PERKHIDMATAN kurier menjadi penghubung penting bagi rakyat Malaysia terutamanya ketika berdepan pelbagai pelaksanaan kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan sejak tercetusnya pandemik COVID-19 pada Mac 2020.
Ketika sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, kepentingannya ibarat 'talian hayat' yang menyampaikan kiriman yang dinanti-nantikan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak dapat bersama keluarga dan sahabat handai disebabkan larangan perjalanan rentas negeri.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan juga membawa ketidakpastian terutamanya terhadap perniagaan dengan penutupan pelbagai premis jualan dan pusat beli-belah atas sebab keselamatan dan kesihatan, yang turut membawa peralihan besar kepada pembelian secara atas talian.
Membeli-belah secara atas talian kini menjadi satu norma baharu dan bilangan perniagaan kecil dan tradisional yang telah atau sedang mengembangkan perniagaan digital semakin meningkat, sama ada melalui usaha sendiri atau dengan sokongan kerajaan serta bantuan syarikat berkeupayaan teknologi.
Platform e-dagang di seluruh dunia juga mencatat peningkatan urusniaga sejak tahun lalu. Perkembangan ini memberi kelebihan kepada pelanggan dan peniaga kerana jualan dan pembelian dapat dilakukan tanpa perlu berada secara fizikal di premis perniagaan.
Di Malaysia, trend pembelian dalam talian semakin meningkat dan menurut Jabatan Perangkaan Malaysia ia menunjukkan peningkatan antara 18 peratus hingga 28 peratus pada bulan Januari hingga Mac 2021, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Ketika penjual dan pelanggan berasa gembira dengan kebebasan untuk berurusniaga, mereka tidak menyedari bahawa kebajikan kakitangan kurier dan pos sedang menghadapi detik sukar.
Kecenderungan pihak yang melakukan beli-belah dalam talian menawarkan bayaran penghantaran yang murah, sebenarnya mencetuskan masalah dalam perkhidmatan kurier dan pos akibat persaingan yang sangat tinggi untuk mendapatkan pelanggan.
LAMBAKAN PERKHIDMATAN
Presiden Persatuan Syarikat-syarikat Penghantaran Ekspres Malaysia (AMEC), Teong Teck Lean berkata, 'lambakan perkhidmatan' terus memalapkan pasaran penghantaran bungkusan di Malaysia yang ketika ini sarat dengan kehadiran banyak syarikat yang menceburi perniagaan itu dan menjejaskan syarikat yang tidak mampu menawarkan kadar rendah atau sifar.
'Lambakan perkhidmatan' adalah istilah menggambarkan keadaan melibatkan pihak dalam satu-satu sektor mengganggu pasaran dengan menawarkan harga yang terlalu rendah.
Menurut beliau, sesetengah syarikat penghantaran batuan terakhir menawarkan penghantaran percuma, terutamanya dalam pasaran e-dagang.
"Lambakan perkhidmatan ini menjejaskan banyak syarikat dalam industri ini yang tidak mampu menawarkan potongan harga yang sama dan mengalami kerugian. Ada yang terpaksa mengambil tindakan mengurangkan gaji pekerja atau komisyen disebabkan kerugian.
"Ada syarikat dalam industri ini yang mahu menguasai pasaran melalui kaedah lambakan perkhidmatan, yang saya fikir tidak harus dibenarkan di Malaysia. Hakikatnya di kebanyakan negara, yang melakukan perkara ini disiasat dan dihukum, " beliau memberitahu Bernama baru-baru ini sambil menambah, terdapat keperluan mendesak untuk menyediakan satu rangka kerja bagi menentukan harga asas untuk penghantaran bungkusan bagi memastikan kemapanan industri.
Teong, yang juga Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GD Express Carrier Bhd (GDex) berkata, syarikat perkhidmatan kurier terpaksa bersaing dengan harga yang tidak realistik kerana ketiadaan harga lantai dan ini secara langsung menjejaskan mata pencarian pekerja penghantaran sekitar 109 syarikat perkhidmatan kurier di Malaysia.
