Ops Tayang yang diselaraskan oleh Kawasan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menyaksikan penahanan 12 individu dipercayai pendatang tanpa izin (PATI) di perkampungan Pulau Mabul, Semporna, semalam.
Ketua Pengarah ESSCOM, Datuk Mohammad Mentek berkata kesemua lelaki itu, berumur antara 15 dan 47 tahun, ditahan oleh anggota Polis Gerakan Am (PGA) pada kira-kira 5.30 pagi kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.
"Mereka yang ditahan kemudiannya diserahkan kepada ibu pejabat polis Semporna untuk siasatan lanjut di bawah akta imigresen," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.
Mohammad berkata operasi itu merupakan sebahagian daripada usaha ESSCOM untuk memastikan pulau-pulau peranginan atau resort di Semporna bebas daripada PATI.
Sementara itu, katanya, dalam Ops Tayang, yang dilancarkan di pangkalan Abai Resort, Kota Kinabatangan, 30 April lepas, dua lelaki masing-masing berusia 20 dan 25 tahun ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
Katanya, dalam insiden pukul 2.15 pagi itu, anggota pasukan keselamatan turut merampas sebuah bot yang dinaiki oleh kedua-dua lelaki berkenaan.
Beliau berkata PATI tersebut telah diserahkan kepada ibu pejabat polis Sandakan manakala barang rampasan itu diletakkan di pangkalan polis marin Sandakan untuk tindakan susulan.
Sebelum ini, Mohammad mengeluarkan amaran agar pengusaha resort di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) tidak menjalankan aktiviti di laut atau sungai pada waktu malam.
ESSZone meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Semporna.
Bernama
Fri May 02 2014
Ketua Pengarah ESSCOM, Datuk Mohammad Mentek. --gambar fail
Perkembangan situasi banjir di Terengganu
Banjir yang melanda Terengganu sejak 10 hari lalu masih belum menunjukkan tanda reda.
Bahkan jumlah mangsa yang berlindung dari hari ke hari juga semakin meningkat.
Selain itu juga masih terdapat laluan-laluan yang ditenggelami banjir khususnya di daerah Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.
Untuk perkembangan lanjut situasi banjir yang meruncing itu, kita terus bersama wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali.
Bahkan jumlah mangsa yang berlindung dari hari ke hari juga semakin meningkat.
Selain itu juga masih terdapat laluan-laluan yang ditenggelami banjir khususnya di daerah Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.
Untuk perkembangan lanjut situasi banjir yang meruncing itu, kita terus bersama wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali.
Agrobank tawar Moratorium sehingga enam bulan
Agrobank mengumumkan pelan bantuan banjir yang menawarkan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan yang terkesan akibat banjir yang melanda dI beberapa negeri.
Lebih 2,000 calon SPM seluruh negara terjejas akibat banjir - Fadhlina
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sekolah mereka terjejas akibat banjir boleh menduduki mana-mana pusat peperiksaan yang ditetapkan.
Dua beradik maut tertimbus, seorang cedera
Dua beradik maut manakala seorang lagi cedera selepas terperangkap dalam insiden tanah runtuh pada Jumaat.
Kejadian berlaku di Kampung Bukit Apit di Ajil, Hulu Terengganu.
Kejadian berlaku di Kampung Bukit Apit di Ajil, Hulu Terengganu.
[TERKINI] Jumlah mangsa di sembilan negeri lepasi 100,000
Jumlah mangsa banjir di 38 daerah di sembilan negeri kini melepasi 108,705 orang membabitkan 33,094 keluarga, setakat pukul 11 malam tadi.
10 Berita Pilihan - (29 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ahmad Zahid cadang BSN tawar skim pinjaman pendidikan untuk aliran TVET
Ahmad Zahid mencadangkan Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan skim pinjaman pendidikan bagi aliran TVET.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).
Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.
Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.
Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.
ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.
Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.
ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.
Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.