna Telegram, 3 rakan karib ditahan
Polis menahan tiga rakan karib kerana dipercayai mendalangi satu sindiket pembungkusan dan pengedaran ganja dengan mengumpul pelanggan melalui aplikasi Telegram, Isnin lepas.

Tiga sekawan berdepan hukuman mati edar dadah lebih 4.7kg
Tiga sekawan dituduh di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad kerana mengedar dadah seberat 4.7 kilogram (kg) di Taman Setia Tropika dekat sini pada awal bulan ini.

Fahmi bincang cabaran sektor kurier bersama pemain industri
Cabaran yang dihadapi pemain industri kurier sangat berbeza sebelum dan selepas gelombang "E-Commerce".

Polis tumpas cubaan seludup dadah RM1 juta ke Sabah, Sarawak guna kurier, kargo KLIA
Polis berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu dari Lembah Klang ke Sabah dan Sarawak, melalui perkhidmatan kurier dan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Polis rampas dadah bernilai lebih RM10 juta, tahan 13 individu
Polis berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa menggunakan perkhidmatan kurier setelah menahan 13 individu warga tempatan.

Sindiket dadah guna perkhidmatan kurier di Terengganu tumpas
Sebanyak tiga kes telah dikesan membabitkan satu kes di daerah Kuala Terengganu dan dua kes di daerah Marang.

Bekas ejen 'Pos Rider' diutamakan untuk khidmat sambilan - Pos Malaysia
Pos Malaysia akan mengutamakan bekas ejen 'Pos Rider' untuk berkhidmat secara sambilan dengan syarikat itu, sekiranya terdapat peningkatan jumlah bungkusan kelak.

Inisiatif PAKEJ pastikan perkhidmatan kurier lebih cekap - MCMC
Masa tidak lagi dibuang untuk perkhidmatan penghantaran perlu melalui proses penghantaran hingga ke tangan penerima.

Tetapkan harga asas untuk kekalkan industri kurier tempatan
Ketika sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, kepentingannya ibarat 'talian hayat' yang menyampaikan kiriman yang dinanti-nantikan.

Sorok dadah dalam sejadah, taktik terbaru sindiket antarabangsa
Sindiket yang didalangi warga tempatan itu dibongkar hasil serbuan di sebuah syarikat kurier di Cheras pada 6 Mac lepas.