Facebook dan Instagram masing-masing telah memperkenalkan ciri-ciri baharu untuk membantu orang ramai mengirim kad-kad hadiah daripada perniagaan tempatan di platform itu dan membelinya menerusi tapak web pihak ketiga yang dipilih.
Untuk tujuan ini, Facebook sedang menguji satu ciri di mana orang ramai dapat mengakses kad hadiah daripada peniaga yang menyertai di bandar mereka melalui promosi 'Support Local Business' (Sokong Perniagaan Tempatan) di halamannya.
Kad-kad hadiah itu dijayakan menerusi rakan niaga Facebook, Fave dan StoreHub, yang akan berkongsi nilai kad hadiah tersebut tidak termasuk yuran urusniaga mereka dengan peniaga yang mengambil bahagian.
Di Instagram, pemilik perniagaan boleh menambahkan pelekat kad hadiah ke Instagram stories mereka dan juga disediakan butang untuk halaman profil perniagaan mereka.
Setiap kali seseorang melihat Instagram stories dengan pelekat ini atau pergi ke halaman profil perniagaan, mereka melakukan pembelian di laman web platform yang dipilih.
Pengurus Negara Facebook bagi Malaysia, Nicole Tan berkata ciri-ciri baharu itu diperkenalkan untuk menyokong perniagaan yang terjejas akibat wabak COVID-19.
"Kami telah mendengar apa yang diperlukan oleh pemilik perniagaan dan kami ingin turut serta dalam membantu mereka mengatasi krisis ini dan terus berhubung dengan pelanggan mereka.
"Dengan kad hadiah dan baucar diskaun ini, kami berharap dapat menyediakan cara bagi orang ramai untuk berkongsi dan menyokong perniagaan tempatan mereka dengan mudah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 12 2020

Ciri-ciri baharu Facebook dan Instagram diperkenalkan untuk menyokong perniagaan yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Go Shop jenama semula CH111 kepada BAARU, sasar lebih ramai golongan milenial
Go Shop BAARU akan menampilkan variasi produk baharu, lebih kontemporari dan menarik, istimewa untuk pekerja profesional dan keluarga masing-masing.

Facebook, Instagram perkenalkan ciri-ciri baharu untuk sokong perniagaan tempatan
Kad hadiah dan baucar diskaun diharap dapat menyediakan cara bagi orang ramai untuk berkongsi dan menyokong perniagaan tempatan mereka dengan mudah.