Polis menahan enam lelaki, termasuk seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kerana sedang berlumba haram di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam operasi samseng jalanan oleh pasukan Khas Skuad 42 bermula pukul 10 malam tadi hingga 4 pagi ini, enam lelaki berusia 17 hingga 21 tahun ditahan kerana berlumba haram di situ.
"Selain calon SPM, tiga lagi yang ditahan ialah pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta manakala dua lagi lelaki ialah pekerja kilang. Mereka menjadikan lebuh raya itu sebagai lokasi untuk berlumba haram," katanya di sini hari ini.
Katanya semasa operasi itu, pasukan khas berkenaan membuat intipan serta pemantauan di BORR dan mendapati enam lelaki terbabit berlumba haram serta menunggang motosikal secara melulu.
"Mereka juga melakukan aksi menunduk badan, zig-zag, meniarap atas motosikal dan ia bukan sahaja sangat berbahaya kepada diri sendiri malah pengguna jalan raya yang lain," katanya.
Noorzainy berkata semua mereka kini direman untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, katanya dalam Op Mabuk di Jalan Ong Yi How, di sini pukul 1 pagi ini, polis menahan seorang lelaki berusia 46 tahun kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.
"Lelaki yang bekerja sendiri itu dipercayai baru balik dari sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan dan ujian mendapati kadar alkohol di dalam badannya tinggi," katanya dan menambah lelaki yang negatif dadah itu disiasat menurut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata polis akan menjalankan operasi sedemikian dari semasa ke semasa dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dalam daerah SPU dan tindakan tegas serta proaktif akan terus dipergiatkan bagi membanteras kegiatan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 06 2018
Mereka kini direman untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Gambar hiasan
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Dua maut disyaki berlumba, motosikal berlanggar sesama sendiri
Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk dibedah siasat.
Polis siasat terperinci kes tiga remaja maut bermotosikal
Siasatan dilakukan demi memastikan keadilan kepada pihak terlibat selepas ada ahli keluarga mangsa mendakwa insiden itu tidak melibatkan perlumbaan haram.
Tiga remaja maut, selepas berlumba sesama sendiri
Ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia berumur lingkungan 15 hingga 16 tahun manakala yang cedera parah berumur 17 tahun.
Pelajar lepaskan gian 'merempit', tonjol aksi 'Superman' ditahan
Kedua-dua mereka yang berusia 16 dan 17 tahun itu ditahan di Kampung Padang Kemunting, Kuala Nerus.
Lapan 'Mat Rempit' remaja dikenakan 38 saman
38 saman dikeluarkan ke atas lapan remaja selepas ditahan polis kerana disyaki menunggang motosikal secara merbahaya sambil berlumba.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 17 Julai 2020.
Padah tunggang motosikal nombor pendaftaran palsu, dua remaja ditahan
Kedua-dua remaja ditahan ketika menunggang motosikal di taman permainan kawasan itu kira-kira jam 11 malam.
Bas pekerja malang yang ragut 12 nyawa di Sepang dikatakan sedang berlumba - Polis
Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ACP Zulkifli Adamshah berkata, polis akan meminta keterangan lanjut daripada mangsa berkenaan berhubung dakwaan itu.
Enam termasuk calon SPM ditahan berlumba haram
Polis menahan enam lelaki, termasuk seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kerana sedang berlumba haram di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini awal hari ini.