KUALA LUMPUR: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dan AREX Airport Railroad Co Ltd (AREX) menandatangani perjanjian kerjasama bagi menyediakan perjalanan lebih lancar kepada penumpang antara Kuala Lumpur dan Incheon, Korea Selatan.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ERL Noormah Mohd Noor dan CEO AREX Kim Jongdae, dengan disaksikan Duta Korea Selatan ke Malaysia Yeo Seung-bae.
Kenyataan bersama oleh kedua-dua syarikat berkenaan memaklumkan menerusi kerjasama itu penumpang yang melakukan perjalanan dari dan ke Kuala Lumpur dan Incheon boleh membeli tiket tren ERL dan AREX secara bersama di Klook melalui hanya satu transaksi.
"Pilihan inovatif ini membolehkan penumpang membeli tiket tren dalam satu transaksi, yang akan memudahkan lagi urusan pemindahan lapangan terbang bagi pengembara antarabangsa dan meningkatkan pengalaman perjalanan mereka," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Noormah berkata selain menawarkan tiket tren secara bersama, ERL berharap kerjasama itu dapat mewujudkan gabungan dalam kalangan pengendali rel lapangan terbang sebagaimana gabungan dalam kalangan syarikat penerbangan seperti OneWorld dan Star Alliance.
"Ketika ini terdapat lebih 25 perkhidmatan rel-udara di dunia, jumlah yang mencukupi untuk pengendali rel lapangan terbang bergabung sebagaimana gabungan syarikat penerbangan, dan kami berhasrat untuk menghubungi pengendali lain bagi membolehkan gabungan ini menjadi kenyataan tidak lama lagi," katanya dalam kenyataan sama.
Noormah turut berterima kasih kepada AREX atas kesungguhan mereka untuk menjalin kerjasama, serta menegaskan bahawa ini akan membantu ERL menembusi pasaran Korea dan memperkenalkan perkhidmatan tren dalam kalangan pengembara negara itu yang merancang untuk melawat Kuala Lumpur.
"Pelancong Korea akan dapat menikmati proses pemindahan dari lapangan terbang ke pusat bandar dengan lancar dan efisien, sekali gus meningkatkan pengalaman keseluruhan perjalanan mereka," katanya.
Sementara itu, Kim berkata pihaknya mengalu-alukan kerjasama itu untuk berkongsi kekuatan masing-masing dan menyediakan perkhidmatan tren yang lebih mudah.
Yeo pula berkata kerjasama itu akan mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara dan sebagai langkah penting dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan tren.
Selesai majlis menandatangani perjanjian, delegasi dari AREX kemudian dibawa melawat kemudahan daftar masuk penerbangan dalam bandar ERL di KL Sentral, dengan perkhidmatan daftar masuk dan kiosk layan diri disediakan untuk Malaysia Airlines, Batik Air, Cathay Pacific, KLM, dan Ethiopian Air.
Pakej Bersama ERL AREX sudah boleh dibeli di Klook sejak 15 Julai lepas dan bagi meraikan pelancarannya, ERL dan AREX menawarkan diskaun 10 peratus untuk 500 tiket pertama, dengan setiap tiket sehala bagi dewasa adalah RM71.65, tertakluk kepada terma dan syarat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024
Duta Korea Selatan ke Malaysia Yeo Seung-bae menyaksikan majlis menandatangani MoU antara CEO ERL Noormah Mohd Noor dan CEO AREX Kim Jongdae pada Selasa. - Foto BERNAMA
Kamala Harris raih sokongan anggota parti
Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris menerima sokongan majoriti delegasi dari Parti Demokrat sekali gus hampir pasti menjadi calon parti itu pada Pilihan Raya Presiden November ini bagi menentang bekas Presiden, Donald Trump.
Pengarah Perkhidmatan Rahsia AS letak jawatan
Pengarah Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) Kimberly Cheatle telah meletakkan jawatan susulan desakan meluas berhubung cubaan membunuh calon Republikan Donald Trump.
Cheatle dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai peletakan jawatannya lewat pagi ini, menurut laporan itu yang memetik dua sumber penguat kuasa undang-undang.
Cheatle dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai peletakan jawatannya lewat pagi ini, menurut laporan itu yang memetik dua sumber penguat kuasa undang-undang.
Prosedur, komunikasi lapangan terbang boleh ditambah baik
Susulan masalah kelewatan penerbangan minggu lepas yang berpunca daripada gangguan sistem teknologi maklumat (IT), beberapa perkara berkaitan prosedur dan sistem komunikasi di lapangan terbang dilihat boleh ditambah baik.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata gangguan itu merupakan sesuatu di luar jangkaan selain turut memberi kesan kepada beberapa sektor lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata gangguan itu merupakan sesuatu di luar jangkaan selain turut memberi kesan kepada beberapa sektor lain.
