LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merekodkan rampasan barang kawalan serta dadah bernilai RM33.291 juta di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) pada tahun lalu, kata Komander ESSCom Datuk Hamzah Ahmad.
Katanya rampasan itu adalah hasil operasi di darat dan laut yang dikoordinasikan oleh ESSCom dengan pelaksanaan 1,401,593 pemeriksaan terhadap individu, kenderaan dan bot sekali gus menghasilkan 1,003 tangkapan atas pelbagai kesalahan.
"Elemen penting yang mempengaruhi kejayaan operasi keselamatan pada tahun lalu adalah kerjasama baik antara pasukan keselamatan dan masyarakat di ESSZone" katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan sempena hari ulang tahun ke-10 ESSCom di sini hari ini.
Dalam pada itu, Hamzah berkata ESSCom yang ditubuhkan pada 10 tahun lalu terus unggul mempertahankan kedaulatan di wilayah pantai timur Sabah selain dapat menangani pelbagai jenayah rentas sempadan termasuk penculikan bagi wang tebusan.
"Kali terakhir kes penculikan melibatkan wang tebusan dan kumpulan Abu Sayyaf berlaku di ESSZone pada 15 Jan 2020 dan antara sebabnya, kawalan keselamatan yang ketat yang berterusan termasuk pelaksanaan perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah di ESSZone (Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Beluran, Kinabatangan, Sandakan)," katanya.
Di samping itu katanya kerajaan sedaya upaya meningkatkan kawalan keselamatan di ESSZone melalui pembinaan dan menaik taraf pos kawalan pasukan keselamatan sejak 10 tahun lalu.
"Pada tahun ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM100 juta untuk pemerkasaan persempadanan selain membina sistem pengawasan di laut bagi tujuan pemantauan pergerakan komuniti maritim ESSZone," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023

Hamzah berkata, rampasan itu adalah hasil operasi di darat dan laut yang dikoordinasikan oleh ESSCom dengan pelaksanaan 1,401,593 pemeriksaan. - Bernama

Kedai emas disamun, peniaga rugi RM250,000
Seorang peniaga di Pekan Kuala Sungai Baru kerugian RM250,000 selepas kedai emasnya disamun seorang lelaki berpakaian serba hitam dan bersenjatakan pistol mainan hari ini.

FAM belum putuskan wujud jawatan Presiden Kehormat
Sebelum ini, timbul spekulasi mendakwa Hamidin bakal kembali dalam kancah bola sepak negara sebagai Presiden Kehormat FAM.

Projek rintis sekolah bertingkat dilaksana tahun ini atasi isu sekolah padat
Projek rintis sekolah bertingkat bakal dilaksanakan di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Pulau Pinang bermula tahun ini bagi menangani isu sekolah padat.

Angka korban di Gaza akibat serangan Israel melebihi 49,600 orang
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa 85 orang terbunuh dan 133 yang lain cedera dalam serangan Israel di Gaza sejak awal pagi.
10 Berita Pilihan - (20 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Harga emas global naik ke paras tertinggi baharu, kukuhkan niaga hadapan emas
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih kukuh pada Khamis, menjejaki pasaran emas global apabila harga melonjak ke paras tertinggi baharu sepanjang masa pada US$3,052 seauns.

PERKESO bayar faedah berjumlah RM5.82 bilion pada 2024 - Sim
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengeluarkan faedah sebanyak RM5.82 bilion kepada 871,949 penerima pada tahun lepas, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Ahli perniagaan rugi RM89,000 akibat projek tidak wujud
Seorang ahli perniagaan kerugian kira-kira RM89,000 selepas menjadi mangsa kes penipuan projek tidak wujud di Miri.

Lipis dan Telupid antara 20 bandar paling bahagia di Malaysia
Bandar Lipis di Pahang dan Telupid di Sabah dinobat sebagai antara 20 Bandar Paling Bahagia Tahun 2025 menerusi Indeks Kebahagiaan Malaysia.
Tumpuan Jumaat – 21 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.

Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.

Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.

ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.

Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.

ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.

Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.