KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia sedang membuat persiapan bagi misi dua hari ke Brussels mulai 30 Mei, 2023, untuk mendapatkan penjelasan berkaitan perkembangan di Kesatuan Eropah (EU), khususnya pelaksanaan Peraturan Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR) yang menjejaskan industri sawit.
Malah, selain dua negara itu, Honduras turut menyatakan komitmen untuk menyertai misi bersama tersebut, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof.
"Misi ini bagi mendapatkan penglibatan Suruhanjaya Eropah (EC). Ini kerana walaupun Malaysia dan Indonesia telah melakukan semua inisiatif dari segi melindungi alam sekitar, industri minyak sawit sebaliknya terus berdepan cabaran akibat halangan yang dikenakan oleh pihak EU," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Menteri-Menteri ke-11 (MM11) Majlis Negara-Negara Pengeluaran Minyak Sawit (CPOPC) di sini, semalam.
Fadillah turut menegaskan selain inisiatif, dua negara pengeluar utama minyak sawit itu juga telah mematuhi semua amalan baik yang setimpal dengan piawaian antarabangsa.
"Kita mahu menyampaikan mesej jelas dan tegas bahawa minyak sawit sebenarnya memberi banyak sumbangan, terutama dari segi pematuhan kepada Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu menangani isu kemiskinan yang telah kita capai.
"Oleh itu, apa juga tindakan yang diambil oleh EU tanpa rundingan dan tanpa melibatkan kita, sudah pasti akan memberi impak kepada pekebun kecil," katanya.
Misi itu akan turut menumpukan aspek cadangan undang-undang lain yang sedang dipertimbangkan oleh EU seperti Peraturan Buruh Paksa, Arahan Tuntutan Hijau dan Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui II yang memerlukan perhatian pihak berkepentingan dalam industri minyak sawit.
Bagi pasaran Malaysia, EU merupakan 9.4 peratus daripada jumlah eksport negara ini atau menyamai 1.47 juta tan minyak sawit.
"Ini satu angka besar dengan beberapa syarikat turut bertindak membuka kilang penapis di Eropah. Berikutan itu, EUDR boleh dianggap sebagai halangan dagangan yang memberi impak langsung kepada operasi serta perniagaan jangka panjang," katanya.
Fadillah berkata, Kuala Lumpur dan Jakarta juga berharap EU akan mengiktiraf piawaian Minyak Sawit Mampan Malaysia dan Minyak Sawit Mampan Indonesia.
Sementara itu Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia Airlangga Hartarto yang turut hadir, juga menegaskan: "Anda (EU) tidak boleh memaksa piawaian anda dan menyatakan bahawa piawaian itu jauh lebih besar daripada yang lain."
Menurutnya, minyak sawit juga terbukti menjadi antara penyelesaian bagi memastikan jaminan keselamatan makanan terutama dengan konflik geopolitik di Eropah, perang Rusia-Ukraine dan komoditi itu menjadi alternatif dalam rantaian bekalan makanan.
Dalam pada itu, Fadillah berkata CPOPC berkemungkinan meneliti kerjasama dengan sektor swasta dalam pelaburan pembangunan teknologi yang mampu membantu pekebun kecil, khususnya bagi mengurangkan kos pengeluaran serta meningkatkan pendapatan.
Ini sejajar dengan kepentingan peranan pekebun kecil dalam industri itu, malah di Malaysia terdapat kira-kira 450,000 pekebun kecil dan kerajaan perlu memastikan sumber pendapatan mereka terus dilindungi.
"Pekebun kecil menyumbang kira-kira 40 peratus daripada pengeluaran minyak sawit global. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita bukan sahaja untuk melindungi tetapi turut memperkasa mereka dengan ilmu serta mekanisme yang betul," katanya.
Mengulas jangkaan terhadap komoditi itu, beliau berkata Kementerian Perladangan dan Komoditi mengunjurkan niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) kekal kukuh bagi tempoh berbaki tahun ini dengan MSM kini diniagakan pada harga baik manakala permintaannya terus meningkat.
Semalam merupakan hari terakhir bagi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ke-25 (SOM25) dan MM11 CPOPC di sini, sejajar dengan peranan Malaysia sebagai pengerusi majlis itu bagi 2023.
Kalangan pegawai di SOM25 meneliti aspek kemajuan seperti Kempen Positif Minyak Sawit, Rangka Kerja Global bagi Prinsip Minyak Sawit Mampan (GFP SPO), status kemajuan pelaksanaan kajian-kajian di bawah Jawatankuasa Saintifik CPOPC, Program Kemajuan Pekebun Kecil selain hal-hal pentadbiran CPOPC seperti belanjawan dan perancangan kerja 2023 serta status keahlian majlis itu.
CPOPC merupakan organisasi antara kerajaan yang ditubuhkan oleh Malaysia dan Indonesia pada 21 Nov, 2015, bagi mempromosi, membangunkan dan memperkuatkan kerjasama dalam penanaman serta industri sawit dalam kalangan negara-negara pengeluar minyak sawit.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2023

Fadillah mempengerusikan mesyuarat Menteri-Menteri ke-11 (MM11) Majlis Negara-Negara Pengeluaran Minyak Sawit di Kuala Lumpur, 17 Mei 2023. - Facebook Fadillah Yusof

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Mahkamah Rayuan kembalikan sabitan curi buah kelapa sawit terhadap bekas pemandu lori
Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dengan mengembalikan sabitan terhadap seorang bekas pemandu lori yang telah dibebaskan dengan bon berkelakukan baik selama dua tahun.

Syarikat minyak sawit China dipelawa teroka peluang di Malaysia - Johari
Malaysia mempelawa syarikat minyak sawit China untuk meneroka peluang dalam industri di negara ini.

Suspek utama kes bunuh pekerja ladang sawit di Mukah ditahan
Suspek yang berumur lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian pada pukul 4.15 petang, tiga hari selepas kejadian.

FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024 - Jabatan Perangkaan
Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan anggaran awal menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024.

Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Suami, isteri ditahan disyaki curi kelapa sawit
Sepasang suami isteri ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kes mencuri kelapa sawit di ladang milik sebuah syarikat perladangan di Merlimau di sini.

Hubungan Malaysia-Pakistan diperkukuh, buka peluang besar yang selama ini tidak diteroka
Lawatan Negara tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Pakistan membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Malaysia komited perkukuh kerjasama global dalam tindakan iklim - Johari
Johari berkata empat bidang utama penting untuk memastikan kemampanan produk minyak sawit Malaysia.

FGV akan laksanakan pembaharuan, inovasi pastikan hasil kelapa sawit tidak terjejas
FGV melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi mencari jalan memastikan hasil ladang dapat menampung keperluan dan permintaan pasaran.