KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan takziah kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dan seluruh ahli keluarga, atas pemergian kakaknya Hairuni @ Jamilah yang meninggal dunia pagi tadi.
"Salam takziah kepada YB Dato' Sri Hajah Nancy Haji Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang juga Ahli Parlimen Santubong, serta seluruh ahli keluarga di atas kembalinya ke rahmatullah kekanda beliau, Allahyarhamah Hairuni @ Jamilah pagi ini.
"Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh," katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.
Terdahulu, berita pemergian Hairuni, 70, yang meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak dikongsi Nancy menerusi catatan di Facebook.
"Pergi seorang kakak yang dikasihi dan disayangi.
"Belum hilang rasa kehilangan seorang mak, kini kehilangan seorang kakak yang banyak berjasa kepada ahli keluarga dan komuniti terutamanya dalam industri pelancongan," katanya.
Allahyarhamah merupakan Timbalan Presiden Kampungstay dan Homestay Malaysia yang banyak berjasa dalam industri pelancongan terutamanya di Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 16 2023
Terdahulu, berita pemergian Hairuni, 70, yang meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak dikongsi Nancy menerusi catatan di Facebook. - Gambar FB Nancy
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Veteran ATM meninggal dunia ketika hadiri majlis di MAEPS
Md Abadi meninggal dunia di Hospital Serdang sekitar 2.30 petang, menurut kenyataan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Isteri aktor Harun Hashim meninggal dunia
Allahyarham dikejarkan ke hospital Jumaat lalu selepas mengadu sesak nafas.
Tiga termasuk seorang wanita hamil maut, kereta terbabas
Tiga termasuk seorang wanita hamil maut selepas kereta dinaiki terbabas berhampiran IOI Putrajaya.
Tiga maut dalam ujian kenderaan di loji Hyundai Motor
Siasatan awal mendapati kematian itu mungkin berpunca daripada pendedahan kepada gas toksik dalam kawasan ujian tertutup.
Penari balet terkenal dunia maut terjatuh dari balkoni ketika hisap rokok
DUNIA tarian balet kehilangan seorang penari terbaik, Vladimir Shklyarov selepas dia diumumkan meninggal dunia pada Sabtu.
Jenazah ‘maestro’ industri hiburan, S. Atan selamat dikebumikan
Jenazah maestro industri hiburan tanah air Datuk Hashim Said, yang lebih dikenali sebagai S. Atan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang pada jam 11 pagi Ahad.
Jenazah Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor selamat dikebumikan
Jenazah dikafan dan disolatkan di Masjid Bomba Larkin sebelum dibawa ke kediaman Allahyarham di Kampung Serama, Larkin untuk penghormatan terakhir.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 November 2024.
Komposer legenda S. Atan meninggal dunia
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kajang pada jam 3.23 petang Sabtu.
'Ayah sangat pentingkan pendidikan' - Anak sulung Allahyarham Tan Sri Ibrahim Saad
Zaiful, 53, berkata bapanya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang disifatkan seorang yang sangat mementingkan pendidikan.