Peguam Eric Paulsen tidak lagi menjadi ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM), menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
KKMM dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu tidak akan menjejaskan fungsi MPKM yang ditubuhkan pada 9 Jun lepas.
"Ia (MPKM) akan terus berperanan membincang dan menasihati Kementerian dalam pendekatan dan dasar bagi isu-isu komunikasi dan multimedia selaras dengan matlamat KKMM," menurut kenyataan itu.
Menurutnya, MPKM bermesyuarat kali pertama pada 9 Jun lepas sebagai platform bagi kerajaan membincangkan dan mendapatkan input daripada pemegang taruh dalam merencanakan pendekatan dan dasar bagi isu-isu komunikasi dan multimedia.
MPKM dianggotai 15 ahli termasuk tiga daripada KKMM iaitu Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah sebagai pengerusi; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai timbalan pengerusi; dan Ketua Setiausaha KKMM Datuk Suriani Ahmad.
Paulsen, wakil Malaysia dalam Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) antara barisan ahli yang dilantik dalam badan tersebut.
Antara ahli majlis MPKM ialah Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Prof Datuk Dr Awang Sariyan; bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Tokoh Wartawan Negara 2019 Tan Sri Johan Jaafar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 16 2020

Paulsen, wakil Malaysia dalam Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) antara barisan ahli yang dilantik dalam badan tersebut. - Gambar fail/Facebook

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Eric Paulsen ditangkap polis kerana tuit hasutan
Peguam Melissa Sasidaran memberitahu, Paulsen ditahan petang tadi sewaktu menghadiri acara Arts For Grab di Dataran Merdeka.

Dua aktivis #KitaLawan dan Ketua Pemuda DAP direman polis
Bagaimanapaun, majistret membuat keputusan untuk hanya mereman Teo Kok Seong selama sehari sementara Adam dan Mandeep selama tiga hari.

Nik Nazmi direman tiga hari
Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad telah ditahan reman selama tiga hari berikutan penglibatannya menganjur himpunan #KitaLawan.

"Jika Eric Paulsen boleh dikenakan Akta Hasutan, kenapa tidak Ibrahim Ali?" - Nur Jazlan
Ahli Parlimen Pulai (Umno-BN) Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini berpendapat bahawa Akta Hasutan harus dikekalkan namun ia perlu dilaksanakan dengan berhati-hati dan adil.

Jakim boleh saman Eric Paulsen kerana menfitnah
JAKIM boleh mempertimbang untuk menfailkan saman fitnah terhadap peguam Eric Paulsen yang mengeluarkan kenyataan menimbulkan kemarahan umat Islam berhubung Islam menerusi catatan Twitter miliknya.