Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) boleh mempertimbang untuk menfailkan saman fitnah terhadap peguam Eric Paulsen yang mengeluarkan kenyataan menimbulkan kemarahan umat Islam berhubung Islam menerusi catatan Twitter miliknya.
Peguam kanan Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata Jakim boleh menfailkan tindakan saman malu atau fitnah terhadap pembuat kata-kata fitnah itu kerana telah, dalam maksud lazim dan biasa, menuduh jabatan itu terlibat dengan aktiviti pengganas, keterlaluan dan membahayakan toleransi antara sesama kaum.
Mohd Hafarizam yang banyak mengendalikan kes saman fitnah, berkata bagi mendukung kesucian Islam, selain daripada pendakwaan kerana menghasut atau menghina Islam, tindakan saman juga boleh dilakukan agar menjadi pengajaran kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan itu.
"Semua pihak yang berkepentingan contohnya kerajaan, pembangkang, masyarakat sivil dan rakyat perlu lebih bertanggungjawab, sensitif, peka dan prihatin tentang isu agama.
"Undang-undang, sebagaimana canggih dan mencakupi segalanya pun, tidak akan ada maknanya jika tidak dipatuhi," katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai tindakan individu yang menghina Islam seperti yang dilakukan Paulsen yang juga Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty.
Paulsen membuat catatan itu dalam bahasa Inggeris pada 9 Jan lepas, dan beliau memadamnya selepas kecaman pelbagai pihak.
Paulsen kemudian ditahan di Brickfields dan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.
Pada 14 Jan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata kertas siasatan berhubung kes Paulsen akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara tidak lama lagi selepas dia dibebaskan dengan jaminan polis setelah direman dua hari.
Mohd Hafarizam berkata selain itu pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 dengan memasukkan kesucian agama Islam sebagai satu daripada subjek kecenderungan menghasut hendaklah dilakukan secepat mungkin bagi mencegah gejala menghina agama Islam di negara ini yang semakin menjadi-jadi.
Beliau berkata ada banyak lagi Akta-Akta yang boleh diambil kira untuk pindaan seperti Kanun Keseksaan bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan sensitif terhadap agama.
"Namun, kesudahan yang ingin dicapai ialah keharmonian antara kaum atau penganut agama dan toleransi yang mampan. Ini memerlukan perlaksanaan strategik yang menyeluruh contohnya Parlimen, eksekutif, kehakiman, polis, ahli akademik dan rakyat', katanya.
Mohd Hafarizam juga menyarankan supaya kesedaran yang lebih luas dan mendalam berkenaan ajaran Islam perlu diperhebatkan oleh Jakim dan lain-lain agensi kerajaan berkaitan kepada semua bangsa, tidak terhad kepada beragama sahaja.
Mohd Hafarizam menegaskan ini tidak menyalahi undang-undang kerana Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang memberi penerangan atau pendedahan tentang ajaran Islam.
Ketua kluster governans, perundangan dan pengurusan awam, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata saman itu boleh difailkan sekiranya Jakim pasti terdapat elemen fitnah dalam kenyataan peguam itu kepada agama Islam.
"Beliau ditahan dan disiasat di bawah Akta Hasutan. Oleh itu, kenyataan beliau mestilah yang akan membawa kebencian kepada kerajaan atau permusuhan kaum," katanya.
Selain itu katanya, pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 dengan memasukkan kesucian agama Islam sebagai salah satu subjek kecenderungan menghasut perlu dilakukan kerana tiada peruntukan khusus berhubung penghinaan agama Islam dalam Akta Hasutan itu dan sekiranya peruntukan itu dimasukkan ia akan memantapkan lagi akta tersebut.
"Oleh itu pindaan nanti perlu dimasukan perkara ini," katanya.
Nik Ahmad Kamal menjelaskan bagi kesalahan menghina agama atau mengganggu keharmonian antara agama, Akta Hasutan memperuntukkan hukuman denda atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan manakala di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, ia memperuntukan hukuman penjara dua tahun hingga lima tahun.
Beliau mengambil contoh kes pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang didakwa kerana mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan mengikut Seksyen 298A yang memperuntukan hukuman yang lebih tinggi.
Bernama
Sat Jan 24 2015

Mohd Hafarizam menegaskan ini tidak menyalahi undang-undang kerana Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang memberi penerangan atau pendedahan tentang ajaran Islam. - Gambar Fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Eric Paulsen ditangkap polis kerana tuit hasutan
Peguam Melissa Sasidaran memberitahu, Paulsen ditahan petang tadi sewaktu menghadiri acara Arts For Grab di Dataran Merdeka.

Dua aktivis #KitaLawan dan Ketua Pemuda DAP direman polis
Bagaimanapaun, majistret membuat keputusan untuk hanya mereman Teo Kok Seong selama sehari sementara Adam dan Mandeep selama tiga hari.

Nik Nazmi direman tiga hari
Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad telah ditahan reman selama tiga hari berikutan penglibatannya menganjur himpunan #KitaLawan.

"Jika Eric Paulsen boleh dikenakan Akta Hasutan, kenapa tidak Ibrahim Ali?" - Nur Jazlan
Ahli Parlimen Pulai (Umno-BN) Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini berpendapat bahawa Akta Hasutan harus dikekalkan namun ia perlu dilaksanakan dengan berhati-hati dan adil.

Jakim boleh saman Eric Paulsen kerana menfitnah
JAKIM boleh mempertimbang untuk menfailkan saman fitnah terhadap peguam Eric Paulsen yang mengeluarkan kenyataan menimbulkan kemarahan umat Islam berhubung Islam menerusi catatan Twitter miliknya.