PASIR GUDANG: Tiga remaja lelaki maut manakala seorang lagi parah dipercayai berlumba sesama sendiri membabitkan tiga motosikal sehingga kemalangan di Jalan Delima, Taman Kota Masai, dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia berumur lingkungan 15 hingga 16 tahun manakala yang cedera parah berumur 17 tahun.
"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam dipercayai ketika kesemua mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal telah bersaing sesama sendiri sehingga bergesel dan berlaku kemalangan.
"Akibat daripada insiden tersebut, tiga mangsa telah tercampak di atas jalan dan terlanggar batu berumput bahu kiri jalan manakala seorang mangsa jatuh di batu berumput bahu kanan jalan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Mohd Sohaimi berkata siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, katanya orang ramai terutamanya ibu bapa dinasihati agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutamanya yang masih di bawah umur supaya tidak membenarkan mereka menunggang motosikal dan tidak terlibat dengan aktiviti lumba haram.
Sementara itu, dalam kes berlainan, polis menahan dua lelaki berumur 21 dan 22 tahun di sini malam tadi selepas dikesan sebagai pelaku yang menunggang motosikal dengan melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie) yang tular dalam media sosial.
Beliau bagaimanapun berkata kejadian tersebut dipercayai berlaku pada tahun lepas di Jalan Kota Masai, di sini, yang baru ditularkan menerusi media sosial.
Menurutnya, pihak polis juga telah berjaya merampas motosikal yang digunakan oleh pelaku terlibat.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987. Pihak Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan apa-apa aktiviti samseng jalanan di atas jalan raya dan pastikan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya dan kod lalu lintas yang telah ditetapkan semasa berada di atas jalan raya," katanya.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 19 saat menunjukkan dua lelaki menunggang motosikal dengan membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 23 2022
![Tiga remaja maut, selepas berlumba sesama sendiri Tiga remaja maut, selepas berlumba sesama sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650696141_berlumba.jpg)
Mohd Sohaimi berkata ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia berumur lingkungan 15 hingga 16 tahun manakala yang cedera parah berumur 17 tahun.- Foto BERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Remaja maut kenderaan dinaiki bersama keluarga terbalik Remaja maut kenderaan dinaiki bersama keluarga terbalik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738275342_remajamautkemala.jpg)
Remaja maut kenderaan dinaiki bersama keluarga terbalik
Mohamad Syakirul Faqeh dipercayai meninggal dunia kerana lemas selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan terbalik ke dalam parit.
![Remaja maut kereta hilang kawalan bertembung lori Remaja maut kereta hilang kawalan bertembung lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733616544_TBkemalangan.jpg)
Remaja maut kereta hilang kawalan bertembung lori
Mangsa yang berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
![Remaja maut motosikal terbabas langgar besi penghadang Remaja maut motosikal terbabas langgar besi penghadang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733542723_TBmautmotosikal.jpg)
Remaja maut motosikal terbabas langgar besi penghadang
Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar besi penghadang di sebelah kiri bahu jalan di Jalan Kilometer 3 Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Sabtu.
![Insiden renjatan elektrik: Penggunaan semua soket elektrik tiga pin dalam bas dihentikan - MOT Insiden renjatan elektrik: Penggunaan semua soket elektrik tiga pin dalam bas dihentikan - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732090384_TBAnthony.jpg)
Insiden renjatan elektrik: Penggunaan semua soket elektrik tiga pin dalam bas dihentikan - MOT
APAD menghentikan penggunaan semua soket elektrik tiga pin dalam bas susulan kematian seorang remaja berumur 18 tahun maut akibat renjatan elektrik.
![Pendawaian elektrik bas ekspres tak teratur punca remaja maut akibat renjatan elektrik Pendawaian elektrik bas ekspres tak teratur punca remaja maut akibat renjatan elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732086505_tbAnthonyLoke.jpg)
Pendawaian elektrik bas ekspres tak teratur punca remaja maut akibat renjatan elektrik
Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan dilakukan oleh pihak tidak mendapat tauliah daripada Suruhanjaya Tenaga antara punca insiden renjatan elektrik dalam sebuah bas ekspres.
![Teman lelaki, kakak angkat remaja jatuh dari tingkat 16 positif dadah Teman lelaki, kakak angkat remaja jatuh dari tingkat 16 positif dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731237021_garisanpolis.jpg)
Teman lelaki, kakak angkat remaja jatuh dari tingkat 16 positif dadah
Polis menahan teman lelaki dan kakak angkat kepada remaja perempuan yang ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Farlim di sini pada Ahad.
![Remaja perempuan maut jatuh tingkat 16 pangsapuri di Farlim, Pulau Pinang Remaja perempuan maut jatuh tingkat 16 pangsapuri di Farlim, Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718010606_garisanpolis.jpg)
Remaja perempuan maut jatuh tingkat 16 pangsapuri di Farlim, Pulau Pinang
Hasil siasatan polis mendapati, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara remaja itu dengan kekasihnya.
![Soket elektrik di bas ekspres tiada piawaian tersendiri - Anthony Loke Soket elektrik di bas ekspres tiada piawaian tersendiri - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730955657_AnthonyLoke.jpg)
Soket elektrik di bas ekspres tiada piawaian tersendiri - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi menetapkan piawaian untuk soket tersebut.
![Remaja maut terkena renjatan elektrik ketika cas telefon bimbit dalam bas ekspres Remaja maut terkena renjatan elektrik ketika cas telefon bimbit dalam bas ekspres](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730548398_RemajaMautBasEks.jpg)
Remaja maut terkena renjatan elektrik ketika cas telefon bimbit dalam bas ekspres
Mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, maut di tempat kejadian dengan kecederaan pada jari tangan sebelah kiri.
!['Sedap ibu masak, saya tak akan makan lagi selepas ini', kata Angah sebelum meninggal dunia 'Sedap ibu masak, saya tak akan makan lagi selepas ini', kata Angah sebelum meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51730357154_tbmautrenjatanelek.jpg)
'Sedap ibu masak, saya tak akan makan lagi selepas ini', kata Angah sebelum meninggal dunia
Akief maut akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba mengambil umpan pancing tiruan yang tersangkut di kabel elektrik di Kampung Tanjung Putus, Rabu.