KUALA LUMPUR: Sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 Kerajaan Malaysia kini diiktiraf Kesatuan Eropah (EU) untuk mempermudah pergerakan pengembara Malaysia di negara anggota EU.
Keputusan Suruhanjaya Eropah mengenai pengiktirafan itu berkuat kuasa mulai 4 April 2022.
Dalam satu kenyataan di laman sesawang EU, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula Von Der Leyen berkata bagi membolehkan pengiktirafan itu beroperasi, Malaysia akan disambung kepada kerangka kerja Sijil COVID Digital EU yang ditubuhkan di bawah Peraturan (EU) 2021 /953.
"Sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 Malaysia menepati 'Sistem Pengurusan Vaksin' kesatuan itu dan dianggap setara dengan yang dikeluarkan mengikut Peraturan (EU) 2021/953," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, bagi melindungi kepentingan Kesatuan, khususnya dalam bidang kesihatan awam, Suruhanjaya boleh menggunakan kuasanya untuk menggantung permohonan keputusan itu atau memansuhkannya, jika syarat Perkara 8(2) Peraturan (EU) 2021/953 tidak lagi dipatuhi.
Malaysia pada 18 Nov 2021 menyediakan maklumat terperinci kepada Suruhanjaya itu mengenai pengeluaran sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 di bawah 'Sistem Pengurusan Vaksin'.
"Malaysia memaklumkan kepada Suruhanjaya bahawa ia menganggap sijil COVID-19 dikeluarkan mengikut piawaian dan sistem teknologi, yang saling beroperasi dengan kerangka kerja ditetapkan Peraturan (EU) 2021/953 dan membenarkan pengesahan ketulenan, kesahihan dan integriti sijil-sijil itu," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Duta dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia Michalis Rokas turut memaklumkan mengenai perkembangan terkini itu di akaun Twitternya.
"Berita baik: EU telah menerima permintaan Malaysia @officialmosti untuk mewujudkan kesetaraan antara Sijil COVID Digital EU dan MySejahtera Malaysia. Merancakkan lagi perniagaan dan pelancongan!," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022

Keputusan Suruhanjaya Eropah mengenai pengiktirafan itu berkuat kuasa mulai 4 April 2022. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pengembara ke Singapura menerusi 'checkpoint' darat tidak perlu tunjuk sijil fizikal vaksinasi - ICA
Hanya perlu serahkan SG Arrival Card dan rekod vaksinasi akan disahkan melalui sistem Kementerian Kesihatan Singapura.

EU terima sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 Malaysia
Keputusan Suruhanjaya Eropah mengenai pengiktirafan itu berkuat kuasa mulai 4 April 2022.

Malaysia, Qatar setuju saling iktiraf sijil vaksinasi - PM
Malaysia dan Qatar secara rasmi bersetuju untuk saling mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 sesama kedua-dua negara dalam usaha pemulihan pasca pandemik virus itu.

Sijil vaksinasi, pelaburan antara isu dibincang dalam lawatan PM ke Vietnam
Pemulihan ekonomi pascapandemik COVID-19 serta sijil vaksinasi antara isu yang akan menjadi tumpuan semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Vietnam.

MySejahtera buka helpdesk di PPV WTCKL, IDCC
Sebuah helpdesk secara fizikal akan dibuka di beberapa lokasi sebagai penyelesai kepada masalah yang berbangkit termasuk sijil vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera.

Malaysia-Filipina sepakat iktiraf sijil vaksinasi - Wisma Putra
Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Filipina mencapai kata sepakat semalam untuk saling mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 secara timbal balas.

Pemuda UMNO gesa isu sijil vaksin dibincang di peringkat antarabangsa
Pertikaian berhubung kesahihan sijil digital MySejahtera adalah tidak berasas kerana ia diterima pakai oleh negara lain termasuk Amerika Syarikat.

Rakyat Malaysia tidak perlu kuarantin masuk ke India
Ujian RT-PCR COVID-19 prapenerbangan juga tidak wajib bagi pengembara lengkap divaksin yang tiba di India dari Malaysia.

Sekatan COVID-19: Kewajipan sijil vaksinasi ditarik semula di Republik Czech
Perdana Menteri Petr Fiala berkata, kerajaan akan mengumumkan beberapa lagi kelonggaran dalam bulan ini.

Kerajaan perhalusi SOP umrah, elak penipuan sijil vaksinasi - Ahmad Marzuk
Kerajaan akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan jemaah umrah yang akan berlepas menunaikan ibadah tersebut sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.