China nyata sokongan penubuhan negara Palestin lebih awal
China sentiasa menyokong Palestin mencapai kemerdekaan dan menyokong penubuhan Negara Palestin yang merdeka lebih awal.
Pemegang sijil, diploma kemahiran layak perkhidmatan awam
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pemegang sijil dan diploma yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) layak memasuki sektor perkhidmatan awam.
Justeru, beliau meminta agar dakwaan di beberapa portal media kononnya Diploma Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk diguna pakai bagi berkhidmat dalam Skim Perkhidmatan Awam dihentikan.
Justeru, beliau meminta agar dakwaan di beberapa portal media kononnya Diploma Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk diguna pakai bagi berkhidmat dalam Skim Perkhidmatan Awam dihentikan.
Gangguan air di tujuh daerah dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini
Gangguan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di beberapa sungai di Selangor dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Izham Hashim, berkata bekalan air kepada pengguna di sebahagian kawasan yang terjejas juga dijangka pulih seawal 8 pagi hari ini susulan kesemua Loji Rawatan Air (LRA) yang terlibat telah beroperasi sepenuhnya.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Izham Hashim, berkata bekalan air kepada pengguna di sebahagian kawasan yang terjejas juga dijangka pulih seawal 8 pagi hari ini susulan kesemua Loji Rawatan Air (LRA) yang terlibat telah beroperasi sepenuhnya.
Dua lemas dalam kejadian berasingan di Johor Bahru
Lapan anggota dibantu sebuah jentera FRT dan Unit EMRS dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 petang.
Panglima Tentera Darat Malaysia adakan lawatan pengenalan ke Singapura
Semasa mesyuarat itu, mereka mengesahkan kepentingan mengekalkan hubungan yang kukuh antara Tentera Singapura dan Malaysia.
Anak pemandu teksi, tukang cuci raih keputusan cemerlang STPM 2023
Nurhafizah merupakan seorang daripada lapan pelajar Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin yang mendapat PNGK 4.0.
Kerajaan perlu selia operasi, aset dan perjawatan agensi penguatkuasaan di sempadan
Ismail berkata perkara tersebut perlu ditambah baik supaya dapat meningkatkan kualiti kecekapan di kawasan pintu masuk utama negara ini.
ERL, AREX lancar gabungan perkhidmatan rel lapangan terbang hubungkan Kuala Lumpur dan Incheon
Menerusi kerjasama itu, penumpang boleh membeli tiket tren ERL dan AREX secara bersama di Klook melalui hanya satu transaksi.
Penumpang kongsi pengalaman terkandas lebih 27 jam di Incheon
Nuruljannah Musatapa adalah antara 315 penumpang yang berdepan kelewatan pulang ke Malaysia akibat masalah teknikal pesawat AirAsia, Ahad lepas.
Lapangan Terbang Hamad Doha rampas gelaran lapangan terbang terbaik dunia daripada Changi Singapura
Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha, Qatar terpilih sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia pada 2021 World Airport Awards.
Korea Selatan sahkan berada dalam gelombang kedua jangkitan COVID-19
Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan mengesahkan mereka kini berada dalam gelombang kedua wabak COVID-19.
Wanita warga Taiwan dihantar pulang enggan jalani kuarantin di Korea Selatan
Seorang wanita Taiwan diusir dari Korea Selatan selepas enggan tinggal di kemudahan kuarantin.
GM Korea henti sementara pengeluaran akibat kekurangan alat ganti
Kilang utamanya di Bupyeong, Incheon, di barat Seoul, ditutup pada 17 dan 18 Feb kerana kekurangan peralatan termasuk wayar kabel abah-abah.
YouTuber ini dikecam teruk selepas menzalimi anjingnya sendiri
YouTuber yang dikenali sebagai Suh itu telah mengejutkan orang ramai selepas memukul dan melontar anjing peliharaannya.
Malaysia mampu perbaiki pencapaian di Incheon
Selepas mengumpul 13 pingat emas pada hari keenam, Malaysia akan meneruskan misi memburu emas menerusi atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli dan pelari 1,500m, Muhamad Ashraf Hisham.
Peningkatan suhu bumi ancaman kepada penduduk dunia
Baru-baru ini, laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengunjurkan peningkatan suhu bumi sehingga 2 darjah celcius.
Ziyad elak dilabel atlet elit
Atlet lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, enggan dilabel sebagai atlet berprofil tinggi dalam Sukan Para Asia di Jakarta walaupun hadir dengan reputasi hebat selaku juara bertahan.