GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang memutuskan semua gaji barisan Exco dipotong selama sebulan dan disumbangkan kepada Tabung COVID-19 negeri.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow memaklumkan, perkara berkenaan diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada Rabu.
"Keputusan ini adalah sebagai tanda solidariti dalam usaha melawan pandemik COVID-19 di negeri ini dan sumbangan berkenaan akan digunakan dengan sebaiknya termasuk dalam aspek kesihatan awam dan juga pembangunan ekonomi Pulau Pinang secara keseluruhan," kata beliau dalam kenyataan media hari ini.
Kon Yeow berkata, sumbangan itu merupakan kali kedua dibuat selepas kali pertama dilaksanakan tahun lepas.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini memaklumkan sebagai tanda sokongan, barisan jemaah Menteri bersetuju untuk tidak mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun ini.
Kesemua gaji yang tidak diambil itu akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana Negara sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19.
Langkah itu diikuti kumpulan penjawat awam melibatkan pengurusan tertinggi dan Gred 44 hingga Gred 56 serta penjawat awam bagi Gred 29 hingga Gred 41 yang akan turut menyumbangkan sebahagian gaji mereka selama tiga bulan.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Jun 02 2021
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow memaklumkan, semua gaji barisan Exco dipotong selama sebulan dan disumbangkan kepada Tabung COVID-19 negeri. - Gambar Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Pulau Pinang akan tetapkan sendiri had harga rumah buat pembeli asing
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan Perancangan Bandar dan Desa Jagdeep Singh Deo akan membangkitkan perkara itu untuk dibincang semasa mesyuarat.
Kementerian, kerajaan negeri dakwa tidak tahu cadangan lapangan terbang baharu
Laporan akhbar milik MCA itu hanya menyebabkan kekeliruan di kalangan industri komunikasi dan pengangkutan.
Tragedi Bukit Kukus: MBPP antara 4 pihak bertanggungjawab
Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah dikenal pasti sebagai antara empat pihak yang bertanggungjawab ke atas insiden tanah runtuh di Bukit Kukus Oktober lalu.
Kerajaan P.Pinang cadang beli semua rumah kos rendah daripada pemilik
Kerajaan Pulau Pinang sedang meneliti perancangan untuk membeli semula rumah kos rendah yang pemiliknya telah berjaya menaik taraf status sosioekonomi mereka.
Kerajaan P. Pinang digesa henti jual tanah negeri kepada pemaju
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008, kerajaan negeri telah menjual sejumlah besar tanah miliknya.