PUTRAJAYA: Menyedari kepentingan ekonomi digital dalam memberi sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini mengadakan sesi town hall bersama agensi dan pemain industri.
Menurut perkongsian Fahmi di Facebook, sesi dikenali sebagai "Belanjawan 2024: Sesi Town Hall Ekonomi Digital" itu bertujuan memperkasakan sektor berkenaan.
"Alhamdulillah sesi tadi berjalan baik dan menjadi ruang untuk saya mendapatkan lebih banyak input daripada pemain industri sekali gus memperkasa ekonomi digital Malaysia," katanya.
Menurut beliau ekonomi digital telah menyumbang lebih 23 peratus kepada KDNK dan dijangkakan sektor itu dapat mencapai sumbangan KDNK sebanyak 25.5 peratus menjelang 2025.
Katanya beliau bersama pasukan Kementerian Komunikasi dan Digital dan agensi berkaitan telah berjaya membawa masuk pelaburan sebanyak RM28.4 bilion pada setengah tahun pertama ini, yang merupakan lonjakan sebanyak 279 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
"Dalam kita merancakkan lagi sektor ini, saya memberi penekanan tegas bahawa kerajaan sangat menitikberatkan "the supply side" iaitu bakat-bakat digital tempatan. Ini sangat penting," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023
Menurut perkongsian Fahmi di Facebook, sesi dikenali sebagai "Belanjawan 2024: Sesi Town Hall Ekonomi Digital" itu bertujuan memperkasakan sektor berkenaan. - Foto Facebook Fahmi Fadzil
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Fahmi adakan sesi townhall bersama agensi, pemain industri digital
Sesi dikenali sebagai "Belanjawan 2024: Sesi Town Hall Ekonomi Digital" itu bertujuan memperkasakan sektor berkenaan.
AirAsia bakal buang pekerja, laksana pengecilan operasi?
Tenaga kerja yang terlibat dalam pembuangan akan diberitahu secara peribadi oleh pengurus masing-masing pada petang Khamis.