"Tanpa sumber yang mencukupi, syarikat dalam indusri ini tidak akan boleh melabur dalam teknologi baharu dan mengekalkan operasi perniagaan mereka. Ini kemudiannya akan membuatkan syarikat berkenaan mengorbankan kualiti perkhidmatan," katanya.
Menurut beliau, meskipun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membekukan pengeluaran lesen baharu untuk perkhidmatan kurier untuk dua tahun pada tahun lalu, pihak berkenaan perlu juga mengawal harga asas kerana akan muncul lebih banyak pendatang baharu dalam industri berkenaan.
Sebarang perkiraan mengenai harga asas perlu mengambil kira perlindungan untuk pelanggan serta pekerja, dan itu perlu menjadi perkara utama industri.
"Pihak berkuasa sepatutnya melakukan perkara ini lebih awal lagi memandangkan e-dagang semakin berkembang pesat. Menetapkan harga asas untuk bayaran kurier adalah penting bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang sihat, di samping memastikan kebajikan pekerja industri ini dlindungi," tambahnya.
SKMM mengumumkan moratorium pemberian lesen baharu perkhidmatan kurier selama dua tahun, bermula 14 September lalu hingga 15 September 2022, bagi memberi masa untuk kerajaan, industri pos dan kurier merumuskan pelan baharu menerusi Makmal Industri Pos dan Kurier Negara (NPCIL) bagi mengukuhkan industri.
TAWARAN SUBSIDI UNTUK KEKAL INDUSTRI
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nationwide Express, Wan Mohamed Den Wan Mohamed Zin, mencadangkan daripada meletakkan harga asas untuk perkhidmatan kurier, kerajaan perlu memperkenalkan sistem subsidi bagi membantu syarikat dalam perkhidmatan kurier mengekalkan bayaran perkhidmatan penghantaran.
"Dengan menyediakan subsidi untuk industri kurier, selain menetapkan harga asas untuk setiap penghantaran bungkusan, keuntungan daripada harga yang ditetapkan dapat digunakan untuk meningkatkan infrstruktur serta memperbaiki perkhidmatan kepada pelanggan.
Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, kerajaan menyediakan bantuan subsidi kepada industri kecil bagi memulihkan ekonomi semasa pandemik COVID-19 pandemik. Mengapa kerajaan kita tidak boleh melakukan perkara yang sama?" katanya, sambil menambah, sekiranya harga asas ditetapkan, pelanggan mampu menerimanya.
"Bagi saya harga asas itu bukanlah yang akan menekan pelanggan tetapi kadarnya boleh diterima syarikat kurier dan pelanggan.
"Jika anda mahukan perkhidmatan yang baik, jadi kenalah bayar. Memang, pasaran ini bebas untuk pengguna tetapi amalan tidak sihat (seperti lambakan perkhidmatan) menekan kedudukan kewangan syarikat perkhidmatan tempatan, terutamanya yang membuat pelaburan besar sebagai strategi jangka panjang, " katanya.
Menurut beliau, sudah sampai masanya untuk kerajaan, industri serta pihak yang berkepentingan meminda harga asas sektor penghantaran bagi melindungi kepentingan rakan kongsi pos/kurier.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 01 2021

Perkembangan e-dagang memberi kelebihan kepada pelanggan dan peniaga kerana jualan dan pembelian dapat dilakukan tanpa perlu berada secara fizikal di premis perniagaan. - Gambar hiasan
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul
ASEAN perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain.

Malaysia seru perpaduan ASEAN yang lebih utuh di sebalik peralihan dinamik kuasa global
ASEAN perlu terus memikirkan dinamik kuasa besar baharu di bawah "Trump 2.0" sambil kekal lantang dan berprinsip dalam isu geopolitik serta ekonomi.

Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama
Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.