KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek hari ini menafikan dakwaan Timbalan Menteri Integriti dan Ombudsman Sarawak Datuk Dr Juanda Jaya bahawa Kerajaan Persekutuan tidak menunaikan janji untuk membina bangunan baharu bagi sekolah daif di negeri itu.
Beliau berkata segala usaha ke arah merealisasikan perkara itu sedang dan masih diusahakan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk mengadakan pertemuan dengan pimpinan Kerajaan Negeri Sarawak.
"Kita dah ada banyak pertemuan malah saya sendiri akan ada lagi pertemuan dengan Menteri (Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Roland Sagah Wee Inn) dan juga timbalannya.
"Ini untuk pastikan semua kemajuan projek dan kerja-kerja melibatkan sekolah daif di Sarawak dilaksanakan mengikut jadual," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan penutupan program Eksplorasi Merdeka@Muzium di Muzium Negara di sini.
Fadhlina berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan media mengenai dakwaan Juanda berkenaan perkara itu seperti dilaporkan media Sarawak pada Selasa.
Juanda, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jemoreng, dilaporkan berkata Sarawak masih menagih janji Kerajaan Persekutuan untuk membina bangunan baharu bagi sekolah daif di negeri itu termasuk tiga yang amat daif di kawasannya iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pergau, SK Bawang Tian dan SK Sok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menandatangani plak pada Program Eksplorasi Merdeka@Muzium 2023 di Muzium Negara hari ini. - Foto BERNAMA
3 Pagi ERA: Thalita bawa lagu arwah ibunya 'Kesetiaan', sentuh emosi lebih 5,000 hadirin
Thalita memikat hati penonton dengan lagu "Kesetiaan", nyanyian asal arwah ibunya Allahyarham Siti Sarah yang berjaya menyentuh emosi semua yang hadir.
Saya akan hadir untuk sokongan moral kepada Najib - Ketua Pemuda UMNO
Datuk Muhamad Akmal Saleh berkata Pemuda UMNO menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan sebagai ahli parti, beliau akur dan menghormati yang dinyatakan oleh parti Melayu itu.
53 PATI ditahan imigresen Selangor dalam Ops Kutip
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor berjaya menahan seramai 92 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu OPS kutip di sebuah pusat beli-belah di Ampang pada Jumaat malam
SPRM reman lelaki disyaki terlibat kes rasuah pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom
Lelaki itu direman hingga Jumaat selepas Majistret membenarkan permohonan reman yang dikemukakan SPRM.
Nafi Titah Adendum penderhakaan besar kepada Raja dan Negara - Ketua Pembangkang
Isu Titah Adendum menjadi kepentingan awam dan rakyat mempersoalkan mengapakah ia tidak dilaksanakan, jika telah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, sejak setahun lalu.
AWANI Ringkas: Suspek lelaki direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Astro anjur School attack, promosi SMK musim ke-5 di SMK Taman Melawati
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati menjadi lokasi program School Attack yang dianjurkan oleh Astro bagi mempromosikan musim kelima siri popular, SMK.
Kelab malam tawar GRO dengan tip sehingga RM5,000 diserbu
Sebuah pusat hiburan mewah dua tingkat di Jalan Sultan Ismail yang menawarkan gadis pelayan pelanggan (GRO) dengan tip sehingga RM5,000 digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada awal pagi Sabtu.
Menurut Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, operasi menyaksikan seramai 123 warga asing termasuk 54 lelaki disyaki Pendatang Tanpa Izin (PATI) ditahan.
Menurut Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, operasi menyaksikan seramai 123 warga asing termasuk 54 lelaki disyaki Pendatang Tanpa Izin (PATI) ditahan.
Pas tetap teruskan sertai himpunan solidariti Najib - Takiyuddin
Pas tetap berpendirian untuk menggalakkan ahlinya menyertai himpunan ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’ di Istana Kehakiman, Putrajaya Isnin depan.
Saya akan hadir beri sokongan moral kepada Najib - Akmal Saleh
Pemuda UMNO menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan sebagai ahli parti, beliau akur dan menghormayi yang yang dinyatakan oleh parti.
Tiada 'Error 404' pun, 'dashboard' Projek Daif dapat diakses
Ianya bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam yang mendakwa dashboard berkenaan tidak dapat diakses.
PRN Sabah: Paluan gendang pilihan raya bermula, harapan rakyat setinggi Kinabalu
Paluan gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula dengan rasminya. Seramai 447 calon diumumkan bertanding pada PRN Sabah kali ini.
"Mungkin Maszlee ada kelemahan, itu normal" - Abang Jo
Abang Jo mengaku hubungannya dengan Dr Maszlee sebelum ini berlangsung baik, malah telah beberapa kali bertemu dalam kunjungan hormat bekas Menteri Pendidikan itu ke Sarawak.