YAN: Pulau Pinang berkemungkinan akan mengepam air selut dari Sungai Muda pada masa akan datang sekiranya masih bertegas enggan membayar pampasan caj bekalan air kepada Kedah.
Itu amaran keras Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memandangkan terdapat beberapa projek yang berada dalam perancangan kerajaan negeri itu, yang mana akan memberikan kesan besar kepada aliran air Sungai Muda.
Tambah beliau, kerajaan negeri juga bersedia untuk membawa pertikaian berkaitan kes berkenaan ke mahkamah.
Bagaimanapun, pihaknya akan merujuk kepada Kerajaan Pusat dalam membentuk satu rundingan khususnya bagi menyelesaikan kemelut yang membabitkan kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang.
BACA: Hak riparian: Pulau Pinang hanya layak guna 5 peratus air Sungai Muda - Sanusi
"Proses mungkin (akan) sampai ke peringkat itu (mahkamah) tetapi saya mungkin akan mohon kerjasama dari Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk mengadakan proses timbang tara (rundingan) untuk mengatasi hal itu.
"Kalau timbang tara itu tidak dapat dijayakan mungkin proses seterusnya akan ke mahkamah, dan saya akan pergi ke hujung dunia untuk pertahankan hak ini," tegasnya.
Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah di Pejabat Daerah Yan, pada Rabu.
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow enggan memanjangkan isu penggunaan sumber air dari Sungai Muda, Kedah, dan sebaliknya memilih untuk mempertahankan hak riparian negeri itu di mahkamah.
Kon Yeow berkata, isu tersebut sering dibangkitkan Sanusi sebelum ini dan beliau sendiri sudah menyatakan kesediaannya untuk bersemuka di mahkamah sekiranya kerajaan Kedah mahu mengambil tindakan undang-undang berhubung isu berkenaan.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada perkembangan lanjut dan beliau terkejut apabila isu tersebut dibangkitkan sekali lagi terutama selepas Sanusi menyatakan Pulau Pinang hanya layak menggunakan lima peratus sahaja air dari Sungai Muda.
Abd Hadi Che Awang
Wed Mar 17 2021
![Enggan bayar, Pulau Pinang akan pam air selut Sungai Muda - Sanusi Enggan bayar, Pulau Pinang akan pam air selut Sungai Muda - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615970528_SANUSI.jpg)
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor (kiri) mengadakan sidang media selepas Mesyuarat Exco di Pejabat Daerah dan Tanah Yan hari ini. - Foto BERNAMA
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![Hampir 100 motosikal disita dalam operasi samseng jalanan di Pulau Pinang Hampir 100 motosikal disita dalam operasi samseng jalanan di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720843277_Polis.jpg)
Hampir 100 motosikal disita dalam operasi samseng jalanan di Pulau Pinang
Operasi tersebut dijalankan oleh polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Pulau Pinang dan JSPT Bukit Aman.
![Balik Pulau jadi 'syurga' durian dengan lebih 30 variasi Balik Pulau jadi 'syurga' durian dengan lebih 30 variasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720845097_MohdShafiqZainol.jpg)
Balik Pulau jadi 'syurga' durian dengan lebih 30 variasi
Balik Pulau sememangnya terkenal sebagai syurga durian dalam kalangan penggemar raja buah itu.
![Projek air: 1,500 juta liter sehari lebih daripada mencukupi - Chow Projek air: 1,500 juta liter sehari lebih daripada mencukupi - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718018430_ChowKonYeowKetua.jpg)
Projek air: 1,500 juta liter sehari lebih daripada mencukupi - Chow
Chow Kon Yeow berkata unjuran tersebut adalah lebih daripada mencukupi untuk keperluan di utara Perak dan Pulau Pinang.
!['Trash4Cash' cara mudah tukar 'sampah' kepada wang 'Trash4Cash' cara mudah tukar 'sampah' kepada wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719209451_SmartRecycleBin.jpg)
'Trash4Cash' cara mudah tukar 'sampah' kepada wang
Pusat kitar semula pandu lalu automatik Trash4cash yang pertama dibuka di Seberang Perai membolehkan orang ramai menukar bahan kitar semula dengan wang secara mudah.
![CAP gesa penguatkuasaan tanda harga lebih ketat CAP gesa penguatkuasaan tanda harga lebih ketat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718714772_PeniagaBazarRamada.jpg)
CAP gesa penguatkuasaan tanda harga lebih ketat
Tinjauan CAP di seluruh negeri mendapati tahap ketidakpatuhan peniaga terhadap keperluan meletakkan tanda harga masih meluas.
![Denggi: Jabatan Kesihatan serbu rumah warga asing di Pulau Pinang Denggi: Jabatan Kesihatan serbu rumah warga asing di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716983924_Aedes.jpg)
Denggi: Jabatan Kesihatan serbu rumah warga asing di Pulau Pinang
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengambil tindakan drastik memeriksa rumah yang disewakan kepada warga asing di sekitar Machang Bubok.
![Polis serbu makmal, rampas dadah RM4.6 juta Polis serbu makmal, rampas dadah RM4.6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716787552_tbrampasdadah.jpg)
Polis serbu makmal, rampas dadah RM4.6 juta
Polis berjaya membongkar makmal memproses dan mengedar dadah di rumah sewa di Pulau Pinang selepas menahan seorang lelaki Jumaat lepas.
![Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716115706_PDRM.jpg)
Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, semua anggota bertugas diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.
![Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat cuba rampas submesingan Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat cuba rampas submesingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716109988_BalaiPolisDatoKe.jpg)
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat cuba rampas submesingan
Cubaan seorang lelaki merampas senjata submesingan jenis HK MP5 milik seorang anggota polis di Balai Dato' Keramat di sini, gagal selepas dia berjaya ditangkap pada pagi Ahad.
![Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716102348_BalaiPolisDatoKe.jpg)
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.