KUALA LUMPUR: Satu sindiket dadah antarabangsa yang cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan menggunakan tikar sejadah untuk menyeludup ketamin secara kurier ke luar negara tumpas.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan muslihat licik itu seterusnya membawa kepada penahanan 13 individu termasuk seorang wanita, berusia antara 18 hingga 35 tahun.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, sindiket yang didalangi warga tempatan itu dibongkar hasil serbuan di sebuah syarikat kurier di Cheras pada 6 Mac lepas.
Pemeriksaan ke atas lima buah kotak yang diisytihar sebagai tikar sejadah berjaya menemukan dadah jenis methamphetamine seberat 4.12 kilogram.
Dadah itu cuba diseludup menggunakan syarikat kurier ke Indonesia.
Siasatan lanjut membawa kepada enam lagi serbuan berasingan pada 8 Mac lepas di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
“Kita juga telah dimaklumkan daripada siasatan ini terdapat lagi lima kotak yang juga untuk dihantar ke Indonesia dengan (mengisytiharkannya sebagai) barangan agama Islam.
“Dari situ bermulanya sejumlah enam serbuan di rumah kediaman, yang mana dalam salah satu serbuan tersebut, kami telah dapati bahawa itu adalah tempat pemprosesan ketamin. Dadah ketamin yang dijumpai itu berjumlah 25 kilogram,” kata Razarudin.
Turut ditemui adalah pelbagai jenis dadah lain, peralatan dan bahan kimia untuk memproses dadah.
Keseluruhan nilai dadah yang dirampas dianggarkan RM4.9 juta, dan difahamkan sindiket itu mula beroperasi sejak November tahun lepas.
Daripada 13 individu yang ditahan, 12 daripadanya disahkan positif dadah.
Kesemua suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Astro Awani
Thu Mar 11 2021
Salah satu serbuan yang dijalankan pihak polis berkaitan taktik terbaru penjenayah itu telah menemukan sebuah makmal pemprosesan dadah. - Astro AWANI
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Sorok dadah dalam sejadah, taktik terbaru sindiket antarabangsa
Sindiket yang didalangi warga tempatan itu dibongkar hasil serbuan di sebuah syarikat kurier di Cheras pada 6 Mac lepas.